Kedai Makan 24 Jam di Kuala Lumpur Selain Mamak

Orang kita ni kan memang suka makan, suka lepak, suka berborak dengan kawan-kawan. Biasanya lepas balik kerja mesti kita rasa nak lepak untuk hilangkan stress kerja.

Kalau tak lepak lepas kerja, biasanya lepak lepas main futsal ke kan? Tempat yang biasa akan dituju mesti mamak kan? Sebab apa? Sebab dah tentu-tentu mamak yang open 24 jam tak kiralah kat mana pun lagi-lagi kat area KL, lagi bersepah kedai makan mamak ni.

Korang tau tak, sebenarnya ada kedai makan 24 jam di Kuala Lumpur selain mamak? dan Mcdonald.

Selfie sket depan MyFOODLOFT

Itu yang aku cuba sampaikan. Antara faktor ramai orang suka lepak kedai mamak adalah sebab suasananya yang santai, kedai yang bukak 24 jam, layanan yang pantas, macam-macam makanan yang disediakan dan boleh lepak lama-lama walaupun minum segelas air.

Pernah tengok orang kena halau dari kedai mamak sebab lepak kat kedai diaorang lama-lama? Takde kan?
Aku taklah menafikan kedai mamak ni, tapi apa yang aku boleh katakan ada antara kita ni sebenarnya tak makan kat mamak.

Ajak ke Mcd pun tak nak, boikot katanya. Dan bukan semua orang suka fastfood pun. Kalau aku, kat mana pun okey je. Jadi kesian la kawan-kawan kita yang camni sebab selalu ngelat bila kita ajak lepak hehehe. Sebab sebenarnya ada kedai makan 24 jam di Kuala Lumpur iaitu MYFOODLOFT.

Pernah dengar pasal MyFoodLoft? Orait MYFOODLOFT ni terletak betul betul depan Jakel Mall Kuala Lumpur dan berhampiran dengan LULU Hypermarket.

Kira tengah-tengah KL lah kan? Apa yang bestnya MYFOODLOFT ni selain beroperasi 24 jam, ianya menyediakan makanan yang sedap dari seluruh pelusuk Malaysia.

Memang betul, ada makanan dari Utara Semenanjung sampai ke makanan Sabah dan Sarawak dijual kat MYFOODLOFT. Dia macam food court tau tapi tempatnya cantik.

Selain dari makanan yang sedap dari seluruh pelusuk negara, semua vendor yang berniaga kat MYFOODLOFT ni sebenarnya ditapis melalui saringan yang ketat untuk memastikan semua makanan halal dan bersih.

Bunyi macam cliche tapi dari apa yang aku tengoklah, pihakĀ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Next Generation Movement, Anak Muda Islam Malaysia, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) dan MyFoodLoft memang betul-betul serius menekankan kualiti dan mewujudkan hub halal bagi menggalakkan lagi industri pelancongan.

Sebenarnya itulah tujuan MYFOODLOFT ni dizahirkan. Bukan nak bersaing dengan mamak atau Mcd pun, saje aku sembang kat atas tu.


Antara lain tujuan diwujudkan MYFOODLOFT selain untuk kita lepak dan makan adalah untuk menggalakkan anak muda kita bergiat aktif dalam perniagaan makanan.

Kalau korang nak tau, kat dalam MYFOODLOFT ni ada disediakan kiosk untuk disewa secara harian. So boleh la nak jual makanan kat sini bagi yang nak berniaga mengikut kiraan hari je. MYFOODLOFT beroperasi 24 jam start Mac 2017.


MyFOODLOFT ni ada 2 tingkat dan yang bestnya ada bahagian rooftop tau. Korang nak buat majlis kahwin dengan pemandangan berlatarbelakang Menara Kuala Lumpur?

Ahah! Boleh buat kat rooftop ni tau. Mesti gempak, dan aku rekemen korang untuk hubungi TheKenduri sebab diaorang ni pakar dalam event management dan pasti diaorang boleh adjust dengan bajet yang korang ada. Setakat nak buat Majlis kahwin kat rooftop MYFOODLOFT tu small the pieces laaaa.


Apa pun aku suka suasana kedai makan kat MYFOODLOFT ni. Lapang dan bersih. Dengan wujudnya MYFOODLOFT, warga kota mempunyai pilihan baru untuk makan dan lepak.