Tayar Kereta Viva Bunyi Berdengung Akibat Bearing Rosak

Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Tayar kereta Viva bunyi berdengung.

Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing.

Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan.

Tayar Kereta Viva Bunyi Berdengung

Aku tau kalau bunyi berdengung camni memang masalah bearing sebab masa aku pakai Alfa Romeo 146 dulu pun ada masalah yang sama.

Tapi time tu bunyi dia lebih kasar dan kesat.

Dan aku lupa berapa kos untuk replace bearing tayar belakang Alfa Romeo 146 tu sebab aku banyak keluar duit untuk maintenance Alfa Romeo tu dulu. Bro insaf.

Jangkaan aku harga untuk tukar bearing baru tayar kereta Viva ni tak mahal. Maklumlah kereta tempatan kan?

Macam biasa aku akan tanya kawan aku yang pakar dalam bidang alat ganti kereta ni lah.

bearing kereta viva berbunyi
Keadaan bearing tayar depan perodua viva yang dah rosak

Tapi malangnya dia cakap tak pasti sebab dia dah cuci tangan dalam arena perbengkelan kereta ni.

Sekarang dia fokus dalam bidang repair handphone. Lebih ringan katanya.

Jadi terpaksalah aku redah je terus ke bengkel.

Dan orang bengkel cakap kalau bearing tayar belakang murah sikit berbanding bearing tayar depan. Kalau bearing tayar depan RM200 harganya.

Ditambah dengan GST RM12 so total RM212 untuk tayar depan. Sebelah je tau, apek bengkel ni suruh tukar dua-dua sekali kiri kanan. Memang tak lah.

Kat shopee, harga bearing tayar depan viva tu cuma RM50 je.

Update : Aku hantar repair bearing tayar (sebelah kanan pulak) kat member aku. Total harga semua rm160 je. siap dengan upah dia pasang.

Boleh hubungi dia 0193598637 (Daus) – Cakap dapat nombor dari blog Adzril.com, tau la dia nanti. Peta aku provide kat hujung artikel.

So lepas je tukar bearing tayar depan sebelah kiri kereta Viva ni, barulah bila memandu tu rasa macam ringan sikit.

Korang bayangkanlah dengan keadaan bearing bunyi berdengung tu la aku lenjan Viva tu ke Kuantan aritu.

Gila betul la. Nasib baik semuanya berjalan lancar.

bearing tayar Perodua Viva
Bearing tayar kereta viva yang baru berharga RM200 (Siap pasang)

Selain dari problem bearing tayar depan, kereta Viva ni menunggu masa untuk ditukarkan absorber belakang sebelah kiri.

Kalau tak silap aku harganya dalam lingkungan RM90 untuk sebelah sahaja.

Beli kat Shopee bearing ni lagi murah.

Tapi apek bengkel ni caj RM120, siap pasang la. Memang camtulah agaknya harga untuk absorber belakang Viva.

Nampak dari bentuk dan speksifikasi, absorber belakang Viva ni macam sama dengan absorber belakang Perodua Kelisa.

Nanti aku survey kat tempat lain pulak. Nak tengok berapa harganya.

Kerap langgar lubang atau jalan tak rataPunca Bearing Tayar Kereta Rosak

engine oil dan bearing tayar
Resit pembayaran maintenance perodua Viva

Banyak sebab sebenarnya yang menjadikan bearing tayar tu rosak dan berbunyi. Cukup masa memang kena tukar.

Kalau bukan tayar, mungkin bearing. Dan kalau bukan bearing mungkin piston disc pump tu jammed.

Taukey kedai boleh tahu sama ada bearing rosak atau tak tanpa bukak tanya kereta pun.

Jangan pulak terus ke bengkel cakap nak tukar bearing. Cek dulu. Memang ada 2 3 sebab tayar kereta berbunyi dengung.

Baca jugak artikel tukar absorber mounting viva.

Tapi kat sini aku senaraikan antara penyebab yang boleh jadi faktor bearing tayar kereta berbunyi dan perlu ditukar, antaranya:

  • Alignment tayar yang dah tak betul.
  • Balancing tayar yang menyebabkan tayar berpusing tak sekata.
  • Wear and tear, dah memang sampai waktu dia nak kena tukar bearing.

Kalau penjagaan dan pemanduan yang betul insyaAllah boleh tahan lama bearing tayar tu sebelum dia mintak kena tukar.

Kalau tukar pun bukan hari-hari nak kena tukar bearing ye tak?

Peta Lokasi Bengkel Tim Worksyop (Daus dan Olie)