Sebelum motor LC saya dibawak balik ke Semenanjung dari Kota Kinabalu, saya perasan tayar depan belakang memang dah botak licin kaw kaw. Tapi memang saya niat nak tukar sejurus motor tu sampai semenanjung la nanti.
Selain dari tu, yang saya perasan monoshock yamaha LC ni dah berhayun lembut gile geng. Ambik lep kompom jadi drift punya.
Kalau nak tengok tahap keseriusan kerosakan memang la saya perlu tukar tayar dulu. Monoshock letak tepi kejap. Tukar tayar ni depan dengan belakang sekaligus beb. Nak nak time tu raya kedua, mana pulak nak cari kedai tukar tayar ni.
Memang dah round2 area Kapar tu takde la kedai sparepart motor yang bukak kecuali satu kedai Motorsikal amoi ni.
Untuk harga tayar depan saya dapat dalam RM78. Tayar belakang pulak saya dapat RM89. Untuk kedua2 tayar ni saya ambik jenama Duro. Saiz tayar saya tak ingat, tapi yang standart motor keluar kedai punya lah.Kalau dulu2 boleh la ambik tayar besar depan belakang.
Sempat saya tanya kat amoi tu berapa harga monoshock untuk Yamaha LC 135, dia cakap RM160 siap pasang. Tu kalau saya bedek lagi mungkin boleh dapat harga murah sikit.
Tukar Mono Yamaha 135 LC Terus Jadi Keras Macam Kancil Potong Spring
Untuk mono LC saya yang dah lembut berbuai mcm buaian tu saya belum cukup bajet time tu untuk tukar. Saya dengar cerita ada orang boleh buat inject balik monoshock untuk kembali perform macam baru keluar kedai.
Kos untuk inject mono yamaha LC ni katanya dalam RM25 ke RM35. Bagi saya harga ni dah cukup murah berbanding kalau nak tukar mono baru jenama Kayaba atau Racing Boy (Third Party).
Jadi sementara tunggu gaji saya masuk ke dalam akaun, saya bercadang la untuk inject je mono Yamaha LC saya ni. Lagipun memang mono asal dah lembut. Brother yang bertanggungjawab tukar mono LC ni duduk kat area Sungai Buluh.
Mula-mula saya ingatkan dia buat kerja2 inject Mono jadi keras balik, rupanya bukan. Dia modified mono asal jadi keras macam kancil potong spring punya effect hahaha! Sekali siap pasang terkejut saya sebab keras gile kot mono ni dan tinggi sikit sebab spring kat monoshock tu diwelding dengan nut, tu yang jadi tinggi sikit.
Saya memang dah lama tak buat kerja bukak2 motor ni. Jadi bila tengok bebudak ni buat kerja (tukar mono) saya jadi terkagum sikit. Lagipun zaman saya bukak-bukak motor dulu zaman saya pakai modenas kriss 110 1st model tu haa.
Itupun cuma tukar minyak hitam, tukar tayar ngan ketatkan rantai je. hehe.
Baca jugak : Tak Ketatkan Rantai Motor Selama 4 bulan, Rileks je.
Bila tengok bebudak ni buat kerja barulah saya tau camna cara tukar mono Yamaha LC 135.
Kerja pantas dan upah cuma RM35. Oh ye, dia swap mono yang dia dah modified jadi keras tu dan dia ambik mono lembut saya tu untuk dimodified dan dijual/diswap kepada customer seterusnya.
Terbaikk.. ?? hehe
sekarang saya baru pakai fz, rasa menyesal juga kadang2. sebab tak ada raga..dah la teman jenis suka g pasar borong..
rasa mcam nak cari moto raga plak.
alaaa boleh je pasang box kat Fz tu..
Sungai buluh kat mana kedainya bro??boleh bagi alamat dia tak??
Whatsapp member ni, +60 17 356 8755 – art.
Bro kalo bila bwk msa jalan x rata apsal ek rantai mcm sentap gila rase tayar blkg nk trcabut..corner pon cmtu gk..sbb monoshock dh lembut ke ek
Err tak pasti bro. Mungkin rantai ketat sangat kot
haah bro. .sbb mono. . haritu kena mcm tu. .pastu tukar mono dah ok. .. sekali dgn service fork. .feel bwk mcm moto baru .haha
Terbaik
servis fork brp ongkosnye
Kena baca balik ni bro. benda dah tulis.
assalam bro…nak tanya sikit…bila dah keras mcm kancil, ok x dr segi cornering dan pantulan masa lalu di zebra cross
Mantap… Cornering pun meyakinkan.
tq bro 4 our information
ada dengar2 cerita dr kawan bila nak swape diberi pilihan samada nak lembut or keras or sederhana…tul ke
Betul.
sg buloh area mana ye..ni kat kedai or rumah bila nak try swape ni…monoshock sy dah boliauw, corner main sikit je takut skip
Boleh call +60 17 356 8755 – art.
tq bro
Bro…monoshock LC135 saye slalu berbunyi mcam tikus bile bawak orng yg agak berat…terutama bile lalu dkt bonggol. Ape yg ptut dilakukan? Sye baru tukar pulak tu monoshock tu…tapi still bunyi… Kalau modified monoshock jdi tinggi berbunyi x agak2?
Cuba spray wd40 sikit kat bahagian yg bunyi. Jgn modified sbb nanti org tu amik absorber bro. Dia kasi yg dia punya.
slm bro..njust nk tanya..xboleh ke mintak bro tu modified mono yg kita punya tu tanpa swap..original kedai punya ni syg nk swap dgn yg lain
Wasalam. Boleh je. Tapi kena tunggu sehari la.
salam bro nak tanya mono boleh inject ke? tapi tkde side effect ke kalau inject balik?better tukar ke atau inject?
Tak tau la boleh ke tak. Tak pernah buat. Elok beli baru je.
yang ko buat ape ek bro? ko modified balik ke ape?
kat dalam artikel tu saya dah cerita penuh.
yup bro maksudnye modified balik lah kan. bukan inject kan? ok2.saya dh kol kdai tu die kata boleh inject. thanks bro
Mula2 kyb asal moto sy inject n lapik spring mcm bro tunjuk.. Keras melantun.. Yg spatutnya sy inject ja.. Sbb klu kita lapik spring daya hentak kt mono ttap cepat naik turun,cuma keras skit.. Tp klu kita inject tmbah myk. Mono jadi slow tendang balik. Ini yg penting time amik koner.. Klu mono tendang cepat kompom brsepah koner.. So lepas tu sy pakai mono racing boy type s. Boleh adjust spring n soft hard lantunan dia.. Alhmdulillah amik koner sngt yakin. Tayar x berkatam atas tar wlaupun trek beralun time lap.. Tp fork kne seimbang.. Sy tmbah oil treatment kt fork supaya xrapat turun n beratkn naik trun fork.. Nk koner jgn main brake sngt.. Sikit2 ja.. Drop gear supaya enjin breking moto tu bg slow.. Ok maaf jadi novel plak krngan sy ni.
Terbaek cikmie.
Bro, berapa lama mono lc135 dapat bertahan selepas inject?
Tak tau, sebab x pernah inject mono.
Salam Bro, boleh bg alamat n contact kedai tu tak ?
Ada kt komen sebelum ni.
Salam bro sory nk tanya kalau mono yang adjustable nak ejas apa je?ejas ketinggian dia eh?Saya newbie skit tang monoshock em
[…] Baca jugak : Cara adjust Monoshock Yamaha LC jadi keras. […]