Prosedur Hantar Kereta Kota Kinabalu ke Semenanjung

Kalau dulu masa nak hantar kereta dari Semenanjung ke Kota Kinabalu Sabah aku tak ingat sangat prosesnya, sebab dah lama lagipun time tu agen yang uruskan.Kenapa ejen uruskan? Sebab time tu aku berpindah ke Sabah guna kelayakan.

Tapi kali ni beza sikit sebab aku nak hantar kereta atas urusan sendiri. So kat sini lah aku timba pengalaman.

Sabah Ke Semenanjung
Penghantaran Kenderaan dari Sabah ke Semenanjung

 

Prosedur Hantar Kereta Kota Kinabalu ke Semenanjung

Pertama sekali sebelum nak hantar kereta ke seberang ni kena pastikan kereta tu takde tunggakan bayaran bulanan.Kalau ada korang kena bayar kat kaunter masa apply surat kebenaran atau consent letter yang aku akan terangkan kejap lagi.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Hantar Kereta Naik Kapal Laut

  1. Surat Minta Kebenaran
  2. Surat Kebenaran / Consent Letter dari Bank
  3. Salinan Geran Kereta
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kereta

Langkah-langkah Hantar Kereta Naik Kapal ke Sabah / Semenanjung

Dapatkan / cari syarikat yang uruskan penghantaran.

Proses ni adalah untuk memastikan kita dapat harga yang sesuai. Dapatkanlah beberapa syarikat untuk membandingkan harga yang memuaskan hati disamping servis yang terbaik.Aku banyak tanya kawan-kawan pasal contact syarikat peghantaran kereta ni. Ada yang guna kontena, ada yang guna ro ro (Roll on Roll off).

Minta sebut harga untuk penghantaran kereta

Bila dah dapat je syarikat yang korang nak tu, terus mintak sebut harga atau quotation.Time ni korang kena bagi kat diaorang detail kereta yang nak dihantar macam Nombor kereta, Jenis Kereta selain alamat korang. Dapat je sebut harga ni korang kena sediakan surat kepada bank pulak.

Buat Surat kepada Bank memohon untuk menghantar kereta

Buat satu surat rasmi memohon kat Bank untuk menghantar kereta ke Semenanjung. Tapi kalau kereta dah cash atau dah habis bayar tak perlu la surat ni. Skip ke langkah seterusnya.Sape yang nak contoh Surat hantar kereta tu boleh Download kat sini.

 

Hantar Dokumen kepada Bank

Hantar surat dari pihak syarikat penghantaran tadi / senarai sebut harga bersama surat memohon untuk hantar kereta yang korang buat tadi.

Nanti pihak bank akan minta korang untuk isi borang kebenaran bawa kenderaan ke seberang. Oh ye, sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan ye.

Dapatkan Surat Consent / Kebenaran dari Bank

Biasanya sehari selepas hantar dokumen tadi, Bank akan keluarkan surat kebenaran menghantar kereta naik kapal tu.

Tapi ada jugak kes yang 3 hari. Slow talk la dengan orang bank tu, insyaAllah leh dapat cepat.

Hantar Dokumen Lengkap kepada syarikat uruskan penghantaran

Dapat je surat kebenaran bank tu tadi, terus hantar semua dokumen ke syarikat penghantaran tu.

Antara dokumen yang perlu dihantar ke syarikat shipping tu adalah

  1. Surat consent dari Bank
  2. Salinan geran kereta
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemilik kereta.

Sebelum kereta dihantar kepada Shipping Agent tu, pastikan semua peralatan dalam kereta telah dipastikan berada di dalam tempatnya.

Boleh letak beberapa barang dalam kereta kalau tak silap aku.

Selesai semua tu, boleh lah tunggu kereta sampai kat Port Klang. Untuk kereta aku ni, dia jangkakan seminggu je dah sampai. Oyeay!

17 Comments

  1. Tanpa Nama
  2. Syahmi Brahim
  3. Unknown
  4. moq_sein
  5. tat luu
  6. azizul
    • Adzril
      • Bani

Leave a Reply