Lupa Tutup Lampu, Bateri Viva Kong

Sekarang ni kat rumah saya ada 2 bijik kereta Viva. Satu wife punya, satu lagi saya punya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu wife lupa nak offkan lampu dalam kereta tu.

Last dia guna kereta tu masa hantar saya ke Airport untuk ke Washington.

Balik dari Washington, kereta tu terbiar dalam seminggu la lebih kurang.

Washington 10 hari.

Biarkan lagi seminggu, lebih kurang 7 hari.

Total 17 hari lampu dalam kereta terbuka.

17 hari dah cukup untuk buat bateri kereta kaput. Lepas seminggu tu saya cuba untuk start kereta konon-konon nak bawak pergi pejabat.

Sekali tak boleh start, cranking pun tak boleh. Senyap sunyi masa saya pulas kunci tu.

Saya tak pasti kenapa bateri kong time tu. Apa yang saya fikir adalah camna nak selesaikan supaya kereta tu boleh distart balik.

Nak guna jumper, takde pulak. Kalau ada pun leceh betul nak tolak kereta tu keluar dari garaj untuk dicaj dengan kereta lain.

So terfikir satu cara yang pernah saya buat masa kat Kota Kinabalu dulu. Masa tu kereta wife yang kong sebab saya tinggalkan kat KK untuk balik beraya. 2 minggu tu.

Apa caranya?

Charge balik bateri tu.

Ya! Caj semula. Tak payah kalut nak beli bateri baru. Caj ni biasanya dalam range harga RM3 – RM5 bergantung kedai tu lah nak caj berapa. Tapi tak lebih RM5.

Cara bateri di caj. Ambil masa 24 jam untuk full-charged.

Jangkamasa caj tu 24 jam. Hantar harini pukul 12 tenghari, esok 12 tengahari baru boleh ambik. Boleh hantar kat mana-mana bengkel kereta. Biasanya kedai tayar kereta ada perkhidmatan caj bateri kereta ni.

Caj bateri ni cuma boleh dibuat kalau bateri tu kong sebab kita lupa tutup lampu je, tapi kalau dah memang bateri dah expired, caj camna pun tetap takleh pakai pastu.

Lepas saya dah pasang balik bateri kereta kat kereta Viva saya, baru saya perasan lampu dalam kereta on. Suis dia kat kedudukan ‘on’.

Itu je.

Saje kongsi, manalah tahu ada yang kalut pergi beli bateri kereta baru.

Oh ye, kalau bateri tu dah lebih setahun, memang nak kaput dah, boleh jugak try caj. Kes saya kat Kota Kinabalu tu bateri dah 2 tahun lebih, saya caj dia ok balik. heheh!