Pakej Internet Onexox

Biasa orang bertanya kat saya. “Bang, internet Onexox camna?” yang membawa maksud apakah pakej Internet Onexox yang ditawarkan?

Pakej Internet Onexox (Data)

Kalau dulu memang saya hafal semua pakej data Onexox ni. Tapi sejak Onexox perkenalkan SeasonPass, saya tak berapa ingat. Hehe. Tapi takpe, saya senaraikan pakej internet yang ditawarkan Onexox.

  1. RM3 dapat 1Gb untuk tempoh 24 jam
  2. RM10 dapat 2gb untuk tempoh 7 hari (seminggu)
  3. RM12 dapat 500Mb untuk tempoh sebulan
  4. RM15 dapat 1Gb untuk tempoh sebulan
  5. RM25 dapat 2Gb untuk tempoh sebulan
  6. RM30 dapat 5GB untuk tempoh sebulan
  7. RM50 dapat 10Gb untuk tempoh sebulan

Murah tak?

Data SeasonPass Onexox

Kalau korang cakap mahal, ini dia saya perkenalkan SeasonPass Onexox.

  1. RM100 untuk 20Gb Data
  2. RM150 untuk 30Gb Data
  3. RM250 untuk 50Gb Data

Pergh! Terbeliak ke bijik mata tu? Sabar jap. Itu pembelian pukal. Ianya tiada expired date. Beli data dan simpan. Bila nak guna baru aktifkan sikit-sikit serendah 500Mb untuk sebulan.

Iklan

Nak 2gb untuk 24 jam pun boleh, nak 1Gb untuk sebulan pun boleh. Suka hati lah nak pilih yang mana ikut kesesuaian.

Cara nak beli data SeasonPass ni boleh rujuk artikel saya bertajuk Senarai Lengkap Data Seasonpass Onexox.

Kena Pandai Bajet Penggunaan Data

Pada saya, kalau tak pandai nak bajet penggunaan, elok ambik 500Mb untuk sebulan. Kalau 500Mb tu habis dalam sehari, aktifkan lagi 500Mb seterusnya. Simple.

Sebab apa kena pandai bajet penggunaan?

Sebab data Seasonpass yang telah diaktifkan, perlu dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.

Contoh Seasonpass anda ada 10Gb data. Anda aktifkan 500Mb untuk penggunaan sebulan, maka dalam masa sebulan perlu habiskan 500Mb tu. Kalau tak habiskan 500Mb tu maka kira burn la data tu. Data yang diaktifkan tau, bukan data Seasonpass yang 9.5Gb tu.

Contoh anda guna 300Mb je dalam sebulan, maka 200Mb lagi burn sebab dah masuk bulan (cycle/kitaran) baru.

Paham kan? Data dalam seasonpass tak kacau pun, tak burn pun. Masih berbaki 9.5Gb. Kalau tak diaktifkan, sampai bila-bila pun akan tetap 9.5Gb.

Cara Langgan Data SeasonPass Onexox

Cara nak aktifkan Data seasonpass Onexox senang je.

  1. Dail *150#
  2. Pilih menu 3 (internet)
  3. Pilih menu 2 (Subscribe from Seasonpass)
  4. Pilih jumlah data yang berkenan di hati.

Atau korang boleh rujuk Video tutorial yang saya sediakan kat Youtuber bertajuk Cara Langgan Data Onexox.

HappyHour Onexox Untuk Data Lebih Kecil

Korang rasa Seasonpass Onexox tu mahal?

Ini dia, Onexox perkenal Happy Hour Seasonpass!

Harga still sama. Tapi dalam jumlah kecik.

  1. RM30 untuk 5Gb Data
  2. RM50 untuk 10GB Data
  3. RM60 Untuk 5Gb data dan 333 minit panggilan

Best kan? Tak mampu beli yang besar, Onexox bagi peluang untuk korang tambah stok simpanan Data Seasonpass dengan HappyHour ni. Ada duit lebih, beli je masa dioffer. Offer tak datang setiap hari tau. Ada hari-hari tertentu je dijual HappyHour ni.

Iklan

Ini baru sebahagian dari topik Pakej Internet Onexox. Disebabkan dah panjang berjela, saya sambung kat artikel SeasonPass Plus pulak. Ini spesial jugak.

 

 

One Response

Leave a Reply