Apa itu Season Pass Onexox? [Penerangan Ringkas dan Padat]

Posted by

Season Pass Onexox ni cuma ada pada Onexox Prepaid je. Jangan keliru dengan data Season Pass SP D1, SP D2 semua tu. Ingat satu ni, Season Pass = Stor Simpanan.

Kalau dah faham terma ‘Stor Simpanan’ saya nak detailkan lagi apa itu Season Pass Onexox Prepaid ni.

Season Pass Stor Simpanan Data, Minit, SMS

Dalam Onexox Prepaid, ada satu akaun khas untuk simpan data, minit dan sms. Akaun tu lah yang dipanggil season pass.

Apa itu Season Pass Onexox? [Penerangan Ringkas dan Padat] 1
Dalam garisan merah = Kaunter Season pass

Semua data, minit panggilan dan sms yang dibeli dari;

  1. Pakej Season Pass Onexox
  2. Happy Hour
  3. Pengguna Onexox lain…

akan dimasukkan ke dalam kaunter Season Pass sebagai stok. Stok ni semua takkan expired dan boleh disimpan selagi simkad Onexox pengguna tu aktif.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Yang mana, tempoh aktif Onexox Prepaid ni sentiasa bertambah setiap kali pengguna membuat tambah nilai (topup).

Yang bestnya, tempoh bertambah tu bermula dari tempoh 2 tahun 4 bulan.

Sebab tu jangan hairan kalau ada pengguna Onexox Prepaid yang tempoh sah aktif simkadnya sampai 8 tahun!

Sebab apa?

Sebab dia rajin topup. Sebab dia gunakan simkad Onexox Prepaid tu sebagai talian utama dan talian aktifnya.

Kira dia topup la jugak untuk beli data dan happy hour. Bukannya kena paksa topup pun.

Bukan simpan simpan 2 tahun 4 bulan lepas tu expired dan komplen kata Onexox menipu. Hehe..

Padahal kalau simkad telco lain, tempoh sah aktif cuma 30 hari tak pulak dikata menipu.

Aktifkan Data Season Pass Onexox

Dalam akaun seasonpass tu, semua boleh digunakan on the dot.

Guna Minit Panggilan

Contohnya anda buat panggilan, maka minit panggilan dalam season pass akan dipotong dari kaunter seasonpass tu.

Guna Sms

Kalau anda hantar sms, maka sms dalam seasonpass tu akan ditolak.

Guna Data Season Pass Onexox

Berlainan pulak kisahnya dengan data. Anda perlu aktifkan dulu data dari Seasonpass untuk digunakan.

Data Seasonpass ni, selagi tak diaktifkan, selagi tulah dia tak boleh digunakan.

Tapi bila dah diaktifkan, kena habiskan (data yang diaktifkan) dalam tempoh yang ditentukan.

Contohnya dalam Seasonpass ada 10gb data. Anda nak guna 500mb. Jadi anda perlu aktifkan 500mb dari 10gb dalam season pass tadi.

Caranya:

  1. Dail *150#
  2. Pilih menu 3 : Internet
  3. Pilih menu 2 : Langgan dari Season Pass
  4. Pilih aktifkan 500mb untuk 30 hari.

Kenapa saya bagi contoh 500mb untuk sebulan?

500mb adalah jumlah minimum yang anda boleh aktifkan dari season pass Onexox dan ianya berisiko rendah sekiranya tak dihabiskan dalam tempoh sebulan.

Contoh lah anda aktifkan 5gb untuk sebulan, tapi dalam tempoh sebulan tu anda cuma guna 2gb, maka yang 3gb tu burn sesaje. Rugi.

Sebab tu lah saya rekemen untuk aktifkan 500mb sahaja.

Kalau habis awal, boleh ulang langgan 500mb lagi dari Seasonpass.

Dekat sini lah anda sebagai pengguna dapat kawal penggunaan data bulanan anda yang tak menentu tu.

Kelebihan Season pass

Jadi itulah serba sedikit berkaitan Season pass. Apa yang boleh saya rumuskan adalah;

  • Seasonpass melindungi data, minit dan sms dari expired
  • Seasonpass membantu pengguna untuk kawal penggunaan data, minit dan sms dari terbazir.
  • Pengguna tidak terikat dan tertekan dengan masa untuk habiskan data, minit dan sms pada hujung bulan.

Jadi sekiranya anda ada nombor selain onexox yang nak ditukar ke Onexox Prepaid dan dapat tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan, boleh la hubungi saya kat Whatsapp O1O6OO9966.

Rating Pembaca
[Total: 34 Average: 4.5]

14 comments

  1. Ya mmg jimat sejak sy gunakn simkad onexox ni..tak perlu topup sllu..dlm famili sy 3 org dah gunakn simkad ni
    sy rekomen sape2 yg nk penjimatan cpt tukar ke simkad onexox 👍👌✌️

  2. Bila agaknye black nk kasi lepas bole carry forwed burnproof lbih dari 100Gb☹️… Bru la kne dngn cogan kata..
    #CARRY FORWED
    #BURNPROOF

    Terbaik bosqu😉… Mari guys ramai² vote stuju kasi rate 5 🌟 n like👍🏼✔️..

    1. Setuju. Tapi alasan munasabah limit data 100gb pun untuk bantu user berjimat.

      Kalau dah 100gb, sepatutnya user perlu downgrade plan black sebab dia kurang guna data.

      Kat situ sebenarnya onexox nak didik user utk optimumkan penggunaan.

  3. Btol n stuju tu bos.. Tp “Xox xpandai berhelah” kan.. smua itu kn hak pgguna yg pgguna bayar ikot dri plan masing².. ape la slah tunjukkn yg xox ni btol² xberhelah.. tunjukkn yg semua data di bawa kedepan.. knapa data yg bole di carry forwed tu.. hanya 100Gb aja yg di limitkan?… Mna² pgguna tu,. nk guna dngn cara jimat or heavy or hardcore skali pon.. itu kan hak pengguna² yg byar kann.. Tlog🙏🏼 la kasi lpas lbih dri 100Gb.. who know.. after this.. season pass bole jd laku keras …🤭
    #Skadar Perkongsian Dri Luahan Pengguna² [email protected] Sekitarnyaa…

  4. Xox mmg jimat… tak perlu topup setiap bulan… saya bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 bintang…

    Bintang tu sebenarnya nak tekan lima… tapi bila akak ‘tab dekat tengah2 bintang trrus g ke 3 bintang plak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *