Pertama kali aku mengalami panik bila rantai motor tertanggal dari sprocket masa bulan November 2016. Aku mula cari rantai motor yang sesuai dan berkualiti untuk Yamaha LC 135.
Time tu ada sorang brader keje Grolier (berdasarkan baju yang dia pakai) yang tolong tolak motor aku dari tepi jalan kat Rasah sampailah ke kawasan perumahan aku.
Gigih je dia tolong padahal time tu aku boleh je pasang balik rantai ke sprocket, tapi memandangkan time tu aku sangka rantai motor putus, so aku pun tolak la motor tu sorang-sorang sampailah la brader Grolier tu datang mengoffer pertolongan.
Isi Kandungan
Rantai Motor Yamaha LC 135 Memang Senang Longgar
Ramai bagitau aku sebenarnya memang Motor Yamaha LC (aku punya model 1st) rantainya senang longgar.
Aku akuilah sebab masa kat Kota Kinabalu dulu, boleh dikatakan 2 minggu sekali mesti aku nak pegi bengkel mintak pomen adjust balik rantai motor aku tu.
Padahal jarak dari rumah ke tempat keje dekat gile kot time tu. Nak buat sendiri takde tools pulak.
Aku pun tak tau kat mana silapnya Motor LC ni, memang cepat bebenor longgar rantainya. Jenuh nak adjust balik rantai tu.
Cuma Dislocate Bukan Putus
Nak dijadikan cerita, masa aku parking motor aku kat umah barulah aku perasan sebenarnya rantai motor aku tu belum putus.
Cuma dislocate je dari sprocket. Haih! Panik tak tentu pasal.Dan tak semena-mena brader Grolier tu ingat motor aku putus rantai.
Konon parking LC pastu nak naik KTM RC je, tapi dengan takde tools, aku pasang/letak balik rantai kat sprocket motor pastu bawak motor slow slow ke bengkel.
Tips dia, “Jangan Change Gear Time Selekoh/Simpang/Roundabout” Akhirnya aku berjaya sampai ke bengkel tanpa rantai tertanggal lagi. Gear 4 pun aku bantai je kat simpang. hehehe!
Baca jugak : Cara adjust Monoshock Yamaha LC jadi keras.
Pergi bengkel tu sebenarnya memang niat nak tukar 1 set rantai dengan sprocket. Kalau diikutkan aku tak perlu pun tukar 1 set rantai dengan sprocket.
Boleh je aku mintak pomen tu potong rantai.
Tapi tu la, pomen pun dah rekemen untuk tukar baru (nak untung la tu hehehe) so aku pun ikut je la. Alaaa duit kan boleh dicari. Kalau aku ada pemotong rantai motorsikal sendiri, memang aku buat la, tapi tu la, alasan sama tetap jugak aku berikan, aku takde tools. hahaha!
Jenama RKM Mahal Sikit Dari SSS (Triple S)
Tokey bengkel rekemen kat aku set rantai dan sprocket motor jenama RKM sebab ada kualiti katanya.
Biasanya aku pakai triple S (SSS) je. Oh ye sticker RKM kat arm motor aku tu memang bengkel sebelum ni bagi kat aku walaupun aku beli jenama Triple S.
Harga untuk satu set sprocket dengan rantai jenama RKM ni aku tak ingat.
Member aku siap cakap lagi RKM ke Triple S ke cukup 2 hari mesti kena tarik untuk ketatkan balik.
Maklumlah, perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja kali ini agak jauh, 32 kilometer tuuuuu..
Ulang alik dah 64 kilometer untuk sehari.
Untuk seminggu? Sendiri kiralah ye.
Rantai Masih Kekalkan Ketegangan Persis Ikut Piawai Selepas 4 Bulan.
Apa yang mengejutkan selepas 4 bulan berlalu, aku masih belum pergi bengkel untuk ketatkan rantai motor tu. Ni aku baru tengok rantai motor tu, elok je lagi dengan kadar regangan seolah-olah dari kilang Yamaha itu sendiri.
Seriusly geng, aku pun tak pasti kenapa rantai ni lama betul nak kendur balik.
Nak cakap aku pakai rantai yang ada o-ring tak jugak.
Rantai RKM biasa je ni tau.
Apapun aku bersyukur la sebab tak perlu nak bengkel semata-mata nak ketatkan rantai.
Rantai ni bagus, memang tak kendur, LC saya pun tak kendur, walaupun 9 bulan pakai rantai ni, nak lagi best pakai rantai D.I.D Chain, seratus lebih, lagi baik bang.
tu la, ini 1st time pakai rantai and sprocket RKM. biasa pakai set triple S je.
D.I.D ni pun dulu pernah dengar gak. katanya yang ada o-ring kat rantai tu kan?
tukar di bengkel mana admin?
Ni tukar kat bengkel kat Nilai lama…
Macam ngam2(pendek) je rantai tu bos..
Patut x kendur kot.. 😅
Ini just nice. Takde la ketat mana pun.
baru kena, tengah meleper td jem, nasib baik x tergolek dok..
alhamdulillah semuanya ok.
Harga berapa bang ?
alahai tak ingat la.. rm35 kot… dah lama sangat ni.
Sekarang dah nak dekat hujung 2020 dah…sekarang kalau ikutkan rantai motor kena pakai yang jenis o-ring bukan lagi jenis biasa-biasa ni supaya tak cepat kendur…contoh mcm RK 428KLO O-Ring…tiga kali lagi tahan pada rantai biasa yang tiada o-ring…harga bawah rm100 dalam shopee banyak,kena pandai pilih harga…kat kedai motor pon boleh dapat harga dalam rm80 macam tu…ada dua jenis,satu 428KLO,satu lagi 428KRO..yang KRO ni dia berat sikit dari KLO,harga lebih rm100 yang jenis KRO tu..rantai xw-ring pula dua kali lagi tahan pada rantai o-ring,contohnya RK 428XSO XW-Ring…sangat-sangat berbaloi kalau untuk long distance tak perlu risau rantai tu kendur,tapi harga mahal sikit dalam rm200 macam tu,ikut kedai jugak…tapi saya beli harga rm175 dapat harga diskaun dalam shopee…memang puas hati,tapi rantai xw-ring tu berat sikit sebab dia nampak tebal sikit…sekarang ni memang saya tak pernah pakai dah rantai biasa ni…hanya pakai RK 428KLO O-Ring tu ja…nak long distance pakai yg xw-ring tu balik…tak rugi kalau beli…kalau beli rantai biasa ni cepat sangat kendur…tak sampai empat bulan dah nak kena ejas bagi ketat balik…pakai yang o-ring tu dah nak dekat setahun dah masih elok tak kendur…hari-hari bawak motor tak pernah nampak lagi rantai tu kendur…yang nampak spoket je dah tajam dah…tak perlu nak ejas kerap sangat…jimat duit dan jimat masa…memang terbukti jenama RK (Jepun) atau RK-M (Malaysia) memang tahan diseluruh dunia…
tips:- kalau nak cuci rantai JANGAN cuci dengan minyak petrol/diesel/tanah atau macam-macam jenis minyak lagi jika pakai rantai jenis o-ring ni,nanti o-ring tu jd kecut bila kena minyak petrol/diesel/tanah…cuci dengan sabun sampai bersih,lepas tu bilas dengan air,lepas bilas start enjin masuk gear pulas minyak bagi rantai keluarkan air…atau nak mudah lagi naik motor bawak pergi ronda mana-mana dulu untuk air dalam rantai tu merecik keluar dan resap panas haba spoket tu…lepas tu balik rumah letak la RK Chain Lube (tutorial dia dalam official youtube RK Malaysia ada tunjuk cara nak letak chain lube tu)…biar semalaman jangan naik motor lagi bagi chain lube tu resap masuk dalam rantai…esok pagi dah boleh naik motor dah…selesai…
mantap perkongsiannya!
nice.lcvv6 aku kendur gak ni.dua tiga ari long distance,keje jauh.dlm 120km klau pegi balik…mmang kena potong atau tukar lain laa