Sewa Motor di Kota Kinabalu Sabah, 3 Jenis Motor

Pernah terfikir tak kalau bercuti kat Sabah boleh jalan-jalan naik motor. Saya baru terfikir bila nampak ada orang komen kat artikel sewa kereta Sabah. Ye betul, korang boleh sewa motor di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan Sabah.

Ok ke kalau sewa motor je kat Kota Kinabalu Sabah

Lepas je baca komen kat artikel kereta sewa Sabah tu, terus saya contact kenalan saya yang buat servis kereta Sewa. Betul ke dia ada sediakan perkhidmatan sewa motor kat Kota Kinabalu Sabah?

Dia cakap ye. Ada. Bukan kat Kota Kinabalu je, rupanya kenalan di Tawau dan Sandakan jugak buat servis sewa motor jugak. Ini dah kira bagus.

And I was like, ye tak ye jugak kan?

Why not?

Biasanya orang terfikir nak sewa kereta je bila datang ke Sabah.

Sewa Motor di Kota Kinabalu Sabah

Saya terlupa, mesti ada orang yang nak sewa motor untuk tujuan jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu naik motorsikal. Betul ni, pernah terfikir untuk sewa motor di Kota Kinabalu Sabah?

Atau lebih ekstrem naik motor ke Kundasang.

Boleh ke?

Sepanjang saya duduk Sabah dulu, saya belum pernah naik motor keluar dari kawasan Kota Kinabalu. Paling jauh pun saya pergi airport Kota Kinabalu (KKIA1) je dan sampai ke Lok Kawi, atas sikit dari Putatan.

Sewa Motorsikal di KK Sabah

Saya ada ramai kenalan di sekitar Kota Kinabalu Sabah yang menyediakan perkhidmatan sewa motorsikal. Dari Motor kapcai, skuter dan lain-lain.

Boleh hubungi saya 0125414348 untuk urusan sewa motor di Kota Kinabalu Sabah.

Dalam banyak-banyak motor, saya suka skuter Nmax. (Kapcai pun best jugak, tapi untuk town ride kat sekitar KK ni, saya pilih Yamaha Nmax).

Yang bestnya motor skuter Yamaha Nmax ni, pulas je. Ruang penyimpanan pun ada.

Selain tu, ada jugak motor LC dan lain-lain motor. Boleh hubungi saya kat nombor atas tu. Manalah tahu korang nak sewa wisuki (Y15) kan?

Gadis ni sempoi je sewa motor LC 135 kat KK. Sorang je pulak tu. Salute.

Sesuai untuk yang datang bercuti ke Sabah berdua, atau sorang-sorang (layan perasaan ke tu?).

Kalau korang datang ke Sabah ni just untuk jalan-jalan tanpa beli barang macam ikan kering ke, manik ke, baju ke, apa-apalah, memang disarankan sewa je motor ni.

Senang hadap jem kat Bandar Kota Kinabalu tu. Seriusly guys, KK memang sangat jem. Lagi-lagi hari bekerja. Dannn kan kawasan Pasar Pilipin tu, jangan ceritalah. Jem dari pagi sampai ke malam.

Tips: Kalau nak beli ikan kering, amplang kat pasar Pilipin tu, beli pukul 12 keatas. Tempat pasar yang jual semua ni bukak 24 jam.

Jenis Motor Untuk Disewa

BILJENIS MOTORHARGA
1Yamaha NMAXRM68 sehari
2Yamaha LC 135RM68 sehari
3Honda EX5RM48 sehari

Buat masa ni ada 3 jenis motor untuk disewakan. Boleh pilih nak skuter Nmax, atau Kapcai LC135 dan Honda EX5.

Harga tu bagi saya dah cukup murah dan jimatlah. Dah la murah, jimat pulak penggunaan minyak petrol kan?

Boleh hubungi nombor 0125414348.

Praktikaliti Sewa Motor atau Kereta

Buat masa ni, apa yang saya boleh katakan, sewa motor lebih berbaloi dan praktikal sekiranya;

korang datang ke Sabah sorang/berdua

Cuma nak pusing-pusing sekitar Kota Kinabalu (kapasiti tangki petrol Yamaha Nmax tak berapa besar)

Tak nak beli barang, hanya untuk tujuan cuci mata di Kota Kinabalu

Nak lebih jimat (masa dan duit)

dan lain-lain

Alang-alang korang dah baca artikel ni, kalau datang ke Kota Kinabalu, nak cari homestay, boleh cuba stay kat homestay Imago (Area Kota Kinabalu). Senang nak shopping hihi.

Komen dan share artikel ni ye.

Tengok review saya pasal motor Skuter Yamaha Nmax ni.

Thanks.