Sebab Utama Aku Pilih KTM RC 200

Posted by

Aku percaya peminat KTM RC 200 atau mana-mana RC la tak kira 200, atau 250 atau 390 or maybe RC 125 (takde kat Malaysia) bermula minat kat KTM RC bukan sebab kelajuannya.

Tapi sebab rekabentuknya yang menawan. Tak dinafikan design Yamaha R25 dan CBR 250 RR pun cukup menggugat nafsu untuk memiliki, tapi KTM RC tetap menjadi pilihan hati selain harganya yang murah berbanding model yang lain. hehehe!

ktm rc best ke
KTM RC 200, seksi weh!

Ok chop! Sebenarnya harga bukan isu. Kalau dah minat tu, duit memang akan dicari dengan macam-macam usaha. Tapi terus terang aku cakap, perkara pertama yang membuatkan aku nak memiliki KTM RC ni sebab designnya, bukan sebab harganya.

Harganya yang murah berbanding motor yang sekelas dengannya bagi aku adalah bonus. Dengan lampu belakang LED tu, pastu darjah ketonggekan yang mengancam, dan body type yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecik ngam ngam untuk saiz ketinggian macam aku 167cm.

pendapat motor ktm rc 200
Relax jap bawah jambatan, hujan beb. Tak bawak baju hujan.

Dan aku jugak percaya, kebanyakan orang yang suka atau minat KTM RC ni, bukanlah sebab diaorang dengar pasal kelajuannya tapi rekabentuknya.

Dari rekabentuk tu lah mereka akan buat research pasal maintenance KTM RC, kelajuan dan kualitinya. Dan rata-rata yang mementingkan kelajuan akan kecewa dengan KTM RC ni sebab ianya takdelah laju macam hayabusa. Lagi-lagi variant KTM ni popular dengan enjin cutoff nya yang jahat. hahahaha!

Biasanya kita ni nak yang cantik, yang laju, yang jimat minyak dan last sekali yang murah.

Tapi bagi yang betul-betul genuine minat kat design KTM RC, diaorang memang tak kisah pasal kelajuan. Yang penting enjoy riding. Bukan hari-hari nak laju pun kan?

Iklan

Tapi kalau aku lah kan, hari-hari memang nak laju sebab aku ni biasa kalau keluar rumah nak pergi kerja memang lambat. Bila dah lambat memang selalu la cecah enjin cutoff tu.

Kadang-kadang tu rasa segan jugak bila Yamaha Lagenda overtake relax je. Yamaha Y15 atau 125Z jangan citer la, selalu sangat aku bagi peluang (sebab memang laju motor diaorang ni).

Apapun bergantung pada minat dan tujuan memasing la.

Seriusly aku sangat puashati dengan KTM RC 200 setelah 5 bulan memilikinya.

Mula-mula tu rasa macam sakit badan la kalau jalan jauh, tapi lama-lama ko akan biasa dan rasa sakit tu sebenarnya sebab kita tak biasa lagi dengan position KTM RC yang rare ni.

Next target aku sebenarnya Ducati Hypermotard. Korang aminkanlah doa aku ni.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 comments

  1. Saya pulak tinggi, lebih kurang awak 167cm, ada cuba bawak KTM ni, tapi sakit punggung, dia punya seat tu nipis sangat. Pasal Cut-Off tu tak de masalah, pandaila adjust ada member KTM dia boleh cecah 1XXkm/sejam, kalah Y15 tu, Y15 tu enjin sama dengan FZ150i sebab tu tak laju, dengan tayar belakang besar lagi.
    Yang Penting buang cut-Off, tukar exhaust akrapovic dengan block racing 65mm ke atas. Tengok 125z pun kalah brother, tapi hati-hati, kalau dah laju, jarak berhenti pun bertambah, lagi laju, lagi lambat motor tu nak stop.

  2. As Salam Blogger

    Minta review KTM Exhaust issue..
    Look ur bike already modify exhaust..

    exhaust sebenar di bawah engine tu..
    Still study bunyi exhaust ni ade msalah or cepat panas..

    Tq for ur help..

    Rgrds

    1. So far semua ok. Takde issue cepat panas atau tak. Cuma bunyi bising la x tahan. Nanti mungkin nak tukar ekzos standart balik. Rindu bunyi yang standart.

      1. tqvm sir..

        another one…
        fuel consumption berapa km / litre??
        boleh share..

        fr comparison dengan naza n5r

        Rgrds

  3. Pada brader dan sis yg Nak KTM tu, saya nasihatkan tukar exsos.
    Sebab exsos ori tu tak sesuai utk cuaca Malaysia.. senang jer over heat..
    Saya tukar exsos baru settle masaalah overheat.. sejuk jer engin sejuk jugak hti bil naik..heheh

  4. Salam sedare.. Tumpang tanya. Kalau saya yg pompuan ni tinggi 157cm je. Tapi teringin jgk nak bawak ktm ni.. Sesuai yg mana ya?? Haha.. Duke 250 ok tak? Soalan cm budak2..sorry ye.. Tapi mmg serius.

    1. Ktm duke rasanya. Kalau rc memang menjingkit sikit. Pastu riding position dia memang jauh tunduk kedepan sikit. Apa2pun boleh try pe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *