Permasalahan Modenas Elegan Yang Saya Hadapi

Posted by

Keputusan untuk memiliki Modenas Elegan 250 ni satu percaturan yang besar sebenarnya. Beberapa faktor telah saya pertimbangkan untuk let go KTM RC dan ambil Skuter rebatch dari Model Kymco Xtown. Adakah ada permasalahan Modenas Elegan yang saya hadapi?

Dengan tiada sebarang pandu uji, hanya research di Youtube (kurang yang buat review) dan berdasarkan prestasi Elegan versi pertama dan kedua saya terus buat keputusan muktamad.

Memang agak gila.

Tapi percaturan yang saya buat berbaloi dan saya sangat berpuas hati.

Jadi secara ringkasnya, Modenas Elegan 250 saya menghadapi beberapa masalah teknikal di awal penggunaan.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

  1. Overheat
  2. Gearbox oil seal leaking
  3. Top speed cuma 120 km/j (bukan masalah teknikal)
  4. Berat (bukan masalah teknikal)

Semua permasalahan teknikal tu dapat diatasi dengan pantas dan professional oleh pusat servis Modenas. Dan saya tekankan di sini, permasalahan teknikal yang saya hadapi dengan Modenas Elegan saya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Ianya tidak semestinya sama dengan unit Elegan yang lain.

Rindu KTM RC? Saya lagi rindukan Yamaha LC saya.

Hidup kena terus berkembang. Untuk waktu sekarang, Saya prefer Skuter berbanding motorsikal lain.

Oh, ada sebenarnya motorsikal lain yang saya berkenan sekarang, Honda CB500x hehehe!

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

15 comments

  1. Salam saya baru je nak trade in cb500x dan baru nak try pakai me250 ni.. tak tahu mcm mana nanti.. huhu.. cb5x tu dah 4tahun lebih sy pakai mil pon dah 100k ulang alik kerja.. tak pernah buat hal dari mula keluar kedai sampai sekarang.. sebab maintenance sy letakkan no1 tak bleh kompromi.. harap2 me250 ni tak mengecewakan sy lah nanti.. tukar sebab wife pregnant kesian naik cb5x..

    1. Alaaa bestnya cb5x.. saya target nak dapatkan cb5x la pasni… Mengidam sangat.

      Elegan so far ok. Maintenance la bila nak tukar belting. Selain tu semua ok. Dan isu paling besar, tak laju pun.. max boleh dapat 120-130 je.

      Cb5x tu maintenance mahal ke?

      1. cbx tak mahal sgat maintenance normal service dalam rm200 bergantung pada jenis minyak (sy pakai LM 10-40 / 15-50) 5k interval service.

        rantai/plug/brake/tayar yg tu semua standard la.. tapi minyak memang jimat (ron95 : 2.2ltr = 60km / 1ltr = 27km)
        cuma tak laju je.. lagipun mtr adventure mane der bawak laju2.. biasa bawak 130-150 je.. top pun tak leh gi jauh sgt dalm 170-180 tu pun gagah.

        Setakat ni bro pakai me250 ni kualiti ok ke? sbb sy nak kena ride 120km return daily siap pillion.. takut jugak kalau mileage nanti lebih 50k takde ragam ke? moto sy esok baru sampai..

  2. Bro, tanya sikit, berapa kos tukar belting dan dia punya lifespan – berapa km kena tukar.
    anyway , video n article menarik becuse of your honesty and genuine.
    kipidap

  3. Salam…kat mn tempat ug bagus utk service…Kedai tpt beli di Serdang tu budak Indon tak reti sgt..Motor baru 4 bulan dah rosak meter tp Cina kedai ckp suh repair kat Servis Centre…PJ…jauh nk gi..Saya tgal di Sg Merab..

    Kat mn kedai yg boleh pasang accessories mcm lampu2 tambahan, alarm system dll.

    1. Yang terbaik kt servis centre dia kat subang tu. Sg merab jauh ke? Saya dari seremban pi servis dah 3 kali utk claim waranty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *