Pendapat tentang Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S Pen

Genap seminggu aku dah gunakan Samsung Galaxy Tab A ni.

Sekarang barulah boleh aku gunakan pengalaman seminggu aku untuk review pasal galaxy tab A 8.0 yang didatangkan dengan S pen ni.

Memang ada hikmah rupanya kehancuran Galaxy Note 8.0 aku sebelum ini adalah untuk ditemukan dengan yang lebih baik iaitu Samsung Galaxy Tab A with S Pen.

Run Game FIFA 14 pada Samsung Galaxy Tab A 8.0 sangat smooth

Sebenarnya sebelum aku membuat keputusan untuk beli Galaxy Tab A 8.0 ni aku dah membuat banyak research tentang tablet yang bersaiz 8 inci.

Antara yang aku compare adalah Lenovo S8 dan Lenovo Tab 2 A8. Kedua-dua model ni memang menepati citarasa aku yang sememang tak boleh kalau takde tablet, sebab aku suka membaca ebook di tablet.

Kenapa agaknye aku tak compare dengan Galaxy Tab A 8.0 with S pen?

Comparison ni aku buat kt web gsmarena, yang peliknya takde model Galaxy Tab A 8.0 with S pen dalam web tu, cuma ada yang Tab A 8.0 sahaja.

Jadi aku abaikan je la kan. Sebenar2nya priority aku adalah tablet 8.0 inch yang ada pen!

Pendapat tentang Samsung Galaxy Tab A 8.0  with S Pen

Perbandingan dengan Tab Lenovo

Aku jumpa model Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S pen ni kat kedai Samsung Imago Shopping mall Kota Kinabalu.

Punya la excited bila tengok ada pulak model 8.0 inch Samsung yang ada pen. Dan memang pelik sebab time tu takde senarai Tab A 8.0 inch ni dalam web gsmarena.

Bila tanya pasal harga, lagi sekali aku terkejut sebab harga untuk Samsung Galaxy Tab 8.0 with S pen ni cuma RM1099 termasuk GST! Bukan itu je, malah dapat lagi free gift dari samsung iaitu Tempered Glass Screen Protector dengan Cover Tab yang sangat premium bernilai RM149 secara percuma.

Tempered glass tak tau plak berapa harga. Terus aku grab.

Cover samsung Galaxy Tab A 8.0 yang bernilai RM149 diberi PERCUMA!

Galaxy Note 8.0 vs Galaxy Tab 8.0 with S Pen

Kalau nak dibandingkan dengan harga Samsung Galaxy Note 8.0 iaitu RM1599 masa aku beli dulu, memang harga Galaxy Tab A 8.0 with S pen jauh lebih murah. Aku tau spec Galaxy Tab A 8.0 inch ni tak sehebat Galaxy Note 8.0 inch.

Samsung Note 8.0 inch menang kat processor Quad Core 1.5 Ghz sedangkan Tab A 8.0 inch ni baru 1.2 Ghz. Tapi ternyata performance Tab A tak mengecewakan sebab bila aku uji dengan game FIFA14 ianya berjalan sangat smooth dan warna game ni dalam Tab A lagi mengancam dari Samsung Note 8.0 inch.

Dan yang paling penting ada pen!

Kelebihan Galaxy Tab 8.0 berbanding Tab lain

Setakat hari ini memang Galaxy Tab A 8.0 with S Pen sangat berbaloi untuk dimiliki.

Designnya yang lebih kemas, bezel yang nipis dan hadiah percuma dari Samsung untuk pakej ini menjadikan aku tak nak cari tablet lain dah.

Owh ye antara ciri lain yang aku nak dalam tablet adalah Home button dia yang tidak mengganggu skrin. Memang takde tablet jenama lain samada dari acer, lenovo, yang ada butang home diluar dari display screen, cuma model dari Samsung je yang ada.

Kalau korang perasan la.

Penggunaan Bateri dan Penggunaan

Dari segi pengunaan bateri boleh tahan, tak tau nak cakap berapa lama leh tahan, sebab 4 hari tak caj ok lagi.

Maklumla aku jarang guna tablet ni. Kalau guna pun cuma untuk baca ebook dan ekstreme sikit aku guna untuk main game FIFA14.

Selain tu aku tak gunakan untuk facebook instagram dan lain-lain sosmed (sosial media).

Nak beli? Teruskan Sangat rekemended.

Maka lengkaplah gajet phone kegemaran aku.. Galaxy Tab A digabung dengan Lenovo P70.

P/s: Bagi yang nak paparan leh besar boleh la pilih Samsung Galaxy Tab A 9.7 inch with S Pen dengan harga di Malaysia RM1399 (Pun dapat cover dan tempered glass screen protector)