Bagi korang yang nak memiliki blog tapi tak tahu caranya, aku akan ajarkan cara paling senang untuk buat blog secara percuma menggunakan platform blogger atau blogspot, sama macam blog aku (adzril Bloggertalk) ni la, guna blogspot.
Pastikan korang dah ada email gmail (akaun gmail) sebelum memulakan langkah pertama.
Langkah pertama buat blog
1. Pergi laman web blogger di www.blogger.com, dan masukkan email dan password gmail seperti gambar. Selepas itu klik Sign in.
|
2. Klik pada Create a Google+ profile
|
3. Klik Create profile
|
4. Klik Continue to Blogger
|
5. Klik New Blog untuk mencipta blog anda yang pertama.
|
7. Klik pada butang Pen/Pensel yang berwarna jingga untuk memulakan atau membuat Post korang yang pertama.
|
8. Isikan tajuk post korang pada bahagian Post dan mulakan menulis seperti anda menaip di Microsoft word. Setelah siap menaip dan mengarang, klik butang Publish berwarna jingga. |
9. Siap post pertama anda, sekarang klik pada tulisan view untuk melihat hasil karangan anda tadi. |
10. Inilah paparan post pertama anda pada blog pertama anda. Tahniah. |
Ulang langkah 7 untuk membuat post baru dalam blog anda.
Best kan dah ada blog sendiri? Percuma pulak tu. Tahniah sekali lagi.
Join group Bloggertalk Malaysia, kat group tu saya kongsikan real case study dan tips buat blog dan gunakan blog untuk laksanakan objektif korang masing-masing.
Perkongsian yang bagus . Terima kasih.
sama2, tak sangka ada orang komen 🙂
[…] Ok pertama sekali apa yang perlu kita buat untuk mula generate duit kat 8share ni adalah dengan mendaftarkan diri kat 8Share. Lepas daftar boleh la lengkapkan detail peribadi macam akaun bank, alamat dan lain-lain yang perlu. Ok setel fasa 1. Seterusnya klik menu All Special kat kiri laman web 8Share ni dan akan terpaparlah artikel-artikel yang boleh dikongsi. Ada artikel bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Cuba tengok berapa yang kita boleh generate untuk kongsi 1 artikel tu kat tulisan Earn Up to RM10.Jadi skrol dan pilihlah tajuk artikel yang korang rasa sesuai untuk dicanang kat artikel blog korang. Takde blog? Buatlah satu. […]
Maaf ,saya nak tanya , perbezaan antara blog dan page macam mna ? And cerita cerita di blog ni dia kekal atau akan terpadam nnti ye ?
blog tu macam catatan kejadian. ianya kekal takkan terpadam. page tu lebih luas lagi… blog jugak dikira sebagai page.