AFS Homestay Putatan Sabah

Kalau datang ke Sabah dan nak homestay yang dekat dengan Airport, korang boleh consider AFS Homestay kat Putatan Sabah. Putatan dengan Airport sebelah-sebelah je. Biasanya kalau ambik flight dari KL petang dan sampai ke Kota Kinabalu malam, memang letih lah nak cari hotel semua bagai. Jadi saya rekemenlah AFS Homestay ni.

Oklah, saya kongsi sikit berkenaan dengan AFS Homestay Putatan ni.

Harga Homestay

Harga untuk 1 malam lebih kurang RM200 – RM250 kalau tak silap. Ada 3 bilik. Setiap bilik ada aircond. Bilik utama ada bilik air sekali. Dan lagi 2 bilik tu kena guna bilik air kat ruang dapur.

Kelengkapan di AFS Homestay

Selain dari tu, kalau korang tengok gambar yang saya letak ni, boleh nampak ruang tamu AFS Homestay ni. Ada sofa, meja makan dan ada TV. Ada dekoder Njoy sekali. Saya tak pernah bukak pun TV tu. Sebab biasanya saya sampai je homestay ni terus mandi dan tidur. Boleh rujuk artikel pakej Percutian Sabah saya sebelum ni. Dalam artikel tu saya ceritakan yang saya sampai je dari airport terus masuk homestay dan tidur. Esoknya dah start jalan-jalan.

Katil kat bilik utama. Queen size.

Servis Pickup ke Homestay

Berbalik kat cerita AFS Homestay ni. Kalau korang memang bercuti guna Pakej Percutian dari Syarikat AFS ni, homestay ni memang dah include sekali lah dalam pakej. Memang dari Airport korang akan dibawak terus ke homestay ni. Tak perlu pening kepala nak cari Grab atau teksi.

Tapi kalau korang just nak stay tanpa guna pakej percutian yang diaorang sediakan, rasanya still diaorang boleh sediakan perkhidmatan pickup dari airport ke homestay. Boleh bincang punya, saya kenal Bos AFS ni, dia memang baik hati dan sedia bantu untuk urusan-urusan camtu. Roger je dia cakap dapat info dari blog Adzril.com ni.

Berbaloi ke tak kalau dibanding dengan Hotel?

Berbaloi ke tak rasanya untuk stay kat Homestay berbanding hotel ye?

Kalau korang datang sorang atau berdua, memang tak berbaloi la. Terus terang cakap. Tapi kalau datang 3 orang dan keatas atau dengan keluarga dan kawan-kawan, pilihan untuk stay kat Homestay adalah pilihan paling bijak, tepat, dan mantul. Dapat jimat duit banyak.

Yer lah, bilik je ada 3. Katil ada 3. Belum lagi masuk sofa dan ruang tamu. Oh ye kat bilik ketiga AFS Homestay ni ada tilam tambahan untuk korang tidur kat ruang tamu ke, atau kat mana-mana yang ada ruang. See? Jimat kan? Yang penting masih lagi selesa.

Katil kat bilik ketiga, nampak tak ada tilam tambahan tu?
Shower kat sini ada lampu2 guys
Sabun badan dan syampu rambut disediakan kat sini.. Cuma perlu bawak towel je.

Ada Dapur, Mesin Basuh dan Sistem Keselamatan Tinggi

Lupa pulak nak bagitau pasal kelebihan yang ada kat AFS Homestay ni. Kat sini disediakan dapur untuk memasak, mesin basuh 7Kg kalau tak silap. Haa tak payah pergi Dobi dah. Dan boeh memasak kalau beli sayur dan seafood kat Pasar Pilipin nanti. Kebanyakan homestay memang ada kelebihan camni. Saje bagitau, sebab kelebihan camni memang takde kat Hotel :p

Jauh lebih lengkap dari Hotel

Itu je lah kot untuk masa ni yang saya teringat. Walaupun AFS Homestay ni bukan terletak kat tengah-tengah Bandar Kota Kinabalu, ianya adalah pilihan terbaik untuk korang yang nak tempat menginap yang;

  • dekat dengan Airport
  • Ada banyak bilik dan katil
  • Ada dapur
  • Ada mesin basuh
  • Ada peti ais
  • Sistem keselamatan yang tinggi (Ada akses card untuk masuk)
  • guarded
  • Parking khas (kalau menyewa kereta)
  • Murah

Boleh la hubungi Firdaus (01110560026) atau Aisyah (01110560064) untuk menginap kat AFS Homestay Putatan ni.