Kalau dulu masa nak hantar kereta dari Semenanjung ke Kota Kinabalu Sabah saya tak ingat sangat prosesnya, sebab dah lama lagipun time tu agen yang uruskan.
Kenapa ejen uruskan? Sebab time tu saya berpindah ke Sabah guna kelayakan.
Tapi kali ni beza sikit sebab saya nak hantar kereta atas urusan sendiri. So kat sini lah saya timba pengalaman.
![]() |
Penghantaran Kenderaan dari Sabah ke Semenanjung |
Prosedur Hantar Kereta Kota Kinabalu ke Semenanjung
Pertama sekali sebelum nak hantar kereta ke seberang ni kena pastikan kereta tu takde tunggakan bayaran bulanan.
Kalau ada korang kena bayar kat kaunter masa apply surat kebenaran atau consent letter yang saya akan terangkan kejap lagi.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Hantar Kereta Naik Kapal Laut
- Surat Minta Kebenaran
- Surat Kebenaran / Consent Letter dari Bank
- Salinan Geran Kereta
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kereta
Langkah-langkah Hantar Kereta Naik Kapal ke Sabah / Semenanjung
Dapatkan / cari syarikat yang uruskan penghantaran.
Proses ni adalah untuk memastikan kita dapat harga yang sesuai. Dapatkanlah beberapa syarikat untuk membandingkan harga yang memuaskan hati disamping servis yang terbaik.
Saya banyak tanya kawan-kawan pasal contact syarikat peghantaran kereta ni. Ada yang guna kontena, ada yang guna ro ro (Roll on Roll off).
Minta sebut harga untuk penghantaran kereta
Bila dah dapat je syarikat yang korang nak tu, terus mintak sebut harga atau quotation.Time ni korang kena bagi kat diaorang detail kereta yang nak dihantar macam Nombor kereta, Jenis Kereta selain alamat korang. Dapat je sebut harga ni korang kena sediakan surat kepada bank pulak.
Buat Surat kepada Bank memohon untuk menghantar kereta
Buat satu surat rasmi memohon kat Bank untuk menghantar kereta ke Semenanjung. Tapi kalau kereta dah cash atau dah habis bayar tak perlu la surat ni. Skip ke langkah seterusnya.
Sape yang nak contoh Surat hantar kereta tu boleh Download kat sini.
Hantar Dokumen kepada Bank
Hantar surat dari pihak syarikat penghantaran tadi / senarai sebut harga bersama surat memohon untuk hantar kereta yang korang buat tadi.
Nanti pihak bank akan minta korang untuk isi borang kebenaran bawa kenderaan ke seberang. Oh ye, sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan ye.
Dapatkan Surat Consent / Kebenaran dari Bank
Biasanya sehari selepas hantar dokumen tadi, Bank akan keluarkan surat kebenaran menghantar kereta naik kapal tu.
Tapi ada jugak kes yang 3 hari. Slow talk la dengan orang bank tu, insyaAllah leh dapat cepat.
Hantar Dokumen Lengkap kepada syarikat uruskan penghantaran
Dapat je surat kebenaran bank tu tadi, terus hantar semua dokumen ke syarikat penghantaran tu.
Antara dokumen yang perlu dihantar ke syarikat shipping tu adalah
- Surat consent dari Bank
- Salinan geran kereta
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik kereta.
Sebelum kereta dihantar kepada Shipping Agent tu, pastikan semua peralatan dalam kereta telah dipastikan berada di dalam tempatnya.
Boleh letak beberapa barang dalam kereta kalau tak silap saya.
Selesai semua tu, boleh lah tunggu kereta sampai kat Port Klang. Untuk kereta saya ni, dia jangkakan seminggu je dah sampai. Oyeay!
Boleh hubungi 0168291891 (Khafie) dari Borneo Shine. Cakap je dapat nombor dari blog adzril.com. Mana tau boleh kawtim harga kawan-kawan. kan? Dengan dia lah saya berurusan untuk hantar kereta Viva dan barang-barang personal dari Sabah ke Semenanjung.
Dia boleh jugak hantar kereta dari Semenanjung ke Sabah. Sebab tu kena call dia dan bincang.
good info. semoga bermanfaat kepada semua.
terima kasih…
thank you
tuan..brapa total kos untuk kereta siap sampai ke semenanjung?
Paling murah pernah saya dapat untuk hantar kereta viva ke semenanjung adalah RM1500.
Nak collect kereta dari port plak berapa lama? i mean selepas kereta dah sampai ke Sabah? Custom clearance dan semua sekali
yang ni bergantung pada waktu yang diambil untuk penghantaran. Masa saya aritu, dalam 2 minggu je sampai ke Port Klang. Dan saya terus ambil di gudang mereka sendiri sebab nak jimat. kalau nak suruh diaorang hantar, ada caj plak.
Collect kereta di pelabuhan yang mana tuan adzril.. ?
North Port Klang. Tapi haritu saya call terus pihak yang uruskan barang/motor saya. Saya terus ke gudang tempat dia simpan barang tu kat area Port Klang.
Tuan Azdril,
Kalo amik kat North Port Klang tu pada hari bekerja sahaja atau sabtu ahad pun boleh?
boleh je kalau yang jaga gudang tu okay.
Port klang to kota kinabalu
Time Collect kereta kena sertakan original geran kereta ke tak?
tak perlu.. hanya borang masa kita hantar barang tu je.
Assalammualaikum wbt ….terima kasih info tuan…seperkara lagi (1) setelah kereta di ambil dri port klang adakah kereta itu perlu di register kan balik di jpj ker (contoh : beli kereta proton di sabah tau sarawak bawak balik ke semenanjung) (2) ada hidden cost tak bila dah sampai di semenanjung cont8h kena register balik dan etc..
Terima kasih
Tak perlu. Pakai je macam biasa. Sebab bank dah maklum. Roadtax pun masih valid.
Klau standard sampai 4 hari, then kita nak collect sendiri kat gudang dia bole tak sbb tanak lama2
Boleh je
Kalau roadtax dah mati NK renew ade ISU X??
Takde rasanya.
salam tuan.. saya nak beli kereta di sabah.. macam mana ya kalau nak dibawa ke semenanjung? boleh saya daptkan no tel atau laman web syarikat yg bolwh hantar dari sabah ke semenanjung?
Wasalam. Boleh hubungi Khafie Borneo Shine +60 16 829 1891. Bagitau dapat dari blog Adzril. 😊
Boleh bagi saya no tel Syarikat yg uruskan penghatarn kete ke Sabah dpd Pelabuhan Klang
saya dah update artikel, boleh tengok nombor telefon yang saya tulis kat artikel.
Tuan..penghantaran hari tu kena melalui port Kuching dlu ke atau ada yg direct ke port klang?
Direct.
Kereta saya dah hantar minggu lepas hari rabu. Dia ckp sama hari ahad 30/9/2018. Lepas tu dah smpi dia ckp kena amek masa 2 3 hari utk procedure dokumen utk amek kereta. Kena tunggu call or saya pergi amek je?
Tunggu je diaorang setelkan dulu
Selalu kereta yang didaftar di sabah, dah sampai semenanjung dari segi nak renew rodtax or ect ada masalah tak? Ke process sama je macam kereta kat semenanjung.
Ye sama je.
assallammualaikum…
nak tanya ni,
Dalam geran kereta warna kereta yang sepatutnya Hijau Tua…
tapi da tukar warna silver…
perlu ka tukar ke warna asal?
ataupun macam mana?
Cuba kawtim dengan syarikat penghantaran