Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Saya tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini.

Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu. Ni saya nak bagitau, saya pernah kat situ.

Setiap hari bangun tido, benda pertama saya fikir adalah Camna Nak Setel Hutang sehinggalah saya serah diri ke AKPK.

Pengalaman Serah Diri Ke AKPK

Dengan gaji lebih kurang RM3000, komitmen saya melebihi gaji time tu. Mula-mula dapat gaji besar (3k tu besar weh bagi saya) memang seronok. Saya rasa dunia ni aku yang punya.

apa itu AKPK? Perlu ke pergi?

Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.

Saya sendiri tak perasan camna saya boleh terjerat kat hutang yang mencengkam hidup saya time tu. Nanti saya cerita kat post lain camna seseorang itu (saya le tu) boleh terlibat dalam keberhutangan yang teruk.

Iklan

Ok, camna saya boleh ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)? Sebab saya dah jumpa jalan buntu time tu. Korang tau maksud jalan buntu? Maksudnya;

  • Saya dah tak boleh nak buat loan kat mana-mana agensi lain untuk menutup hutang sedia ada.
  • Saya dah kena naik mahkamah sebab hutang Bank Rakyat yang tertunggak.
  • Hutang Kad kredit yang semakin meningkat faedahnya setiap bulan
  • Bayaran bulanan kereta yang tertunggak setiap bulan (pernah kena tarik)
  • dan macam-macam lagi. Saya tak nak citer nanti korang sedih.

Pengalaman Pergi Serah Diri Ke AKPK

Saya terfikir kat mana pengakhiran cerita saya dihimpit masalah keberhutangan yang serius ni? Akhirnya saya pergi serah diri kat AKPK seperti saranan sorang brother ni.

Brother ni pun ada masalah keberhutangan yang serius, tapi sejak dia balik dari AKPK, saya ada nampak seri kat muka dia. Seri yang camtulah saya nak. So saya proceed ke AKPK.

AKPK akan tolong negotiate dengan bank dan aka tolong kutip duit untuk dibayar kepada bank yang kita berhutang secara PERCUMA. Percaya tak?

 Apa Akan Jadi Kalau ke AKPK

Tapi sebelum ke AKPK ada la puak2 lain yang menakutkan saya. Katanya kalau ke AKPK nama aku akan;

  • Disenarai hitam dari sebarang pinjaman kewangan oleh mana2 institusi (kecuali along)
  • Tak boleh beli rumah (saya belum ada rumah weh time tu)
  • Tak boleh beli kereta (time tu saya dah ada 2 kete ehehehe)
  • dan lain-lain saya tak ingat.

Pikir punya pikir, dah memang pun nama saya dah disenaraihitamkan kat mana-mana institusi kewangan jadi apa masalahnye kalau AKPK ‘hitamkan’ lagi nama saya dalam senarainya? Nothing to lose. Serius nothing to lose, gelpren pun dah tak nak kat saya time tu. hehehe!

Tapi perlu diingat, bagi mereka yang disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, AKPK memang tak boleh nak buat apa dah.

Apa Yang AKPK Buat Sebenarnya?

Lepas balik dari AKPK, saya dah paham beberapa perkara (time tu la, sekarang mungkin lain) antaranya (Bantuan yang AKPK berikan);

  1. Bankrapsi bukanlah pengakhiran kehidupan. (Takdenye cop muflis kat dahi tu haaa)
  2. Memang ramai anak muda kat Malaysia yang dah capai status muflis (Im not alone)
  3. Komitmen hutang saya makin kecik (Inilah tugas AKPK)
  4. Hutang tak perlu ditakuti, hanya perlu diuruskan
  5. Terima hakikat, dan perbetulkan langkah seterusnya

Merujuk kat point nombor 3 tu, saya nak bagi contoh. Katalah kita ada 5 kad kredit dan setiap kad kena bayar minimum payment RM300 untuk setiap kad, so 5 kad kredit ko kena bayar total RM1500 lah kan untuk kesemua kad? AKPK akan bantu kita untuk jadikan bayaran RM1500 jadi lebih rendah.

Contohnya dari RM1500 tadi kita hanya akan bayar RM600 untuk kesemua kredit kad tu. Dan ianya melalui AKPK. (Formula pengiraan sebenar memang saya tak pasti, tapi rasanya AKPK akan bagi amaun paling rendah mengikut kemampuan kita)

Camtu jugak dengan loan-loan lain. Contoh loan lain tu macam pinjaman peribadi. Katalah kita ada 3 pinjaman peribadi kat 3 Bank yang berbeza (Ah Long tak termasuk ek), AKPK akan gabungkan semua bayaran bulanan tu jadi 1. 3 lubang jadi 1 lubang. Ini AKPK punya urusan.

Tak silap saya kadar faedah pun jadi berkurangan kot. Mohon rujuk balik kat AKPK. Aku tak ingat sebab nama saya dibatalkan di AKPK setelah beberapa bulan. Sebab apa dibatalkan? Teruskan membaca.

7 Dokumen Yang Perlu Dibawa ke AKPK

  1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) – This report is available at all our branches.
  2. NRIC photocopy
  3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income
  4. Employee Provident Fund (EPF) statement
  5. Legal proceedings documents (if any)
  6. Latest Income Tax Statements (if any)
  7. Latest Credit Cards/Loans Statements.

Walaubagaimanapun, korang perlu untuk menghubungi pihak AKPK terlebih dahulu sebelum datang ke AKPK untuk membuat temujanji.

Hutang Tetap Kena Bayar Sampai Langsai

Nampak tak kenapa perlu ke AKPK? Komitmen akan jadi rendah dan selebihnya kita kena berusaha untuk selesaikan hutang tu. Hutang tetap hutang, kena bayar. Kita kena bayar semua hutang-hutang tadi melalui AKPK.

Maksudnya kita bayar kat AKPK, dan AKPK akan guna duit kita tadi untuk bayarkan hutang-hutang kita kat bank-bank yang terlibat. Loan kereta tak termasuk. Kena bayar macam biasa.

Tapi pinjaman kereta atas nama kita akan dimasukkan dalam special kes dalam sistem bank.

Saya jugak dipahamkan, AKPK boleh jugak negotiate dengan Ah Long. Selain dari tu, yang tak nak kena halang dari keluar negara sebab tak bayar PTPTN boleh la datang berbincang dengan AKPK.

Nama Dibatalkan Dari Senarai AKPK Bila Tak Bayar dan Tiada Peluang Kedua

Bila AKPK dah bagi kemudahan camni, kita tak boleh ingkar untuk membayar pulak. Sebab kalau ingkar AKPK akan batalkan nama kita dari senarai dan time tu pandai2 lah kita buat pembayaran sendiri ke bank-bank tadi.

Macam kes saya, time tu saya tak bayar 2 bulan kat AKPK. Terus AKPK batalkan nama aku dari senarai diaorang TANPA NOTIS okey!

Mujurlah saya dapat selesaikan kesemua hutang-hutang saya selepas AKPK buang nama aku aritu. Tapi apa yang saya cuba nak bagitau, lepas balik dari program AKPK tu, tidur saya jadi nyenyak.

Bangun tidur dengan ceria tanpa nak pikir pasal hutang.Jadi apa yang takut sangat nak serah diri ke AKPK? AKPK memang tolong struktur balik hutang-hutang saya dan saya mendapat peace of mind.

Nama Clear Selepas 6 Bulan

Oh ye, nama saya dah clean dari AKPK dan lepas setahun dari kes tu saya dah boleh buat pinjaman perumahan dan kereta tanpa sebarang masalah. Rekod kewangan aku pulak, boleh dikatakan cantik macam bayi baru lahir. Semuanya lancar.

Dan yang paling best, saya ada pengalaman camnasaya leh terjerat kat perangkap hutang.

Sebenarnya banyak pelajaran yang saya dapat dari pengalaman saya yang sebelum ni. Kepada mereka yang sedang menghadapi masalah yang sama, satu je saya nak bagitau, ini bukanlah pengakhiran.

cara nak setelkan hutang

Petikan komen dari artikel di blog Pakdi.net berkenaan Setel Hutang

Jalan masih bercahaya dan luas di depan. Bebaskan diri sendiri, terimalah hakikat. Tips paling best saya boleh sarankan adalah, mulakanlah bersedekah walaupun kita tak banyak duit. Sebab dengan bersedekah kita akan merasakan kita mempunyai segalanya (duit, kesihatan, kebahagiaan dll).

Dengan rasa itu kita akan menzahirkannya ke alam yang nyata ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang AKPK korang boleh terus hubungi nombor telefon AKPK ni 0326167766. Tanyalah puas-puas kat situ.

Kalau korang masih ragu-ragu, baca artikelsaya yang bertajuk Perlu ke saya ke AKPK? Kat situ saya terangkan kenapa masih ada yang ragu-ragu untuk ke AKPK sedangkan hutang dah menghimpit diri.

Iklan

p/s : Artikel ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya dengan AKPK pada tahun 2008.

450 Comments

  1. Syireen Halim
      • Ain
      • zila
        • Adzril
          • Fazrin
          • Adzril
          • Baby beb
          • Adzril
          • Zarina
          • Adzril
          • Lisa
          • Adzril
          • Akmal
          • Adzril
      • Emma
        • Adzril
      • Sharuddin
        • elsa
        • Wan
          • Adzril
    • Tanpa Nama
  2. aTTracTion!!!
      • apit
        • Adzril
          • Nana
          • Adzril
    • Tanpa Nama
      • Intan
        • Adzril
  3. Tanpa Nama
  4. Tanpa Nama
  5. Tanpa Nama
    • Penunggu Sepi
    • Tanpa Nama
    • Yun
    • Tanpa Nama
      • Ingin tahu
        • Adzril
          • ida
          • Adzril
    • Tanpa Nama
  6. Tanpa Nama
      • awa
    • Tanpa Nama
  7. Tanpa Nama
  8. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  9. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  10. Anisah Majnis
  11. Tanpa Nama
  12. Tanpa Nama
    • ahmad
    • Dilla
      • Adzril
  13. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
      • Amirul
        • Adzril
  14. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  15. Tanpa Nama
  16. Tanpa Nama
  17. Tanpa Nama
  18. Tanpa Nama
  19. Tanpa Nama
  20. Tanpa Nama
  21. Tanpa Nama
  22. Zul Hassan
  23. Tanpa Nama
      • Tiada nama
        • Adzril
  24. Tanpa Nama
    • Hamir
    • alia
  25. erin yahya
  26. Tanpa Nama
    • Unknown
    • Tanpa Nama
      • Tanpa nama
        • Adzril
    • Tanpa Nama
  27. Tanpa Nama
  28. Syed
    • Syed
    • Tanpa Nama
    • Syed
    • Tanpa Nama
  29. Cegah Hutang
  30. Unknown
  31. cikgu man
  32. Tanpa Nama
    • Syed
    • Tanpa Nama
  33. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  34. wanie amelyn
  35. Ezact Aziz
  36. Syed
    • Syed
    • Arif Zawawi
      • Adzril
  37. Syed
  38. Tanpa Nama
  39. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  40. Tanpa Nama
    • Syed
  41. Tanpa Nama
  42. Tanpa Nama
  43. Ema
  44. Tanpa Nama
  45. Imain 123
  46. Tanpa Nama
  47. Tanpa Nama
  48. Tanpa Nama
  49. Tanpa Nama
  50. Tanpa Nama
  51. Ina Natasha
  52. Tanpa Nama
  53. Tanpa Nama
  54. Fisha
    • Tanpa Nama
  55. Amengg 77
  56. Tanpa Nama
  57. rossaAzizi
  58. Tanpa Nama
  59. Tanpa Nama
  60. Tanpa Nama
  61. Tanpa Nama
  62. Tanpa Nama
  63. Tanpa Nama
  64. Angah Shazia
  65. Tanpa Nama
  66. Ina Natasha
  67. Tanpa Nama
  68. Tanpa Nama
  69. Tanpa Nama
  70. Sall Farina
  71. Tanpa Nama
  72. Tanpa Nama
  73. helmi
  74. Tanpa Nama
  75. Reen Reen
  76. Unknown
  77. muhamad shamsuri
  78. Tanpa Nama
  79. Tanpa Nama
    • Adzril
  80. Lala Rahim
    • Adzril
  81. Tanpa Nama
  82. Tanpa Nama
    • Adzril
  83. Niza Zahrin
    • Adzril
    • SYED
  84. tok pakeh temenggong
    • Adzril
  85. Kaki-Niaga
    • Adzril
      • Cik mawar
        • Adzril
  86. Kiew Leck Min
    • Adzril
  87. Tanpa Nama
    • Adzril
  88. Fuat Jazz
    • Adzril
  89. AhliAKPKFeb2016
    • Adzril
  90. abdul Qayyum
    • Adzril
  91. ahmad
    • Adzril
  92. ahmad
    • Adzril
  93. ita
    • Adzril
  94. ita
  95. Rina
    • Adzril
  96. sejarahakpk
    • Adzril
    • Adzril
  97. Shah
    • Adzril
      • Hishammudin Bin Osman
        • Adzril
  98. M FIK
    • Adzril
  99. Mohd nazri bin jamil
    • Adzril
  100. azhar
    • Adzril
  101. Wani
    • Adzril
  102. MOHD FAUDZY
  103. Nana
    • Adzril
  104. khaty
    • Adzril
      • khaty
  105. deana
    • Adzril
  106. Wan
  107. Alfi
    • Adzril
      • Alfi
        • Adzril
  108. Anak kampung
    • Adzril
  109. nomi
    • Adzril
  110. Naurah
    • Adzril
  111. Maa
    • Adzril
  112. Kakak Pening
    • Adzril
  113. Neneng
    • Adzril
  114. azira
    • Adzril
  115. Nina
    • Adzril
  116. MUHAMAD
    • Adzril
  117. Din
    • Adzril
  118. AH
  119. pesertaakpk
  120. Yana
  121. Indah
  122. shah
    • Adzril
  123. nadia
    • Adzril
      • saiful
  124. Gee
  125. muhammmad fadhil
  126. saiful
  127. Siti
  128. Black
    • Adzril
  129. Isma
    • Adzril
  130. Zam
    • Adzril
  131. Dynn
  132. No name
    • Adzril
    • No name
  133. No nane
    • Adzril
      • No name
  134. No name
  135. name
  136. O
    • Adzril
  137. Situ
    • Adzril

Leave a Reply