Cara Transfer Duit Maybank2u ke Tabung Haji Secara Online

Posted by

Cara transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online sebenarnya ada 2 cara, setahu aku lah. Cara pertama yang selama ni aku guna adalah dengan set di Favorite Bill Payment dalam menu Maybank2u.

Tapi untuk bulan ni aku dapati dah takde menu bill payment untuk masukkan duit dari Maybank2u ke Tabung Haji secara atas talian.

cara senang keluarkan duit tabung haji tanpa buku
Transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji

Tapi sebelum korang boleh transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online, korang mesti dah daftarkan nombor akaun Tabung Haji korang kat Maybank2u. Untuk cara daftar akaun tabung haji dalam akaun Maybank2u korang boleh baca artikel berkenaan.

Kita teruskan ke topik Cara Transfer Duit Maybank2u ke Tabung Haji Secara Online.

Baca juga : Cek baki tabung haji guna Maybank2u

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

langkah keluarkan duit tabung haji
1. Setelah anda login ke akaun Maybank2u anda, Klik pada menu Account & Banking

 

cara keluarkan duit tabung haji
2. Seterusnya klik menu Transfers

 

keluarkan duit tabung haji secara online
3. Klik menu Tabung Haji

 

keluarkan duit tabung haji
4. Cari menu Fund Transfer dan klik.

 

Tabung haji melalui maybank
5. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer

 

keluarkan duit tabung haji hari cuti
6. Masukkan amaun / jumlah yang hendak di transfer ke Tabung Haji dan klik butang Continue.

 

hari cuti boleh keluar duit tabung haji
7. Request TAC dan masukkan nombor TAC ke dalam ruang TAC. Kemudian klik butang confirm.

 

berjaya keluarkan duit tabung haji
8. Selesai

Harap tips ini membantu untuk anda transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online.

Tapi ingat, sebelum korang boleh buat proses pemindahan duit dari Maybank ke Tabung Haji ni, korang perlu daftar akaun tabung haji ke Maybank2u dahulu.

Rating Pembaca
[Total: 20 Average: 4.4]

74 comments

  1. Assalamualaikum tuan, kalau dari m2u saya, nak transfer ke account tabung haji anak, guna "maybank to 3rd party TH account transfer" ke?

    1. Dia ada menu selepas kita tekan pautan transfer. Semua dlm 1 tempat termasuk masukkan duit dari Maybank ke Tabung Haji.

      Tak silap saya, ada ada buat artikel berkaitan ini jugak. Boleh cari dlm blog ni.

    2. eh salah baca, kalau nak transfer dari maybank tuan ke tabung haji anak, kena tambah nombor akaun kat senarai tabung haji tu. Walaupun dah favourite, masa nak transfer tu nanti dia akan minta no ic pemilik akaun tabung haji yang kita nak transfer tu.

  2. Assalam encik . Nak tanya kalau akaun tabung haji anak under nama suami, blh ke sy register dlm maybank2u? Or adakah suami sahaja blh?
    Tqvm

  3. Salam. berapa lama masa yang diambil untuk duit yang ditransfer online tadi masuk ke akaun Tabung Haji? adakah serta merta atau perlu menunggu sehari dua. terima kasih.

  4. assalam,perlukah daftar dulu akaun tabung haji anak di mesin ATM, sebelum guna menu maybank to 3rd party TH account transfer(utk pindahkan duit dari maybank kita ke akaun th anak).Tk

  5. TAC yang dia minta masa nak transfer dari acc TH kepada Maybank, dia send TAC dkt number phone yg berdaftar utk Maybank or TH ya?

  6. Assalam tuan…soalan sy sama dgn yg ni…
    Perlukah daftar dulu akaun tabung haji anak di mesin ATM, sebelum guna menu maybank to 3rd party TH account transfer(utk pindahkan duit dari maybank kita ke akaun th anak).Tk

  7. cik Adzril..apabila kita Individual Reqister tabung haji dari maybank to you tabung haji akan tolak acc dr tabung haji kan? selepas kita masukan TAC tu..dan selepas itu adakah kita setiap bulan kene bank in dlm acc tabung haji tuk kita pergi haji?

    harab boleh membantu saya cik Adzril..terima kasih.

  8. kena gst kan? saya nak buat transaksi online, di maklumkan kena gst. kalau satu ribu, dah rm 6.
    mana lebih praktikal, online or by check?

    1. Mana ada camtu. Cuma dikenakan caj rm1 utk setiap transaksi. Termasuk gst rm1.06 sahaja. Tak kira berapa pun jumlah duit pada setiap transaksi tu.

  9. Kenapa saya nak dafta no acc tabung haji anak kt maybank saya tak boleh ye? Tp kalau acc tabung haji saya sendiri sekali je dh berdaftar..

    1. Mmg tak boleh akaun org lain. Kalau boleh akaun orang lain, alamat banyaklah duit orang lain kita boleh transfer ke akaun maybank sendiri.

  10. assalamualaikum tuan .. betul ke buat masa sekarang kalau nak transfer duit dri maybank2u ke TH ada problem sikit sebab sistem TH dalam pembaikkan ..

  11. salam encik..nak double confirm. kalau saya nak transfer duit dr maybank2u saya ke account TH ayah..account TH ayah tu kena daftar di mesin atm dulu jugak k?

    1. tak perlu. hanya perlukan no ic dan nombor akaun je masa nak trnsfer tu. pilih mode transfer to 3rd party TH account.

  12. Salam, Encik kalau acc TH kita dah lebih 7 tahun tak aktif, tapi dalam acc masih ade lebih 1k tetap deactive jugak ke..?

  13. encik nak tnya.. sy transfer dr tabung haji guna maybank2u ke 3rd party maybank.. lupa nk save resit.. sy check m2u history xde plk statement tu.. mcm mana ye nk buat.. kenapa statements x keluar?

  14. Nk tya, klo nk trnsfer duit dr mybnk2u ke th, pling minimum blh trnsfer brp ek? Klo mcm asb, pling mnimun blh trnsfer dr mybnk2u ke asb dlm rm100

  15. Nak tanya,kn arini tbung hji sebut psl hibah tu kn, lps tu mlmni sy nk cekla baki akaun tbung haji, lps tu kluar kt balance tu rmNaN. Knap ek? Ke sbb dia tgh update yg hibah tu?

      1. Oooh kiranya bknnya duit kita hilangla kn? Jd risaula plak😢 sbb tgk dlm fb tbung hji ckp blh semak pengkreditan hibah stat 8april ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *