Dah ada blog, dah tulis artikel, kat mana nak dapat trafik? Kat mana nak sedut trafik untuk blog? Kat mana nak dapatkan trafik berkualiti untuk blog?
Kalau sebelum ni saya memang cukup tegar dengan trafik yang organik. Trafik yang datang dari carian pelawat di Search Engine Google. Effortless konon-kononnya.
Betul ke?
Sampai sekarang pun blog saya masih lagi bergantung kepada trafik dari google, bukan dari Facebook. Trafik dari Google mendominasi keseluruhan trafik blog saya.
Sebenarnya saya lebih berminat trafik viral dari Facebook kerana (terus terang saya katakan) program Facebook Audience Network di Instant Articlesnya membayar lebih tinggi dari Google Adsense!
Tapi bukan bermakna saya tak nak trafik dari Google, ia tetap trafik terbaik sepanjang zaman dan ianya membina kredibiliti saya dalam dunia lifestyle blogging.
Untuk mendapatkan trafik yang organik, blog saya perlu mesra seo selain pemilihan keyword yang sesuai untuk artikel yang saya nak karang tu.
Selain tu sebelum saya mula menulis artikel, adalah sangat digalakkan untuk saya pastikan siapa target pembaca yang akan membaca artikel yang saya karang tu. Adakah ianya;
- Golongan professional?
- Budak Wicet?
- Pekerja Kilang?
- Lelaki atau Perempuan?
- Status perkahwinan?
- Ahli Sukan?
- Pelajar?
- Penganggur?
- Suri Rumah?
- Dan lain-lain lagi.
Isi Kandungan
Trafik Secara Organik.
Tentukan Target Pelawat
Semua ciri-ciri yang kita tentukan ini akan menjadikan artikel saya lebih fokus. Kerja menulis dan mengarang akan lebih mudah dan tidak meleret. Cara ini banyak membantu saya untuk mendapatkan trafik secara organik. Iaitu dengan carian pelawat di Google
Buat masa ini, dan untuk blog ini pemilihan kriteria dan ciri-ciri pembaca adalah berbeza mengikut artikel. Artikel A untuk golongan pembaca A, artikel B untuk golongan pembaca B. Nama pun blog lifestyle kan? 🙂
Pastikan Buat Kajian Kata Kunci
Artikel yang ditulis dengan penetapan ciri-ciri target tadi akan diindeks oleh enjin carian Google, Bing dan Yahoo dan akan dicari dan dibaca oleh golongan yang telah saya tetapkan tadi. Dapat sesuatu tak?
Dulu saya main terjah ikut suka je kalau buat artikel. Paling awesome pun saya akan buat kajian keyword, tapi saya tak tentukan siapa target pembaca. Kalau orang tanya siapa yang saya target untuk baca artikel yang saya buat? Mungkin jawapan saya ketika itu “Semua yang memerlukan” atau “Semua orang lah!”
Media Sosial Adalah Leverage Terbaik Untuk Trafik
Selesai tulis artikel yang dah ditentukan siapa target pembacanya, mantap kajian kata kuncinya (keyword), takkan nak tunggu Google crawl dan indeks url dan takkanlah saya nak tunggu pelawat buat carian di Google untuk ke blog saya kan?
Boleh je nak tunggu sambil silang kaki sambil minum kopi O kaw! Ntah bila robot Google nak crawl artikel saya.
Sementara Google dan lain-lain enjin carian buat kerja dia, saya akan gunakan tools yang ada. Selagi ianya tak melanggar terma dan peraturan, itu yang saya akan gunakan. Antara yang saya boleh buat adalah;
Kongsikan url artikel tadi ke group Whatsapp dan Telegram
Kalau ada group Whatsapp atau Telegram yang berkaitan dengan topik yang saya kupas adalah lagi elok.
Tapi biasanya Group Whatsapp ni sama ada kawan kerja, kawan sekolah lama atau keluarga. Takkan lah saya berada di 100 group berbeza mengikut topik kupasan artikel saya tu kan?
Jadi?
Kalau ikut amalan saya, saya akan share je ke group family atau rakan-rakan. At least diaorang akan baca sekiranya mereka berminat atau nak bagi sokongan. Tapi cara ini mungkin mengganggu sesetengah pengguna dalam Whatsapp. Tapi, tadi kata nak trafik kan?
Kongsikan juga di Facebook Personal, Page, Group
Yang ni saya jarang buat sebelum ni. Sebab saya kan peminat tegar trafik organik 🙂 Tapi kat sini sebenarnya kita boleh dapatkan trafik berkualiti untuk blog.
Kalau saya share pun biasanya saya share di Fanpage Facebook saya The Adzril.com untuk memastikan saya dapat score untuk Social Signal. Jarang saya kpngsikan di Wall personal.
Mungkin lepas ni saya akan kerap share url artikel yang saya tulis di personal wall.
Saya juga jarang share di Group facebook sebelum ni. Tapi bila saya tengok ramai rakan blogger yang sharing tanpa jemu di Group Facebook, saya pun mula mengorak langkah. Ternyata ianya boost up trafik saya secara pantas.
Kalaulah instagram ada fungsi boleh klik url pada keterangan gambar, sudah pasti saya antara orang yang akan selalu update di Instagram.
Tapi saya tetap akan menggunakan leverage IG ni dengan meletakkan url di detail Personal information kerana di sinilah satu-satunya link url berfungsi dan boleh diklik.
Twitter merupakan salah satu platform pantas untuk saya berkongsi artikel blog.
Thanks to Neyra sebab lepas buat sesi Bloggertalk Bersama Neyra sebelum ni membuatkan saya mula aktif menggunakan platform ni. Saya masih lagi dalam usaha meramaikan follower di Twitter tapi saya teruskan untuk share url artikel blog dalam platform ini.
Kalau di US, penggunaan platform Pinterest ini agak meluas. Di Malaysia mungkin dah selesa dengan Facebook jadi Pinterest mungkin dianggap tidak perlu.
Tapi tidak bagi saya kerana saya memang akan menggunakan platform ini untuk memastikan blog saya mendapat backlink dari Media Sosial percuma ini.
Ini kerana kita boleh letakkan hyperlink di setiap gambar yang kita pin. Sekaligus menjadikan social signal blog saya lebjh bagus.
Youtube
Untuk sebarang artikel dalam blog, seeloknya kita buat satu video yang berkaitan dan letakkan Url artikel kita tadi di description video. Selain itu embed juga video youtube ke dalam artikel kita untuk menunjukkan keterkaitan artikel dan video. Ini adalah antara method kesukaan saya walaupun saya jarang buat video.
Saya dah lama tak cek akaun Wechat, tapi tahukah anda Applikasi Wechat ni membolehkan kita meletakkan url blog di setiap post yang kita buat. Nampak gayanya saya kena install Wechat kembali ke smartphone saya ni.
Cara Broadcast Url ke Database List
Teknik broadcast ni biasanya sinonim dengan email marketing. Neit Patel rajin blast artikel terbarunya di email untuk para subscribernya. Teknik ini memerlukan database yang dikumpul sebelum kita boleh menghantar email secara pukal kepada list subscriber kita.
Selain dari blast Url ke Group Whatsapp, kita juga sebenarnya boleh blast url blog kita melalui fungsi broadcast di platform Whatsapp. Cara ini agak berisiko sekiranya orang yang kita nak blast tidak pernah simpan nombor kita dalam smartphone atau device mereka.
Bagi Whatsapp, blast mesej kepada nombor yang tidak pernah save nombor telefon kita ianya dianggap spam. Perbuatan spam ini boleh dikenakan tindakan. Whatsapp akan banned nombor yang digunakan untuk spam ini daripada menggunakan Whatsapp.
Oh ye, teknik ni pun kena kumpul database dulu. Cuma caranya berbeza sedikit dengan email marketing dan ianya bukan automated macam email marketing tu.
SMS
Tak jauh beza dengan broadcast Whatsapp tadi, teknik ini juga memerlukan kita mengumpul database. Bezanya cara ini berbayar (rate sms telco berkaitan) untuk setiap sms yang dihantar.
Trafik Berbayar
Google Adwords
Cara ini digunakan untuk meletakkan artikel yang kita terbitkan di halaman pertama dan rank pertama (ikut bid dari pesaing) dalam hasil carian google atau enjin pencari yang lain. Ianya berbayar dan pihak Google akan memastikan pelawat yang klik hasil carian adalah orang yang betul-betul mencari info dalam artikel kita itu.
Facebook Ads
Sekiranya anda alert, kita boleh tanam Pixel Facebook di blog kita, nak lagi spesifik di artikel kita pun boleh. Pixel ni macam ejen rahsia yang kita letakkan dalam blog kita.
Fungsinya adalah untuk capture ciri-ciri pelawat yang melawat blog kita. Data ini akan dikumpul dan ianya boleh digunakan sebagai targeting kita bila nak boost artikel secara berbayar kepada Facebook.
Facebook cukup pintar untuk menghantar iklan kita kepada orang yang pernah melawat blog kita. Time ni lah Data Pixel yang Facebook dah tolong kumpulkan untuk kita tu boleh digunakan. Kerja jadi mudah, targeted!
Ada banyak lagi cara untuk mendapatkan trafik yang kita boleh implementasikan. Cuma kita perlu terus-menerus berkongsi artikel kita di tempat yang berkaitan.
Kalau bukan kita yang nak kongsikan artikel kita di Channel-channel ini, siapa lagi? Dengan cara dan platform yang ada, trafik blog kita akan meningkat. Tapi yang penting trafik yang terhasil mestilah berkualiti dan boleh dimanfaatkan.
entri menarik tapi nak blast entry…kena fikir 2-3 kali kot..hehe
kenapa? blast je jangan malu2.
Artikel ini sangat berkualiti..
Baru tadi saya install weechat.. Sebab nak trafik..
saya lupa dah password wechat saya. Username pun dan lupa. hahaha!
Info yang sangat menarik, pasti ramai yang mencari di google pasal nak tarik trafik.
Dalam senarai trafik, ada yang saya guna dan ada yang tidak guna.
Kalau guna semua lagi bagus.
nak guna semua memerlukan satu komitmen yang tinggi. Saya pun ada yang terlepas pandang jugak kadang2.
hehe..tu la nak kena buang rasa malu tu bila part blasting mungkin sebab bimbang blog masih tahap kindergarten kot..hehe Mungkin akan dicuba …menabahkan hati..tolak tepi rasa segan tu ;D
bagusnya post ni. mama walaupun dah lama berblog tapi baru nak berlajar juga. tq ye
Group facebook dengan instagram adalah platform yang selalu aku gunakan untuk share articles. Bab instagram tuh pon aku concern jgk sebab kalau share Url dekat keterangan gambar tak boleh klik. Normally aku akan share link dekat bio IG.
Mantap tipsnya, akan ulangkaji dan amalkan lepas ni. 🙂
Okay, thanks Azril.
Mulai saat ini saya akan delete wechat personal entah apa apa. Creat yang baru untuk blog je.
dan ..
Saya akan create Twitter .. huhh .. tak sabar plak ..
Thanks Azril, info yang sangat2 berguna
Sama2
Terbaik & Membantu bro
hai salam,
saya nak tanya….dalam group yg guna gb wasap…saya ada buat satu info pasal produk….
contoh….
info
1
2
3
produk di jual
1
2
3
bila ahli group sy tekan 1 keluar sekali semua nom 1 …bila ahli group tekan nom 1 di info tu..akan keluar jg nom1 yg kat produk tu…..
mcm mna nk setting ye?
Perkongsian yang menarik dan jelas ..blh dipratikkan ni..bagus