Dulu tertanya jugak. Berapa lah harga tiket flight kanak-kanak ni kalau nak naik kapal terbang. Al maklumlah, sekarang dah ada anak kecik.
Bukan nak flight ke mana pun.
Nak bercuti ke Sabah je. Biasa bercuti berdua dengan wife. Tapi kali ni bercuti dengan anak sulung ni ha… Iskandar Aali.
Harga tiket yang saya dapat untuk saya dan wife adalah RM238. Tak termasuk luggage.
Dan harga tiket untuk Aali, RM50.
Harga tiket untuk kanak-kanak bawah 2 tahun ni memang fix RM50 kot rasanya.
Kiranya harga tiket kapal terbang tu adalah bayaran untuk kanak-kanak tu masuk ke flight. Bukan ada seat pun.
Ada seat pun bukan boleh guna sebab Aali ni jenis tak reti duduk diam.
Dengan RM50 tu jugaklah, Aali ‘dibenarkan’ bawak stroller naik ke cabin.
Saya 1 hand carry, wife pun dapat 1 handcarry, Aali pulak dapat 1 akses untuk bawak stroller.
Tapi stroller tu takdelah bawak masuk ke cabin pun.
Kena tinggalkan kat pintu masuk pesawat.
Nanti ada krew AirAsia yang bawak masuk ke ruang simpan bag kat bawah tu.
Stroller tu akan diserahkan kembali masa kita keluar dari pesawat.
Means masa dah sampai kat Kota Kinabalu, tunggu je kat bawah tu. Kalau diaorang tak bawak jugak, inform kat krew yang ada kat situ.
Diaorang akan bawak direct stroller.
Jadi itulah pengalaman saya bawak baby a.k.a budak kecik naik flight.
Alhamdulillah, Aali behave sepanjang perjalanan percutian saya ke Sabah.
Dalam bulan 3 je, 2 kali saya ke Sabah. Kali kedua tu saya bercuti guna pakej percutian yang disediakan Travellia dan AFS Car Rental.
Memang terbaik.
Saya kongsikan percutian ke Sabah guna pakej percutian tu kat artikel saya bertajuk bercuti ke Sabah guna pakej percutian.
Owh by the way, kalau korang ada apa apa problem sama ada barang rosak kat flight ke, atau stroller lambat sampai ke, boleh buat aduan kat eForm AirAsia.
Buat la komplen kat situ. Tapi renyah sikit la sebab kena isi borang.
Stroller berat 7.5kg bleh ke?
Boleh…
stroller tu akan dibawak sampai ke pintu flight dan ditinggalkan kat situ. so stroller akan dibawak masuk ke dalam cargo oleh petugas kat situ.
[…] Harga tiket flight kanak-kanak (AirAsia) […]
Hi, minta tanya kalau stroller baby saya berat 7.3kgs & foldable size:84cm x 52cm x 42cm adakah dapat check in free di counter tanpa kira dalam berat bagasi?atau kena beli berat bagi stroller berat n besar size? Kerana baca policy Airasia kena ikut size cabin baggage 56cm x 36cm x 23cm & berat 7kgs. Saya risau kerana 1st time travel with baby. Harap u dapat tolong saya…kerana tak dapat hubungi customer service airasia. Terima kasih
Sepatutnya boleh. Sebab stroller tak dibawa masuk ke cabin. Ianya dibawa masuk ke cargo. Letakkan stoller di pintu masuk pesawat, dan petugas akan bawak stroller ke cargo.
So Air asia benarkan stroller check in free tanpa kira size dan berat?
So Air asia benarkan stroller check in free tanpa kira size dan berat? Minta tanya apa stroller size dan berat u yang bawa…? U check in stroller juga tak bayar lebih?jangkaan masa u travel hingga sekarang sudah lama?
Ye. Saya hanya bayar tiket untuk anak saya sahaja. Awal julai tahun ni.
Boleh tahu apa stroller yang u guna?
Stroller yang u guna ada lebih besar daripada cabin baggage policy?
Stroller u pakai adalah light weight dan ada marking suitable utk travel purpose? Atau stroller normal?
Assalam..kat mana nak mik tag stroller tu ye if kita x beli luggage, Tq
Tag tu memang staff akan bagi. Kalau x bagi, mintak masa masuk boarding tu. Kt ruangan menunggu.
kanak2 atau bayi berapa umur kena bayar rm50 ni, atau ada had umur?
Ye RM50. Kalau tak silap bawah 2 tahun.
50 utk one way or two way ya ?
one way.
sya nak tnya .. klau tiket online dewasa dngn budak atas 2tahun berapa ye .. kalau 1 org.. xthu nak tnya kat mna ..
2 tahun keatas sama dengan harga tiket dewasa.
Tiket kalau beli online, yg kanak2 rm50 tu nk bayar mcm mana?
Memang akan bayar masa online tu sekali.
klo anak kita 2 tahun ke atas dan kita xnak beli seat utk dia,bole tak ye…kireny duduk atas pangkuan je…
Duduk atas pangku tu lah kena bayar. Kalau nak seat bayaran dia sama mcm dewasa ni. Sebenarnya bayaran rm50 tu adalah bayaran untuk anak cik masuk kapal terbang, kat mana dia nak duduk itu terserah sebenarnya.
Beli online atau beli di kaunter tiket bayi?sbb sy dan suami dah beli online. Baby belum beli tiket lg
online. pembelian tu mesti sekali dengan parents/ orang dewasa. tapi kalau dah terlepas, mungkin boleh beli offline kat kaunter.
Kalau beg pula mcm mna ? Rm50 tiket tuh sekali ngan kargo 7kg ke bang?
hanya untuk kemasukan anak ke cabin. dan stroller ke luggage.
Klu umur 2 thun 5 bln brapa tmbng dari kk ke johor
RM50 jugak rasanya..
Salam tuan anak saya Umur 1 tahun 6 bulan di kira 2 tahun keatas atau dikira 2tahun kebawah ya..?sbb dia lahir 24/12/2020..sbb ada kawan kata tadi kalau ikut tahun lahir 2020,skrg dah 2022.so di kira Dua tahun …ke Salah info dia tu ya tuan..Sy urgent nak pegi bawa anak ni..sbb kakak saya sakit di sarawak
Salam tuan anak saya Umur 1 tahun 6 bulan di kira 2 tahun keatas atau dikira 2tahun kebawah ya..?sbb dia lahir 24/12/2020..sbb ada kawan kata tadi kalau ikut tahun lahir 2020,skrg dah 2022.so di kira Dua tahun …
ke Salah info dia tu ya tuan..Sy urgent nak pegi bawa anak ni..sbb kakak saya sakit di sarawak
rasanya ikut bulan.
Salam encik.. maaf kalo encik tau boleh tolong jawabkan..?? Saya da beli tiket untuk 5 ahli keluarga.. 2 dewasa 1anak 15tahun 1 anak 9tahun dan 1bayi 1tahun.. jadi nk tau pasal luggage 7kg ade tak untuk anak umur 9tahun tu. Bayi xde luggage kan sebb duduk pangku penjaga..sebb sy ade terbaca setiap tetamu dibenarkan 7kg luggage masuk cabin.. tapi di resit tulis 3tetamu pulak.. anak 9tahun tu tak dikire tetamu ke??
bayi takde luggage.