Tukar Nama Geran Motor dan Kereta Pemilikan Individu dan Syarikat

Sebenarnya dalam artikel ni saya nak kongsikan harga dan cara tukar nama motor dan kereta. Tapi sebelum tu saya nak share dulu cerita saya berkaitan tukar nama kenderaan ni. Lebih-lebih lagi tukar nama motor. Semuanya bermula bila saya jual motor Yamaha LC 135 saya. Kat situ saya dapat pengalaman. Teruskan bacaan untuk tukar nama motor dan kereta menggunakan khidmat ejen atau runner.

Proses tukar nama motor atau kereta di JPJ

Baiklah. Dulu saya selalu kongsi berkaitan motor Yamaha LC saya. Lepas ni saya dah tak cerita pasal motorsikal Yamaha LC 135 lah sebab dah jual kepada sorang rakan. Memang sayang nak lepaskan motorsikal yang telah banyak berjasa tu. So saya nak kongsikan cara tukar nama geran motor dan kereta kat JPJ.

Tapi saya tak nak sentimental bab bab motorsikal ni sebab ianya cuma kenderaan yang membawa kita dari point A ke point B.

Tukar nama Motor Tanpa Guna Ejen (Perlu ke JPJ)

Saya terangkan secara ringkas kalau anda berniat nak uruskan proses tukar nama kenderaan sendiri.

Kalau anda sendiri ada banyak masa, suka beratur panjang kat JPJ, tak kisah tunggu giliran dan lain-lain hal yang orang ramai tak suka bila berurusan dengan agensi Kerajaan, anda boleh buat tukar nama motor atau kereta sendiri.

Anda sebagai penjual hanya perlu ke JPJ dan isi borang tukar nama. Setelah selesai, pembeli pula perlu pergi ke JPJ untuk urusan tukar nama kenderaan itu kepada namanya. Pembeli perlu selesaikan atau hadir ke JPJ dalam tempoh 7 hari selepas penjual selesai urusan isi borang tukar nama di JPJ.

Penjual boleh datang ke JPJ dalam masa yang sama, bersama pembeli untuk urusan yang cepat dan pantas. Lepas penjual isi borang, pembeli terus thumprint tukar nama dikaunter yang sama.

Tapi kebiasaannya pembeli dan penjual ada masalah untuk urus masa. Penjual boleh datang JPJ, pembeli pulak sibuk urusan harian lain. Sebab itulah JPJ beri tempoh 7 hari untuk urusan diselesaikan oleh pembeli.

[Tonton video saya terangkan langkah demi langkah proses tukar nama motor dan kereta 👇]

Jadi secara ringkasnya;

Tugas Penjual:

  1. Pergi ke JPJ untuk isi borang tukar nama kenderaan dan thumb print.
  2. Pastikan penjual ni dah ada nama, nombor kad pengenalan Pembeli baru.
  3. Lepas thumb print, penjual akan dapat slip pengesahan.
  4. Lepas tu terus bagitahu pembeli, untuk pergi ke mana-mana JPJ yang terdekat dalam masa 7 hari untuk urusan tukar nama kenderaan keatas namanya.
  5. Bagitahu pembeli untuk buat insuran dan roadtax baru sebelum buat urusan di JPJ.

Tugas Pembeli:

  1. Buat insuran dan roadtax baru untuk kenderaan yang dibeli dari penjual tadi. Dah dapat geran kan? Insuran kenderaan atas nama penjual takleh pakai dah.
  2. Pergi ke mana-mana JPJ terdekat untuk isi borang tukar nama.
  3. Isi borang batalkan roadtax lama (atas insuran penjual asal).
  4. Selesai isi borang tu, serah kat kaunter dan thumb print dan bayar RM3.
  5. Dapat VOC (Vehicle Ownership Certificate) / Geran baru atas nama sendiri.

Langkah-langkah tukar nama geran motor (Pengalaman Saya)

Baiklah, saya ceritakan sikit pengalaman saya tukar nama untuk motorsikal saya. Saya sebagai penjual. Setibanya saya kat JPJ tu saya terus masuk ke bahagian pejabat dan diminta untuk ke tingkat 1 untuk urusan tukar nama kenderaan.

Kat tingkat 1 tu saya terus ke kaunter dan beritahu pegawai yang bertugas kat situ yang saya nak buat urusan tukar nama.

Dia terus bagi satu borang suruh isi sebelum dia bagi nombor giliran.

Selesai je isi borang tu terus bagi balik borang tu kat pegawai yang kat kaunter tu dan pegawai tu bagi nombor giliran.

tukar nama motor
Borang tukar nama pemilik kenderaan

Kat borang tu cuma isi nama kita sebagai pemilik asal motorsikal, beserta nombor kad pengenalan dan nama pemilik baru juga beserta nombor kad pengenalan dan alamat.

tunggu sebelum dipanggil
selepas ambil nombor giliran

Tunggu sehingga giliran dipanggil. Saya serahkan borang yang telah diisi tadi ke pegawai di kaunter bersama kad pengenalan saya untuk discan di mesin pengimbas kad pengenalan.

untuk memastikan motor adalah milik saya
pengesahan kad pengenalan

Tak perlu geran. Sebab geran dah bagi kat pembeli motor masa saya serahkan motor dan terima pembayaran.

Dalam lebih kurang 2 minit pegawai JPJ tu serahkan balik ic saya dan berikan satu salinan pengesahan. Pegawai tu suruh saya maklumkan kepada pemilik baru (pembeli) untuk pergi ke mana-mana JPJ untuk urusan tukar nama.

Bagitau pembeli untuk bawa sekali geran motor, JPJ akan ambil geran motor untuk dilupuskan.

Geran motor sepatutnya saya tak perlu bawak pun. Geran motor yang lama sepatutnya saya dah serah kepada pembeli masa proses pembelian. Owner baru yang perlu bawak geran motor ke JPJ untuk dilupuskan.

Slip pengesahan tukar hak milik kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ. perlu diuruskan sebelum 7 hari
slip pengesahan. Bayaran RM3.

Tukar nama Motor dan Kereta guna Ejen

Nak lagi senang? Anda boleh guna servis RunnerJPJ.

Gunakan ejen untuk urusan tukar nama kenderaan anda. Penjual dan pembeli tak perlu susah-susah datang ke JPJ. Bagitau je anda ada kat mana, pandailah ejen datang ke lokasi anda untuk selesaikan urusan tukar nama ni. Tak perlu risau pembeli tu ada kat mana, ejen tukar nama tu akan kejar pembeli kat mana pun dia berada. Samada pembeli dan penjual berada dirumah, atau di tempat kerja, ejen yang akan datang ke tempat anda untuk selesaikan masalah anda.

Ejen akan datang ke tempat penjual untuk selesaikan urusan isi borang tukar nama tadi. Setelah selesai, ejen akan pergi menemui pembeli pula mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pembeli untuk urusan thumbprint. Itu sahaja.

Semua kos tukar nama perlu dibayar oleh pembeli. Melainkan penjual bersetuju untuk menanggung kos proses tukar nama ini. Tapi ejen memang akan terima bayaran dari pembeli, bukan penjual.

Pembeli dan penjual hanya perlu bayar upah (yang berpatutan) sahaja dan kos-kos yang sama sekiranya anda berurusan di JPJ. Biasanya ejen akan minta deposit dari keseluruhan kos sebelum kerja dilakukan.

Nak guna Ejen (Runner) atau Buat sendiri?

Lain orang lain keperluannya. Macam yang saya terangkan kat atas tadi, kalau anda memang ada banyak masa, sanggup beratur dan bersesak kat JPJ untuk urusan tukar nama, atau sanggup tunggu dapat appointment (temujanji) untuk berurusan dengan JPJ, anda boleh buat proses tukar nama ni sendiri.

Tapi kalau anda ada banyak urusan lain yang lebih penting, anda boleh serahkan tugas ni kepada ejen tukar nama motor atau kereta. Ejen akan uruskan dari A to Z.

Ini apa yang ejen akan lakukan;

  • Ejen datang ke penjual untuk urusan thumbprint (tiada bayaran)
  • Ejen uruskan perjumpaan dengan pembeli untuk proses seterusnya. Penjual tak terlibat dah, boleh goyang kaki.
  • Ejen jumpa pembeli ditempat yang dipersetujui dan proses tukar nama dijalankan. Pembeli yang perlu bayar kos tukar nama dan upah ejen/runner.

Guna Khidmat Runner tukar nama lebih mudah

Kalau dulu mungkin saya prefer untuk uruskan sendiri semua urusan tukar nama. Tapi sekarang, zaman dah berubah. Saya akan guna runner atau ejen untuk urusan tukar nama. Tak kiralah saya pembeli atau penjual. Sebab urusan akan lebih mudah.

Sekiranya anda nak membuat urusan tukar nama motor atau kereta anda menggunakan khidmat ejen atau runner, boleh hubungi pihak RunnerJPJ dengan mengisi borang tukar nama kenderaan. Kemudian pihak RunnerJPJ akan menghubungi anda bantu urusan anda mengikut lokasi anda.

Nanti dia datang terus ke tempat anda untuk urusan tukar nama (kereta atau motorsikal).

Baca jugak : Syarikat ni buat servis pos atau kirim kereta ke Sabah, Sawarak atau ke Semenanjung (termasuk Johor dan lain-lain negeri).

Buat Insuran dulu atau tukar nama dulu?

Salah satu isu yang kerap menjadi pertanyaan adalah, nak tukar nama dulu atau nak buat insuran dulu?

Jawapannya: Buat insuran baru dulu pun boleh, nak tukar nama dulu pun boleh..

Perbualan saya berkaitan tukar nama dulu atau buat insuran dulu.

Tukar nama tanpa pergi ke JPJ

Bagi anda yang jenis malas nak beratur anda boleh hubungi kawan saya ni, 0182232767 (Ayumart). Nanti dia datang terus ke tempat anda untuk urusan tukar nama (kereta atau motorsikal). Tapi kosnya tak sama lah dengan buat sendiri kat JPJ ye.

Boleh buat urusan tukar nama, dan boleh tanya sebarang permasalah berkaitan tukar nama. Soalan yang biasa ditanya;

Jangan pulak anda expect dia boleh buat kerja-kerja guna cable ye. Semua legit. InsyaAllah dia bagi harga murah dan terbaik. Servis terbaik, kalau ada yang tak puashati, boleh terus komen kat sini atau bagitau dia secara direct.