Pernah tak terfikir apa beza blog dengan website? Kedua-duanya platform online. Kedua-duanya boleh diakses menggunakan internet.
Benda ni boleh makin mengelirukan bilamana ada Website yang dibina menggunakan platform WordPress, ada juga yang menggunakan platform blogger/blogspot (guna template custom).
Sebenarnya blog itu sendiri merupakan Web. Ianya dipanggil web versi 2.0. Ianya adalah tools untuk kita gunakan samada untuk dijadikan Website atau Blog.
Website biasanya hanya memaparkan maklumat berkenaan sesuatu perniagaan atau organisasi pada di Web. Ianya menjadi tempat rujukan yang tetap pada satu satu halaman per maklumat.
Blog pula adalah Web yang digunakan dengan cara menambah info secara berkala dan secara kerap dan berterusan. Hari ini berkongsi tentang maklumat A, esok berkongsi tentang maklumat B dan begitulah seterusnya. Sentiasa update dan sentiasa ada konten baru.
Enjin carian sangat suka konten baru dan berkualiti. Maknanya di sini, blog adalah satu platform yang sangat disukai enjin carian sebab kontennya yang selalu bertambah.
Tapi dimata pelawat, blog bukan sekadar tempat untuk cari maklumat. Ia lebih dari itu.
Blog boleh dilihat sebagai satu tempat untuk mendapatkan maklumat TERKINI tentang sesuatu berita, produk, peristiwa.
Blog juga dilihat sebagai tempat untuk mendapatkan KEYAKINAN sebelum bakal pelanggan sesuatu produk atau perniagaan membeli.
Berita baiknya, semua orang boleh memiliki blog sendiri untuk dijadikan alat kepentingan sendiri. Lagi-lagi pemilik bisnes, mereka sepatutnya WAJIB memiliki blog sebagai senjata perniagaan mereka.
Saya pernah tawarkan perkhidmatan review menggunakan blog kepada satu perniagaan. Saya terangkan selain dari review dan testimoni positif, blogger juga akan membuat hebahan di akaun media sosial.
Ada juga saya terangkan review blogger akan membuat kajian kata kunci untuk memastikan produknya mudah dicari oleh orang ramai.
Tapi ternyata pemilik perniagaan menolak tawaran itu dengan alasan mereka sudah ada web. Yang mana pada dia Web itu sendiri sudah online dan boleh dicapai oleh enjin carian.
Di mana silapnya saya?
Ye, saya tak fahamkan kepada Client sekiranya perniagaanya ‘disebut’ oleh blogger, maka bakal pelanggan akan lebih cenderung untuk membeli.
Saya juga tidak memberitahu bahawa kredibiliti perniagaan Client akan meningkat tinggi, jauh meninggalkan pesaingnya. Blogger akan menjadi nilai tambah dalam usaha pemasaran Client.
Kesilapan saya waktu itu adalah tidak menerangkan beza Web dan Blog serta kesannya terhadap kredibiliti perniagaan dan produk Client. Saya juga tidak membuktikan kekuatan blogger dalam kerja penulisan mereka dalam menaikkan nama perniagaan secara fakta.