Tiba-tiba terimbau balik trip ke Sabah sebab teringat makanan seafood kat sana. Biasanya antara perkara utama yang dicari oleh pelancong bila ke Sabah ni mestilah seafoodnya kan? Tapi jangan dilupa untuk cari homestay yang selesa pulak.
Isi Kandungan
Homestay Selesa, Bersih, Murah
Betul, trip ke Sabah saya baru-baru ni saya stay di Homestay Ustazah Jamilah.
Kenapa ye saya pilih homestay ni?
Sebab malam tu saya nak makan ayam penyet kat kawasan berdekatan dengan tempat penginapan. Nama kedai tu Supreme Ayam Penyet, lokasinya terletak di Putatan. Kebetulan pulak homestay Ustazah Jamilah ni memang kat Putatan jugak.
Seterusnya kenapa saya pilih Homestay? Kenapa bukan Hotel instead?
Kenapa duduk Homestay dan Bukan Hotel
Antara sebabnya, trip kali ini saya bersama lagi 4 orang lagi kawan. So dapat lah jimat untuk penginapan.
- Senang parking. Haritu baru balik dari air terjun memang letih. Kalau ke hotel nak cari parking, pilih parking, naik lif, tapi bila duduk homestay ni, confirm2 dah ada parking.
- Luas. Betul, Homestay Ustazah Jamilah ni luas, selesa. Ada 3 bilik yang besar. Ada aircond, Ruang tamu, dapur dan meja makan. Bila lagi nak rasa duduk dengan kawan-kawan macam sekeluarga kan?
- Senang nak bincang lokasi yang kitaorang nak pergi untuk hari seterusnya.
So ini dia lokasi Homestay Ustazah Jamilah di Putatan.
Ustazah Jamilah tidak lagi membuka sewaan homestay di Putatan Sabah. Namun sekiranya anda ingin mendapatkan homestay di Putatan, anda boleh pilih AFS Homestay yang juga terletak di Putatan dan mempunyai 3 bilik yang besar dan ada penghawa dingin.
Selesa betul dengan pemandangan homestay di putatan kota kinabalu. Murah, mudah dan luas pasti menjadi pilihan ramai dalam memilih homestay yang bagus seperti ini.
betul tu, memang selesa. Jarang orang pilih homestay sbb nak feel duduk hotel. Sesetengah situasi kita perlu ambil homestay sebenarnya.
Ada contact number tak?
0192061966 whatsapp
[…] Homestay Ustazah Jamilah ( Yang ni area Putatan) […]