Cara Transfer File dari PC ke Android / Iphone dengan Pantas

Zaman semakin maju, kalau dulu kita transfer file guna Bluetooth, sekarang anda dah boleh transfer file dari PC ke handphone Android atau Iphone melalui sambungan Wifi menggunakan aplikasi percuma yang dicipta oleh Lenovo iaitu ShareIt.

Cara Transfer File dari PC ke Android / Iphone dengan Pantas

Tapi pertama kali, korang kena install apps ni pada phone korang kat Play Store atau App store.

Lepas tu kat pc pun kena install gak, boleh dapatkan softwarenya kat laman web ShareIt.

Aplikasi Share it ni sangat memudahkan kerja-kerja transfer file tak kira la saiz kecik atau besar gila babas.

Selain dari share file dari Handphone ke PC, dan PC ke handphone, aplikasi ShareIt ni jugak boleh digunakan sebagai pointer untuk PowerPoint Presentation, manage file PC korang dari handphone dan preview gambar di dalam PC untuk paparan lebih besar. Best kan?

Transfer file 500Mb tak sampai 2 minit.

Dah lama sebenarnya teknologi ni, sejak zaman aku pakai Lenovo P780 aku dah perasan apps ShareIt ni cuma tak pernah nak amik tau pun.

Apps ni mirip dengan Teamviewer yang boleh remote control handphone korang.

Banyak benda boleh explore lagi ni.

Sharing fail ke dalam handphone menjadi semakin mudah dan pantas.