2 Langkah Penipuan di Mudah.my Jangan sangka semua orang tahu

Platform Mudah.my dah cukup memudahkan kita semua yang nak jual barang. Tapi dalam kemudahan yang kita kecapi ni, ada je makhluk yang ambik kesempatan untuk buat penipuan. Biasanya penipuan di Mudah.my ni dibuat oleh warga asing.

Ada jugak la warga tempatan.

Yang penting mereka ni penipu. Ingat boleh kaya ke buat scam camtu?

Penipuan di Mudah.my

Tak kira la warga asing atau warga Malaysia, yang penting benda tu PENIPUAN.

Saya suka kaji dan perhatikan Modus Operandi penipu ni. Okay saya sebut Modus Operandi sebagai MO.

MO penipuan ni, boleh diaplikasikan kat platform lain jugak selain Mudah.my. Antara contoh yang paling popular selepas Mudah.my adalah Aplikasi Wechat, dan Facebook, Shopee dan Lazada.

Kat mana boleh buat transaksi jual beli, kat situ lah akan muncul ruang dan peluang untuk melakukan penipuan.

MO penipuan ni yang paling penting adalah emosi.

Ya guys, mainkan emosi je. Ada 2 emosi yang dimainkan kat sini.

  1. Harapan
  2. Ketakukan

Fasa Harapan

Biasanya orang yang menjual adalah individu yang memang perlukan duit. Walaupun saya tak nafikan ada yang jual barang sebab nak kosongkan almari atau bilik.

Saya bagi contoh;

Penjual betul-betul perlukan duit, kebetulan ada sebijik helmet yang dia tak gunakan dan boleh dijual. Jadi dia pun masukkan iklan kat Mudah.my dengan meletakkan harga RM150 untuk helmet tu. Selang beberapa minit atau selang beberapa jam ada Whatsapp masuk.

“Your item at mudah.my is still available?”

Penjual pun akan ‘Wow!’ ada orang nak beli, Alhamdulillah, rezeki aku. – Ini fasa harapan.

Masa deal harga pulak, pembeli a.k.a penipu tu cakap sanggup bayar lebih.

“I pay you RM500 for your item, is that okay?” – Fasa harapan diteruskan.

Ok sekarang bayangkan, seseorang yang memerlukan duit, ditawarkan duit yang melebihi apa yang dia target. Apa yang akan difikirkan? Rezekilah kan? Emosi dimainkan kat sini.

“Alhamdulillah rezeki, ada orang nak beli barang yang aku jual dengan harga tinggi”

Bila penjual dah berharap, penjual akan buat apa je yang penipu ni suruh. Tak percaya? Tunggu sampai saya cerita fasa seterusnya.

Penipu akan mintak nombor akaun dan email penjual untuk tujuan bank in duit. Seboleh-boleh dia akan mintak email, percayalah. Sebab kononnya dia nak transfer duit dari bank international jadi perlukan email. ICICI Bank contohnya.

Selang beberapa minit, dia akan cakap dah transfer duit dan mintak penjual check email.

Penjual pun check email. Biasanya email tu akan berbunyi lebih kurang camni;

We have detected on our system that the transfer sent to you by (Mr muhammad bin kamil)
bounce back due to this we have seen that we are unable to unlock the payment to your account
because the amount send to you RM500.00 is not suffcient for the system to activate it in your account.

so we have deducted extra RM500.00 for the total amount of (RM500+RM500=RM1000) for us to check if the system can activate it to account and the amount as been deducted from your buyer account.

you will need to send it back to your buyer account and scan us the receipt of transfer that prove that you have sent the money.

we will proceed with the remittance of the total amount of (RM500+RMM500=RM1000) to your account immediately.

so we have deducted the RM500.00 from buyer’s account (Mr muhammad bin kamil) so we are expected to make the transfer to your buyer back with his or her own prefer immediately.

we shall also contact your buyer’s about it because the additional transfer deducted from his account
and the refund is needed urgently

Status: Pending

Penipu akan cakap yang dia dah transfer duit. Tapi ada error dan penjual perlu aktifkan akaun untuk terima RM500 tu.

Contoh email yang saya pernah terima.

Fasa Ketakutan

Penipu akan mintak penjual bank-in RM500 (bayaran pengaktifan) dan selepas menerima bayaran penipu akan cakap Bank ICICI akan bank in semula RM1000 ke akaun penjual.

Matematiknya, RM500 (duit penipu yang tak wujud) + RM500 (Duit pengaktifan) = RM1000 (konon akan ditransfer balik ke akaun penjual).

Kat sini dah nampak macam tipu kan? Ye saya tahu semua rakyat Malaysia pandai.

Tapi, sebenarnya masih ada yang tertipu untuk buat bayaran tu semata-mata nak dapatkan RM500 tadi. So penjual pun bank in lah duit RM500 ke akaun yang diberikan oleh penipu ni tadi. – Fasa takut kecewa tak dapat duit dah mula kat sini.

Biasanya penipu akan bagi nombor akaun bank RHB atau Hong Leong atau BSN. Bank yang kurang digunakan oleh rakyat Malaysia.

Lepas bank in duit, apa jadi?

Penipu akan teruskan selagi dia boleh perah duit. Penipu akan suruh penjual check email mengatakan ada error lagi sekali.

Penjual akan jadi panik, dan mula nak tarik diri. RM500 dah melebur.

Kat sini penipu akan ugut dengan mengatakan penjual tak bank in duit, sebab ada error transaksi. Penipu ugut lagi akan viralkan kes ni dan akan report kepada pihak bank.

Bukan tu je, penipu akan ugut untuk buat report polis (Malah konon nak report interpol hahaha!) mengatakan penjual ni telah menipu.

Penjual panik, block number dan penipu enjoy dengan RM500 tadi.

Itu kalau 500. Ada sorang kawan saya kena perah sampai Rm8000 disebabkan scam warga asing ni.

Dengan hanya memainkan 2 emosi, HARAPAN dan KETAKUTAN, si penipu mewah memerah duit orang yang memerlukan.

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Jangan layan. Just block di awal-awal. Biarkan penipu buntu.

Selain tu, apa yang perlu dilakukan adalah dengan sebarkan info berkenaan penipuan ni, biarkan orang ramai Modus Operandi mereka. Jangan anggap korang tahu orang lain pun tahu. (Share artikel ni)

Disaat korang rasa korang takkan kena tipu, mungkin itulah waktunya korang akan tertipu.

Saranan Saya

Kalau jual barang kat Mudah.my pastikan pembelinya orang Malaysia lah. Kalau dia kata dia tengah outstation ke, duduk luar negara ke, terus jangan layan. Ingat! Jangan layan.

MO kata dia outstation ni dah lapuk, tapi percayalah, masih ada yang akan tertipu.

Seterusnya (ini wajib buat ye) block dan report nombor tu. Ini untuk kegunaan dan peringatan orang lain.

Camna nak block?

Install Truecaller dan block Nombor tu. Sebelum block tu save dulu nombor tu sebagai Scammer. Then Block.

Walaupun kebarangkalian scammer tu nak gunakan nombor yang sama adalah rendah, at least inilah jasa korang untuk orang lain.

Layan video saya membebel pasal scammer kat bawah ni. Like sekali video tu okay.