Bulan Januari 2016 lepas aku ada terima SMS dari nombor pelik yang mengatakan akaun CIMB aku telah ditolak RM41.57 kononnya untuk langganan Netflix.com.
Aku memang agak panik time tu terus check transaksi kat CIMBClicks untuk mengesahkan sms tu dan ternyata takde apa2 transaksi yang mencurigakan dari mana-mana pihak termasuk netflix.com.
Pihak cimb cakap nomborĀ +8553674045494 ni bukan dari server mereka |
Memandangkan takde sebarang transaksi kat CIMBClicks tu jadi aku mengambil langkah mudah takyah call pihak CIMB untuk maklum kat diaorang tentang aktiviti scammer ni.
Dalam pikiran aku ini mesti kerja scammer newbie yang tak berjaya.
Selang beberapa minggu kemudian (bulan februari plak) aku dapat lagi satu SMS yang bunyinya sama dengan SMS sebelum ni.
Dalam hati aku gelak je sambil cakap “Tak give up lagi ke wahai scammer?” Dalam gelak tu aku cuba cek transaksi kat CIMBClicks dan ternyata memang ada jumlah yang dipotong untuk Netflix.com tu cuma jumlahnya tak sama dengan yang dinyatakan kat SMS.
Pihak CIMB mengesahkan 62222 adalah nombor server mereka. |
Transaksi di CIMBClicks menunjukkan pemotongan untuk netflix.com sebanyak RM54.12 / GBP8.99 |
Dah kelam kabut aku terus call CIMB untuk mengesahkan transaksi ni. Diaorang cakap memang ramai yang kena kes camni.
Scammer dikatakan bukan dari Malaysia.
Tak kisah dari mana pun, aku cuma nak bagitau kesilapan pertama aku adalah tak hiraukan cubaan pertama scammer tu.
Sepatutnya aku terus call pihak CIMB bank untuk maklumkan tentang mesej yang pertama tu. Kat situ pihak CIMB Bank akan mintak kita untuk terus tukar Kad ATM supaya scammer ni gagal buat cubaan kedua.
Masa aku pegi Bank tadi, pegawai tu bagitau Scammer ni dia random je hack sistem kad ATM ni melalui nombor kad ATM kita tu.
Jadi kalau kita cepat-cepat pegi tukar tu cubaan diaorang mungkin akan menemui jalan buntu.
Untuk kes kedua ni, aku terus ke bank dan tukar ATM Card aku.
Selain tu aku buat report pasal netflix.com ni untuk dapatkan balik duit yang dipotong. Just isi borang Dispute payment dari CIMB pastu dia bagi Kad ATM yang baru. Setel.
Baca Pengalaman aku serah diri ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Aku terpikir camna dengan makcik pakcik yang tak tau apa2 pasal scam camni. Sesaje je duit diaorang kena ngap dengan scammer yang takde duit nak bayar netflix.
Tapi pegawai bank cakap kalau kita tak aktifkan fungsi online banking, maka takdelah scammer ni boleh curi duit dalam akaun bank.
Offkan online banking? hmmm.
Senang-senang saja mau curi duit..
tak jugak senang kalau takde ilmu… tapi mmg tak patut la ilmu tu diguna untuk curi plak.
Tapi bang, dah tukar kad atm pon kene gak. Kene kene buat acc baru terus?
Diaorang hack random number kad atm je. Bukan nombor akaun.