Paragliding di Ranau Sabah, Pengalaman Blogger!

Biasa kalau bercuti ke Ranau Sabah mesti tempat yang nak dituju tak lain dan tak bukan, Fish Spa Luanti dengan Poring Hot Spring kan? Tau tak ada satu aktiviti best iaitu Paragliding di Ranau Sabah?

Paragliding Ranau bersama instructor
Persediaan sebelum berlepas

Untuk aktiviti Paragliding kat Ranau Sabah ni biasanya aktiviti yang dicustom dalam Pakej Percutian Sabah yang diurus oleh syarikat travel.

Pakej bercuti Sabah yang dicustom.

Afs Car Rental dan Travellia yang bertanggungjawab untuk uruskan tempahan untuk saya menikmati aktiviti Paragliding di Ranau Sabah ni.

Aktiviti Paragliding kat Ranau Sabah ni adalah salah satu aktiviti ekstrem sepanjang percutian 4 hari 3 malam saya di Sabah.

Pagi tu lepas je sarapan kat Pekan Ranau, saya dibawak ke Kampung Marakau Bombon untuk aktiviti ekstrem pertama saya, naik ATV.

Seronok sangat!

Tapi lepas je setel aktiviti tu, (penat tak habis lagi ni) saya terus dibawa ke Komplek Sukan Ranau untuk aktiviti Paragliding ni.

Datang Awal untuk terbang awal

Sepatutnya kena sampai awal pagi sebab kena menunggu.

Kalau lambat, nanti makin ramai. So lama la nak menunggu tu.

Apa pun, pemandu pelancong yang bawak saya memang terbaik. Dia dah tolong deal awal-awal dengan glider.

Itulah kelebihan bercuti ke Sabah guna pakej, semua dah diuruskan.

Dah rezeki saya, saya tunggu dalam 45 minit je untuk saya dibawak ke tapak perlepasan (betul ke nama ni? hahah!)

GoPro at paragliding di Ranau Sabah
GoPro disediakan setiap kali nak terbang. So saya datang lenggang kangkung je.

Ada 3 syarikat yang urus Paragliding Kompleks sukan Ranau ni.

Harga tetap sama kalau book sendiri atau melalui agensi pelancongan.

Tak perlu pening kepala, masukkan je aktiviti Paragliding ni dalam Itinerary percutian korang. Travellia dan AFS Car Rental boleh uruskan. Lebih mudah urusan (recommended).

Semua calon dibawa ke Tapak Penerbangan kat atas bukit

Baik.

Dari Kompleks Sukan Ranau nak ke tapak penerbangan tu kitaorang naik Hilux.

Saya join sekali dengan makcik-makcik kepoh yang teruja untuk terbang.

Ye kitaorang naik sekali dalam satu Hilux menuju naik ke tempat pelepasan.

Peramah betul makcik-makcik tu. Diaorang pun datang guna travel agensi, cuma saya tak sempat nak tanya diaorang lebih-lebih guna travel agensi mana sebab saya punya giliran terbang yang pertama antara diaorang.

persediaan paragliding di Ranau Sabah
Brother depan tu dia pegang sebab angin terlalu kuat, tak memasal terbang sebelum bersedia karang ni ha..

Benda yang saya risau masa terbang tu nanti adalah, camna nak landing nanti?

Hahaha!

Berlari untuk terbang dengan paragliding di Ranau Sabah
Ok lari dan jangan keraskan badan! Saya pun berlari macam budak dapat greenlight main hujan hahah!

Jangan risau, ni bukan kita terbang sendiri. Tapi guna tandem paragliding.

Kira kita menumpang kat depan paraglider professional.

Kelengkapan semua cukup, dengan bag besar gabak so takdelah risau hentakan masa landing tu.

Smooth macam AirAsia punya landing hahaha! betul ni.

paragliding landing in Ranau Sabah
Landing yang smooth ditambah ada cover (bag) kat belakang.

Ok ok. Boleh layan video saya naik Paragliding ni untuk tahu proses sebelum terbang ke langit biru umpama drone.

Dalam video tu, boleh nampak saya diajarkan camna nak pass stick GoPro dari tangan kangan ke tangan kiri dan sebaliknya.

Rakam aksi semasa Terbang naik Paragliding guna GoPro

GoPro tu bukan saya punya.

Setiap Glider memang akan provide 1 GoPro untuk penumpang setiap kali terbang.

Hasil rakaman dari kamera GoPro tu nanti diaorang akan transfer bila dah patah balik ke Kompleks Sukan Ranau.

Dan pastikan handphone korang ada space kosong at least 3gb sebab diaorang akan transfer video ni direct dalam phone korang selepas habis aktiviti Paragliding ni.

Kalau phone korang penuh, hmmmm.. tak tahu nak cakap apa.

Sepanjang penerbangan tu, saya tak perlu kawal apa pun. Saya just enjoy pemandangan dari atas.

Dia nak ke kanan ke, nak ke kiri ke, bukan saya yang control.

Itu semua Glider yang akan buat. Korang boleh la request kalau nak maneuver ke kanan ke kiri kalau rasa bosan kat atas tu hahah!

Tempoh Paragliding

Tempoh terbang dengan tendom Paragliding ni lebih kurang 6 ke 10 minit bergantung kepada;

  • arah angin
  • cuaca
  • kesihatan penumpang

Kalau penumpang tiba-tiba rasa mual nak muntah kat atas tu, takde la terus turun.

Sempat la muntah 2-3 round dulu katanya.

Jadi sebelum naik, pastikan jangan nak melantak banyak sangat. Kat atas tu takde toilet ye.

Kalau jenis sakit perut sebab anxiety, boleh la siap-siap pakai pampers dewasa yang jenama TENA tu. Melepas terus tanpa ragu-ragu.

Paragliding, Aktiviti best semasa bercuti di Sabah

So far, ini adalah antara aktiviti best dan ekstrem yang korang boleh buat masa bercuti di Sabah ni.

Bosan la kan kalau bercuti setakat naik Kundasang, Dairy Farm, Poring Hot Spring dan Luanti Fish Spa. Sekali sekala kita keluar dari kebiasaan.

Banyak sebenarnya tempat best kat Sabah ni kalau korang nak tahu.

Sebab tu kalau ambik pakej percutian lagi senang. Diaorang uruskan.

Dan yang bestnya kita boleh custom pakej percutian kita mengikut bajet yang kita ada dan aktiviti yang kita nak.