Cara Betul Letak Gambar Gerak Gif di Facebook Percuma

Ada orang sangka gambar animasi gerak-gerak macam video tu atau gambar dalam format gif boleh di upload ke facebook secara terus. Tapi rupanya tak boleh. Kalau upload jugak secara direct maka ianya akan menjadi gambar static yang takde kualiti.

Boleh jugak klik di gambar ini untuk mendapatkan url gambar

Cara yang betul adalah dengan paste url atau link gambar gif tersebut ke status facebook macam kita share mana2 link website atau blog.

Paste URL link gambar gif di status facebook.

Sekiranya gambar tu belum ada url maka ianya perlu diupload ke hosting terlebih dahulu. Tapi kalau yang takde hosting camna pulak kan?

Guna platform Blogger

Bagi mereka yang takde hosting sendiri, jangan panik. Gunakan benda yang free yang telah disediakan oleh blogger.com. Menggunakan platform blogger adalah percuma. Bagi sesiapa yang sudah ada akaun blogger boleh terus upload gambar gif berkenaan ke mana-mana post lama atau create post baru.

  • Klik pada Create New Post
  • Klik pada insert image
  • selesai upload, klik kanan dan klik Copy Image Url
cara upload gambar gif ke blogger.com

 

Copy Url pada Address bar

Paste url tadi ke address bar untuk tujuan memastikan gambar yang diupload tadi berjaya.

Alternatif lain upload gambar gif

Rasanya selain guna blogger, korang jugak boleh guna google drive. Cuma setau aku google drive ni ada set untuk permission sharing bagi setiap gambar.

Buat masa ini gambar animasi gif ini hanya boleh diupload ke facebook dengan cara ini. Namun instagram masih belum boleh upload gambar gif ini ke dalam akaunnya kecuali korang convert file gif tu ke file mp4.

Dah ada blog? Jom belajar cara daftar blog kat sini.