Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Tayar kereta Viva bunyi berdengung.
Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing.
Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan.
Tayar Kereta Viva Bunyi Berdengung
Aku tau kalau bunyi berdengung camni memang masalah bearing sebab masa aku pakai Alfa Romeo 146 dulu pun ada masalah yang sama.
Tapi time tu bunyi dia lebih kasar dan kesat.
Dan aku lupa berapa kos untuk replace bearing tayar belakang Alfa Romeo 146 tu sebab aku banyak keluar duit untuk maintenance Alfa Romeo tu dulu. Bro insaf.
Jangkaan aku harga untuk tukar bearing baru tayar kereta Viva ni tak mahal. Maklumlah kereta tempatan kan?
Macam biasa aku akan tanya kawan aku yang pakar dalam bidang alat ganti kereta ni lah.
Tapi malangnya dia cakap tak pasti sebab dia dah cuci tangan dalam arena perbengkelan kereta ni.
Sekarang dia fokus dalam bidang repair handphone. Lebih ringan katanya.
Jadi terpaksalah aku redah je terus ke bengkel.
Dan orang bengkel cakap kalau bearing tayar belakang murah sikit berbanding bearing tayar depan. Kalau bearing tayar depan RM200 harganya.
Ditambah dengan GST RM12 so total RM212 untuk tayar depan. Sebelah je tau, apek bengkel ni suruh tukar dua-dua sekali kiri kanan. Memang tak lah.
Kat shopee, harga bearing tayar depan viva tu cuma RM50 je.
Update : Aku hantar repair bearing tayar (sebelah kanan pulak) kat member aku. Total harga semua rm160 je. siap dengan upah dia pasang.
Boleh hubungi dia 0193598637 (Daus) – Cakap dapat nombor dari blog Adzril.com, tau la dia nanti. Peta aku provide kat hujung artikel.
So lepas je tukar bearing tayar depan sebelah kiri kereta Viva ni, barulah bila memandu tu rasa macam ringan sikit.
Korang bayangkanlah dengan keadaan bearing bunyi berdengung tu la aku lenjan Viva tu ke Kuantan aritu.
Gila betul la. Nasib baik semuanya berjalan lancar.
Selain dari problem bearing tayar depan, kereta Viva ni menunggu masa untuk ditukarkan absorber belakang sebelah kiri.
Kalau tak silap aku harganya dalam lingkungan RM90 untuk sebelah sahaja.
Tapi apek bengkel ni caj RM120, siap pasang la. Memang camtulah agaknya harga untuk absorber belakang Viva.
Nampak dari bentuk dan speksifikasi, absorber belakang Viva ni macam sama dengan absorber belakang Perodua Kelisa.
Nanti aku survey kat tempat lain pulak. Nak tengok berapa harganya.
Kerap langgar lubang atau jalan tak rataPunca Bearing Tayar Kereta Rosak
Banyak sebab sebenarnya yang menjadikan bearing tayar tu rosak dan berbunyi. Cukup masa memang kena tukar.
Kalau bukan tayar, mungkin bearing. Dan kalau bukan bearing mungkin piston disc pump tu jammed.
Taukey kedai boleh tahu sama ada bearing rosak atau tak tanpa bukak tanya kereta pun.
Jangan pulak terus ke bengkel cakap nak tukar bearing. Cek dulu. Memang ada 2 3 sebab tayar kereta berbunyi dengung.
Baca jugak artikel tukar absorber mounting viva.
Tapi kat sini aku senaraikan antara penyebab yang boleh jadi faktor bearing tayar kereta berbunyi dan perlu ditukar, antaranya:
- Alignment tayar yang dah tak betul.
- Balancing tayar yang menyebabkan tayar berpusing tak sekata.
- Wear and tear, dah memang sampai waktu dia nak kena tukar bearing.
Kalau penjagaan dan pemanduan yang betul insyaAllah boleh tahan lama bearing tayar tu sebelum dia mintak kena tukar.
Kalau tukar pun bukan hari-hari nak kena tukar bearing ye tak?
Peta Lokasi Bengkel Tim Worksyop (Daus dan Olie)
Kereta masuk bengkel kena keluarkan duit. Kasihannya..
biasalah tu bagi mereka yang berkenderaan. mesti akan ada kos maintenance.
Pencerahan yg agak bermanfaat..rasanya kreta aku memang bearing la ni kot..sbb baru je lepas tukar tayar depan 2 biji baru.lepas beberapa minggu pakai tayar depan bunyi bedengung smacam.kalau dibiarkan hari2 dgr mcm ni boleh bengkak kot telinga ni..
Betul tu. Leh bengkak telinga. Dada pun jadi sesak.
Yg kawan buat murah tuh bleh tau katna?
Updated. Ada kat hujung artikel.
Bearing kereta viva dan axia sama tak?
Tak pasti
Tumpang tanya, kalau sebelum kereta berjalan masa baru je start enjin pun ada bunyi berdengung, adakah disebabkan bearing tayar juga?
Bila bunyi masa tayar start berpusing, bearing la tu
sy pon ade masalah roda depan kiri viva berdengung.lagi ade habuk hitam kluar melekat ke rim.lagi mase belok kiri ade bunyi bergesel sedikit..mmg ade tanda cmtu ke law bearing rosak?
betul.
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Pulau Pinang, Iph dan Kuantan yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.
Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
lama tak masa untuk tukar bearing tu
dalam 1 jam.
Kalau bunyi dengung tu dekat belah kiri je, nak kena tukar bearing dua dua belah juga ke?
Yes. Apa2 pun mintak bengkel diagnose dulu.
Aku buat sendiri je…beli bearing depan kiri kanan dlm Rm.80 jenama NTN japan.pastu aku upah kedai pam keluar masuk bering tu Rm.80.baru la sedap jln.upah bengkel memang kena sembelih leher.klu pandai sikit² baik buat sendiri ataupun tengok u tube senang je..
br lps buat kiri kanan, 300 kene… masak…
Sy kena RM370 + upah. Depan kiri kanan. Keras juga harga area Meru Klang. Simptom nmg tyr bunyi berdengung, mula² igt masalah tayar