Survive Naik Uber Tanpa Beli Data Internet di Virginia Washington

Paling jauh saya pernah bercuti adalah ke GuangZhou China. Walaupun kat sana ada problem kebanyakan apps Google tidak boleh digunakan, ianya bukanlah masalah terbesar sebab boleh diatasi dengan Apps Wechat. Plus saya ada orang tersayang di sisi yang sentiasa bersedia dengan sebarang situasi.

Suhu time ni dalam 4 darjah celcius, feels like -1 darjah celcius.

Tapi bila nak ke Washington, masalah bahasa tak muncul, saya tak perlu risau nak guna Google Translate.

Apa yang menjadi permasalahan adalah nak commute sekitar Virginia, Washington USA.

Persoalan yang timbul time tu;

  1. Nak naik public transport apa?
  2. Nak guna data (internet) apa kat sana?
  3. Budaya sana ok ke? (Sebab biasa pergi negara Asia je)
  4. Nak cari kedai makan halal kat mana?

Oklah, semua point 3 dan 4 sebenarnya bukan isu besar bagi saya sebenarnya. Point 1 dan 2 tu ada isu sikit. Ni yang saya nak kongsi ni.

Public Transpot Sekitar Washington.

Saya tak pergi ke Town Washington sangat pun. Cuma sekali je. Since saya menginap kat Comfort Suites Dulles, Virginia, memang kawasan ni tak nampak train station sekitarnya.

Apa yang saya terfikir adalah Uber. (Kat sini diaorang guna Uber dan Lyft).

Ada jugak terfikir nak sewa kereta je memandangkan saya berada di Virginia selama seminggu. Tapi sebab agak kekok dengan jalan dan left-drive ni jadi saya buat keputusan untuk guna servis Uber.

Awal-awal lagi kat Malaysia saya dah intergrate kad kredit saya ke aplikasi Uber.

Data Internet di Washington

Ok setel masalah transport, sekarang ni Aplikasi Uber perlukan data internet untuk berfungsi kan?

Ah sudah..

Jadi saya cuba buat research sikit. Data mana yang nak digunakan, yang murah, yang sesuai. Sebenarnya saya tak jumpa (atau sebenarnya saya tak reti cari?)

Ada jugak tanya kawan-kawan yang sama-sama akan ke Washington ni, Diaorang tak kisah langsung pasal connection internet kat US nanti, sebab memasing kata nak roaming.

Jadi camna kesudahannya?

Hari pertama saya sampai kat Virginia tu, saya terus cari 7e terdekat (sebelah hotel je). Kat US banyak jual kad pin untuk connect ke wifi. harga bermula dari 25USD ke 50USD.

Lepas tu saya cuba pulak cari simkad kat Walmart. Kat sini pun sama jugak, banyak jual Pin untuk password wifi.

Simkad ada, tapi kebanyakkan ada kontrak macam AT&T, Verizon dengan T-Mobile. Harganya sama dengan harga smartphone beserta kontrak. 50usd ke atas lah.

Puas tanya kat salesperson Walmart, warga Nepal kalau tak silap saya, dia pun reccomend ambik simkad USD50 (rate semasa USD1=RM4) je. Dapat 3gb untuk 90 hari.

Saya yang konon nak bajet-bajet duit bagi alasan nak cari telco lain, atau offer lain yang lebih murah. Time ni terasa 20Mb (ye Megabyte) sehari yang dioffer telco tempatan Malaysia dengan harga RM39 adalah murah.

Takde sorang pun kawan-kawan yang konon nak roaming tu buat roaming. Memasing pun takut kena caj beribu-ribu bila balik Malaysia.

Kesudahannya? Masing-masing bergantung harap kat free Wifi Hotel, Walmart, Target dan mana-mana premis yang ada wifi free.

Ya kawan-kawan,

Camtulah saya survive untuk bergerak dari Hotel ke Baby Blossom Fairfax, Tyson Corner Nordstrom, ke Target, Walmart, Costco. Semua tempat ni ada wifi. Saya panggil Uber guna wifi free kat setiap tempat tu, bila Uber sampai saya terus naik kereta dan redha untuk next destination supaya ada wifi free.

Tambang Uber keseluruhan saya berada di Virginia Washington US

Dan Alhamdulillah, taktik ni berjaya. Cuma ada 1 masalah bila pemandu Uber tak nampak atau tak dapat cari saya, dia akan cuba call. Memang tak boleh call la sebab Apps Uber saya tu register guna nombor Malaysia dan saya tak roaming.

So far itu cuma kes terpencil, saya tak galakkan buat taktik ni, saja saya kongsikan untuk pengetahuan orang lain di kala kecemasan. Atau jenis nak bajet duit.

Kesimpulannya, cari perkhidmatan wifi yang ada jual kat KLIA atau KLIA2 sebelum berlepas. Rasanya around RM200 untuk unlimited data sepanjang perjalanan dan percutian kita tu bergantung kepada pakej lah kot. Ianya lebih berbaloi.