Karipap Sedap Cloves

Posted by

Bagi saya, kuih karipap ni satu kuih yang versatile. Boleh dimakan time sarapan, time tenghari, atau malam. Tak macam burger yang biasanya orang cari time malam je kan? Buktinya gerai burger muncul waktu malam je. Kecuali Mcdonald dan Cloves Restoran, Jalan Genting Klang.

Karipap Sedap Cloves 1
Cloves Restaurant, Jalan Genting Klang.

Restoran ni senang la nak cari. Dekat dalam kawasan PV 128. Tingkat 1 (ada orang kata tingkat 2). Kena cari lif untuk naik ke tingkat 1 kat tengah-tengah tu. Kacang je.

Karipap Sedap Cloves 2
Lepas parking kat bawah ni, cari lif untuk ke tingkat 1.

Saya bukanlah makan karipap je kat Restoran Cloves tu. Ada banyak lagi menu yang saya cuba dengan geng-geng blogger lain. Antaranya yang sempat saya makan adalah nasi goreng daun kari dan nasi goreng kampung.

Nasi goreng daun kari dia kira boleh jadi feveret saya. Sebab saya ni penggemar butter chicken, eh kebetulan nasi goreng daun kari ni ada rasa-rasa macam butter chicken. Mungkin sebab daun karinya?

Karipap Sedap Cloves 3

Seterusnya saya cuba makan steak. Boleh la, bukan yang terbaik. Still acceptable sebab saya pernah rasa yang lebih sedap dari steak kat sini. Dan harganya pun boleh tahan. Mungkin dengan harga yang camtu saya rasa lebih berbaloi pilih menu lain yang setanding harga dan potionnya.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Tapi kalau lamb shoulder dia terbaik. Saya puas.

Selain tu ada menu yang tak sempat saya nak rasa macam Butter Salmon. My fellow friend Kellaw kata sedap. Dan dia rekemen untuk sesiapa pun cuba. In Kellaw I trust. Hehe.

Karipap Sedap Cloves 4
Karipap
Karipap Sedap Cloves 5
Nachos
Karipap Sedap Cloves 6
Burger
Karipap Sedap Cloves 7
Aglio Olio

Ok masuk bab karipap dengan Nachos. Ini sebenarnya macam welcome dish masa saya sampai tu. Tapi ianya membuka selera. Ngam pulak saya tengah lapar. So sebat je la. Karipap tu tak boleh dinafikan rasa sedapnya. Dan Nachos dia not really good sebab melekat antara satu sama lain.

Karipap Sedap Cloves 8
Dessert anyone?

Apapun thanks kepada Restoran Cloves Jalan Klang lama sebab melayan kami dengan mesra. Next time insyaAllah kami datang lagi.

Korang! Cuba sendiri rasa makanan kat sini.
Cloves Restaurant & Cafe
(Cloves Dining)Jalan Genting Kelang,
Taman Danau Kota,
53100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8585
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *