Gurau dengan wife

Malam tadi lepas balik dari shopping barang dapur, kami terus balik rumah. Mcm biasa, aku yg gentlemen ni akan akan barang and suh my wife pegang kunci untuk bukak pintu rumah. Dah memang camtu rutinnye. Kalau pegi shopping complex, dia yg akan pegang tiket parking sejurus tiket tu kluar dari slot. Padahal boleh je aku pegang sendiri hehehe.
Berbalik kat  citer tadi, maka dia pun bukak la pintu rumah dan aku meletakkan barang shopping tadi kt atas meja. Terus wife aku pass kunci rumah kat aku suh aku kunci grill sbb konon2 dia nak kemas barang shopping tadi la kan.
Kunci grill kejap je pun, lepas kunci grill aku letakkan segugus kunci rumah tu kat atas peti sejuk yang mana sebenarnya bini aku cukup pantang sebab dia ada ‘kempen’ meletak kunci ditempat yg telah dia sediakan.
Masa dia kemas2 barang dapur tu dia ternampakla kunci yg diletakkan kat atas peti sejuk tu. Terus dia pot pet kat aku “abg, lainkali kunci gantung kat sini” sambil buat demo gantung kunci tadi kt tempat gantung tu.
Dengan selamba aku cakap, “siapa yg bukak pintu rumah tadi?” Dengan alasan nak menunjukkan siapa yg sebenarnya tak gantung kunci. Terus muka wife aku jadi keliru sebab mmg dia yang bukak pintu rumah tadi. Suka aku tengok muka dia dok memikir tentang siapa sebenarnya yg letak kunci merata-rata tu. Sebab takut untuk langgar prinsip/’kempen’ dia tu.
Tapi last2 aku kantoi gak selepas beberapa saat, akhirnya dia dpt jawapan dan penyelesaian kes. “Siapa kunci grill?” Itulah pertanyaan yg dia tembak balik kat aku dan selesailah kes. Hehehe! Ko mmg cute la wahai isteriku.