Tentukan Objektif Dalam Menulis Artikel di Blog

Dalam menulis sesebuah artikel, saya akan pastikan apa tujuan artikel itu ditulis. Adakah untuk mendapat trafik yang banyak semata-mata? ataupun nak dapatkan leads? atau barangkali nak dapatkan awareness. Lain task, lain objektifnya. Sebab tu penting untuk saya menentukan objektif dalam menulis artikel di Blog.

Tentukan objektif sebelum menulis artikel

Untuk dapat trafik yang banyak.

Biasanya untuk dapatkan trafik yang banyak (yang juta-juta lemon) saya tak perlu buat kajian kata kunci dengan serius. Sebab saya ada target channel saya untuk mendapatkan trafik yang banyak. Tak lain dan tak bukan, Facebook adalah channel yang saya boleh dapat trafik deras tanpa sebarang penekanan seo dalam penulisan.

Cukup buat headline yang catchy, kemudian saya boost post dengan bajet yang saya ada untuk dapat trafik di facebook.

Biasanya artikel yang boleh mendapat trafik yang banyak adalah artikel yang berkaitan isu semasa, artis, yang mana artikel itu memang bertujuan untuk mendapatkan trafik semata-mata. Dengan trafik yang ada (dari facebook) saya akan mendapat bayaran dari Facebook mengikut jumlah trafik.

Bagi mereka yang ada Google Adsense (full account) mereka juga berpeluang untuk jana income dari trafik yang datang ke blog mereka tanpa perlu menjual atau membuat ayat sales.

Ingat!

Hanya trafik semata-mata. Tak semua orang memiliki akaun google adsense, tapi semua orang boleh memiliki Facebook Audience Network (FAN).

Untuk dapatkan FAN perlu host blog mereka di wordpress. Ini kerana Facebook belum menyediakan kemudahan Instant Articles (IA) untuk platform Blogger/Blogspot.

Income terbesar FAN saya bukan datang dari blog The Adzril.com ini, tapi datang dari blog saya yang lain.

Untuk Dapatkan Leads

Artikel yang ditulis untuk dapatkan Leads mempunyai objektif yang berbeza. Sasaran pembaca lebih targeted dan hebahan artikel tidak dilakukan secara rambang (sepatutnya begitu).

Bagi artikel yang ditulis untuk mendapatkan leads, saya perlu melupakan income FAN sebab saya akan target organik trafik dari Google. Namun FAN adalah bonus sekiranya pembaca datang dari aplikasi mobile Facebook.

Saya masih menggunakan Facebook sebagai medium utama kerana Facebook memiliki database yang besar untuk saya kumpulkan. Saya hanya perlu bayar pada Facebook certain amount untuk saya extract data itu dari Facebook dan jadikan leads saya sendiri.

Oh ye, leads tu maksudnya list email atau list Whatsapp atau list sms, apa-apa yang boleh dijadikan database pelanggan. Yang kita boleh hubungi mereka dikemudian hari untuk follow up dan lain-lain urusan berkaitan.

Artikel Untuk Awareness

Sebagai Blogger Lifestyle, saya perlu menjalankan tugasan saya dengan penuh tanggungjawab dan Amanah dalam membuat review sama ada produk, servis ataupun event.

Saya perlu membuat kajian kata kunci yang sesuai mengikut objektif client. Kalau client nak sales, maka kata kunci yang menjurus kepada sales perlu diutamakan. Itu objektif utamanya.

Ada juga client yang nak awareness, maka kata kunci dan info tentang produk yang akan saya utamakan.

Biasanya kerja-kerja menulis artikel review ini lebih mantap sekiranya dilakukan secara berkumpulan. Dengan cara ini meningkatkan kredibiliti jenama perniagaan atau servis yang direview.

Cuba bayangkan, ada seorang bakal pelanggan produk anda mencari info produk anda di Google, dan hasil carian cuma ada 1 sahaja, kan tak best tu?

Paling tak best bila langsung tiada info berkaitan di Google. Lagi-lagi kalau perniagaan anda tidak mempunyai blog atau web sendiri. Maka disinilah blogger akan membantu dengan menaikkan jenama anda di carian Google.

Kesimpulan

Blogger memainkan peranan penting dalam sebahagian usaha menaikkan jenama dan perniagaan pelanggan. Namun sebagai seorang blogger lifestyle saya perlu menjaga kualiti penulisan dan susunan blog saya supaya ianya nampak kredibel dan mudah dibaca samada oleh pelawat dan Google sendiri.

Namun setiap blogger mempunyai citarasa dan pendapat yang subjektif berkaitan ciri-ciri blog yang terbaik. Pada saya, cukuplah blog saya kelihatan kemas, responsif, pantas, dan mudah dibaca.

Isikan email anda di ruangan FOLLOW ADZRIL.COM untuk menerima update blog terus ke email.