Baru je saya kongsi pasal caj bateri kereta Viva sebab kong lupa nak tutup lampu, kereta Viva wife saya pulak baterinya kong terus. Terus tercari-cari berapalah harga bateri kereta viva sel kering punya.
Isi Kandungan
Harga Bateri Kereta Viva Sel Kering
Kalau tahun 2015-2016 dulu, harga bateri kereta Viva yang sel kering around 170-180 je. Ini range yang paling murah la, tapi sekarang ni paling murah pun RM195 dan boleh cecah ke Rm230 ikut jenama la.
Pada saya jenama sama je kot. Yang penting kereta boleh start hehe. Seminggu dua ni saya menolak kereta, dan wife jaga gear. Almaklumlah belum gaji time tu. hehe.. Banyak keperluan lain yang perlu dipenuhi.
Jadi saya dah tukar bateri kereta tu, dengan harga RM195. Trade in bateri lama RM10 jadi RM185. Tambah pulak GST RM11.10 jadi RM196.10. Harga trade in bateri lama hanya untuk mengurangkan GST je hahaha.
Harga terkini bateri kereta viva sel kering dalam dalam range RM185-RM250. Jangan lupa untuk trade in bateri lama, dapatlah kurangkan sikit harga bateri tu.
Jenama Bateri Kereta Yang Bagus
Jenama pulak saya tak ingat, tapi jenama tak terkenal la. Dapat waranty setahun. Masa nak isi kad waranti tu baru nampak ada tulisan ‘By Yuasa’ kat jenama bateri tu. Kira oklah la maksudnya.
Kenapa tak caj je bateri yang dah kong ni kan?
Bukan tak nak caj. Nak caj bateri ni kena tengok situasi.
Kalau bateri yang kong disebabkan kita terlupa nak off lampu kereta, itu boleh la di caj bateri tu kat kedai. Dia boleh hidup lagi. Dan selepas dicaj, sepatutnya bateri tu kembali normal. Boleh digunakan seperti biasa.
Tapi kalau lepas bateri tu dicaj, dia masih kong itu maksudnya memang dah patut kena tukar. Biasanya sebab dah berusia 2 tahun ke atas. Berdasarkan bateri kereta Viva wife saya tu, last saya tukar tahun 2016. So lebih kurang la dah 2 tahun.
Nak beli kat mana?
Kat mana-mana kedai jual bateri kereta pun ok. Biasanya bengkel kereta, kedai tayar kereta atau kedai yang memang jual bateri kereta.
Ada jugak saya terdengar servis bateriku.com (apps), tapi tak pernah cuba lagi dan tak tahu berapa harga yang ditawarkan. Mungkin nanti pihak bateriku.com boleh propose review untuk blogger? Mungkin?
sy tukar bateri kancil rm215 GP gold. Bateri lama pomen ambik, x bgtau pun trade in ka apa. Bateri lama tu dah diguna cukup 4 tahun bln julai ni….naik dekat2 ja…
Bateri lama tu kalau kita jual kat besi buruk paling cincai pun boleh dapat rm15.
Salam. Saya pun pakai kete Viva jugak tuan admin. Info bagus ni.
http://nombormetafizik.blogspot.my/
.
Saye memang tak trade in bateri lame. Bateri lame saye jual kat kedai ambik besi buruk dapat ler RM20.
Lagi untung rm20 👍