Apa Job Scope Seorang Blogger

Posted by

Mungkin ramai yang selama ni hanya mendengar terma blogger atau blog atau blogging tapi tak tahu apa maksud sebenar perkataan itu. Pernah sekali makcik saya bertanya apa pekerjaan saya? Saya jawab “saya Blogger.” Dia tanya lagi “Blogger tu apa? Apa yang blogger buat?” – Apa job scope blogger?

apa kerja blogger
apa tugas blogger? Apa mereka buat sebenarnya?

Blogger, Apa yang Mereka Lakukan

Ada yang masih keliru apa yang dilakukan oleh blogger malah ada yang tak tahu apa itu blogger atau blogging.

Itu biasa, saya tak terkejut pun. Bukan semua benda kita boleh hadam kan?

Baiklah,

Blogger adalah orang yang menulis blog. Simple kan? Contohnya saya, menulis dan mengarang di blog Adzril.com.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Ada orang anggap, blogger menulis kisah hidup di dalam blognya.

Ada juga yang menganggap blogger berkongsi info yang dia tahu dengan menulis info itu ke dalam blog.

Ada yang anggap blogger ni penyampai berita sensasi terkini, dan berita artis tempatan dan luar negara.

Blogger juga dianggap sebagai duta produk yang direview.

Sampaikan ada yang menganggap blogger hanya menulis artikel review di dalam blognya.

Ada yang menganggap blogger adalah seorang yang suka menulis cerita politik, macam dah sinonim pulak berita politik dan blogger.

Yang paling buat saya geram (dan seram), ada yang cakap blogger ni kerjanya copy paste cerita. Amboi! Amboi! Amboi!

Banyak lagi sangkaan yang saya dapat dari masyarakat sekeliling yang membuatkan saya memahami sedikit sebanyak pandangan orang ramai terhadap blogger.

Objektif

Begini ye,

Apa yang disebutkan di atas semuanya betul tentang blogger, kecuali yang cakap copy paste tu salah 360 darjah!

Blogger boleh jadi apa sahaja. Dan ianya bergantung kepada objektif artikel dan blog itu diwujudkan.

Blog itu sendiri adalah alat atau tools yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Ada yang gunakan blog untuk berkongsi kisah hidup, ada yang gunakan untuk membina kredibiliti perniagaan dan lain-lain tujuan perniagaan (online dan offline).

Ada macam-macam lagi tujuan digunakan dengan menggunakan platform blogging.

Berbalik kepada topik utama, apa yang blogger buat?

Mereka mengarang, berkongsi idea, berkongsi pendapat, berkongsi gambar dan berkongsi strategi.

Selagi dia menggunakan fikiran kreatif untuk berkongsi idea original menggunakan platform blogging maka layaklah dia digelar blogger.

Jangan pernah gelar diri tu blogger kalau hanya Copy Paste hasil penat lelah orang lain.

Blogger Bina Nama dan Kredibiliti

Mungkin ada sesetengah blogger yang tidak sedar yang mereka sedang membina nama mereka di dunia online. Dengan penulisan, mereka membina rangkaian dan kepercayaan orang ramai terhadap sesuatu perkara yang dikongsikan.

Usaha mereka ini sebenarnya menjadikan mereka berauthority di mata Google dengan penulisan yang mereka buat setiap hari atau setiap minggu.

Semakin lama blogger itu bertapak, maka semakin dipercayai blognya di enjin carian Google (Selagi blognya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Google). Tapi syaratnya kenalah aktif menulis dan berkongsi.

Lifestyle Blogger / Blogger Gaya Hidup?

Saya suka jadikan lifestyle blogger sebagai subjek utama. Lifestyle merupakan salah satu kategori dalam berblogging.

Blogger kategori Lifesyle ini biasanya berkongsi tentang apa yang mereka minat. Sama ada berkait makanan, menonton wayang, permotoran, gadget, travel dan macam-macam lagi dalam 1 blog yang sama.

Berbeza dengan Blogger personal yang bercerita tentang dirinya sahaja.

Blogger lifestyle biasanya terdedah dengan tawaran-tawaran review berbayar dari pemilik perniagaan (client) kerana keupayaan mereka menarik pembaca dalam kategori yang berkaitan.

Trafik pembaca yang datang ke blog mereka terdiri daripada pelbagai golongan.

Selain daripada bergantung kepada trafik, kekuatan blogger lifestyle teletak pada pengaruhnya di media sosial lain. Contohnya Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube.

Ini barulah blogger millenial, mereka tidak bergantung hanya kepada 1 platform sahaja.

Pengaruh media sosial pula diukur dari jumlah followers dan likers akaun media social mereka. Engagement di media social juga merupakan faktor utama yang biasanya dititikberatkan oleh client.

Kalau follower berjuta, tapi engagement krik krik nanti orang kata beli follower pulak.

Jika seseorang blogger lifestyle itu ada kombinasi pakej trafik dan media sosial yang baik, mereka layak untuk menentukan harga bagi kerja mereka.

Bayaran untuk mereka agak premium sekiranya ada client yang nak gunakan khidmat review mereka. Sesuailah dengan hasil yang mereka deliver. 😎

Kenapa nak bayar premium pulak? Atau kenapa perlu bayar blogger untuk buat review? Baik bayar Media major label yang confirm memang kredibel dan ada nama.

Baca artikel saya bertajuk Kenapa Perlu Bayar Blogger untuk kupasan yang lebih detail.

Gaya Penulisan Blogging

Penulisan blogger lifestyle biasanya santai dan tidak dibuat-buat.

Perkara ini menjadikan tahap kepercayaan pembaca semakin tinggi (terhadap produk/servis) untuk membeli sekiranya mereka mencari info yang berkaitan pengalaman dan testimoni serta recommendation terhadap produk yang mereka cari tu.

Client yang menggunakan khidmat blogger untuk salah satu channel marketingnya adalah sangat beruntung kerana info itu berkekalan selagi blog itu wujud.

Blogger Lifestyle yang bagus adalah blogger yang;

  • Menjenamakan dirinya (bukan anonymous)
  • Penulisannya konsisten (setiap hari, seminggu sekali atau 2, 3 kali)
  • Hasil penulisannya original (bukan Copy Paste bulat-bulat dari hasil penulisan orang lain)
  • Aktif di media sosial (Instagram, twitter, Youtube, Facebook, Google plus dan lain-lain)
  • Perkongsiannya di blog seimbang antara artikel review dan perkongsian lifestyle (mengikut nisbah yang seimbang sekurang-kurangnya)
  • Pandai menentukan objektif artikel yang ditulis untuk menjemput pembaca datang ke blog (faham kehendak client)

Apa yang boleh saya katakan di sini, blogger boleh jadikan blog mereka menjadi apa yang mereka nak.

Mereka boleh jadikan blog sebagai portal online, diari, portfolio kerja, apa sahaja. Mereka juga boleh mempengaruhi pembaca mengikut acuan penulisan mereka.

Yang namanya blogger tu, mereka berupaya membuat info muncul di internet. Penulisan dan karya mereka menjadi mindwave kepada pembaca dan pelawat blog.

Mereka juga boleh membuat sesuatu isu menjadi viral!

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

26 comments

  1. Helllooooo! 😉

    Best baca ni tengah tengah malam since berjaga at the moment kan? Nice article, suka kita baca dari tadi. Thanks for the info!

    Tapi kopipes tu memang tak boleh nak terima! Sorry sebab if any, bab kopipes memang kita tak berapa nak setuju – sakit betul hati! Blog entri tak pernah lagi, tapi FB berkali kali!

    Okay, nanti kita singgah lagi.
    Bye.

      1. Hahaha… baru sedar awak ada reply rupanya?
        Haha. Dok lompat lompat melawat, nampak eh eh ada reply.

        Tak lah, tak panjang ni. A good length untuk dihadam, elok baca memalam. Ala ala bedtime story gittew.

        Chup!
        Kita pun tulis pepanjang kan sebenarnya. Awak dah drop by tu tadi kita ada nampak yang berjela tu! Haha. Nice one. Tengs! 🙂

    1. Ada banyak lagi job scope blogger ni. Tapi saya lebih suka kongsi lebih spesifik berkaitan Lifestyle blogger.

  2. Artikel yang sarat dengan informasi, sangat bagus untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging, memotivasikan blogger-blogger sendu (macam saya… hehe) dan dapat memperbetulkan persepsi yang salah terhadap kerjaya blogger. Thank you, Adzril!

  3. terima kasih. Saya pun baru setahun jagung je berblog ni banyak lagi nak kene belajar pasal berblog..

    Yang penting bab memberi info dan manfaat kepada orang lain tu memang betul 🙂

  4. Tapi saya pelik bila ramai blogger * islam * menulis cerita-2 fitnah adakah blogger ini kebal dengan api neraka. just a question mohon tuan buat satu artikel pasal benda ni ^_^

  5. Hmm susah jugak nak cerita kat orang ye, apa benda sebenarnya job scope seorang blogger tu ye. Kalau yang bertanya tu memang bukan yang celik IT, mesti lagi susah nak terangkan pada dia.

  6. kalau dah terrer menulis macam penulis blog ini ok la..

    baca dan terus baca tidak bosan.

    tidak semua blogger mampu menulis idea dengan baik..

    yang terbaik memang layak la blogger dibayar mahal dengan tugas yang mereka pikul

  7. Bagus penulisan ni. Hope orang ramai terutama keluarga kita faham apa tugas Blogger ni sebenarnya.

    Kadang kadang emak ayah old school tak faham apa tugas hakiki Blogger masa kini.

    Moga artikel ini tersebar luas di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *