The Apprentice Asia – Episod 3

Untuk Apprentice Asia Episod 3 aku tak tengok full pun. Sebab ada konvensyen sukan kat Putrajaya. Tapi walau apa pun, sempat gak aku ‘terserempak’ dengan siaran ulangan The Apprentice Asia untuk episod 3, tapi setengah jam dah berlalu. Jadi aku kurang pasti macam mana Andrea boleh dimasukkan ke Team Mavericks. Yes of coz sebab team Mavericks dah kurang 2 orang berbanding dengan Team Apex.

Objektif utama episod 3 aku PUN kurang pasti. Yang aku nampak diaorg masing-masing (Team Apex dan Team Mavericks) bersaing dalam membuat Sales di Giant, KL Sogo, dan peruncit lain yang aku tak ingat sangat namanya. 
Team Apex Yakin Sales mereka tinggi berbanding Team Mavericks tapi in the end, Team Mavericks yang diketuai oleh Andrea berjaya membuat jualan lebih tinggi berbanding jualan Team Apex. Walaubagaimanapun beberapa isu timbul dalam team Mavericks ni iaitu apabila Sam menyalahkan Nash sebab tak mahir dalam Bandar sendiri sedangkan Nash berasal dari Malaysia. Sekali lagi keadaan menjadi tegang apabila Tony mempersoalkan tentang keupayaan Sam dan Nash yang hanya berjaya menjual 10 unit basikal (kot, xingat) sahaja.
Penyingkiran kali ni dah tentulah daripada Team Apex sebab kalah dalam pertandingan minggu ni. Ketegangan antara Nik dan Ningku yang dikatakan pasangan paling perfect dan ideal saling menyalahkan antara satu sama lain. Tetapi rata-rata menuding kesalahan terhadap Ningku apabila Tony bertanyakan salah siapa termasuk ketua operasi Team Apex untuk Episod 3 ni iaitu Celina.
Di saat Celina memberikan nama yang tersingkir iaitu Nik dan Ningku setelah diminta oleh Tony, Tiba-tiba Dussadee (Dee) dari Thailand ‘menawarkan’ pada Tony untuk meletakkan Jawatan. Dee mengaku tidak selesa dengan suasana kerja yang dialami dan dihadapi sepanjang rancangan The Apprentice Asia ni. Maka dengan itu tiada penyingkiran antara Celina, Nik dan Ningku. Dee telah menyelamatkan mereka dengan meletakkan jawatan sebagai Apprentice Tony Fernandes.
“Perniagaan perlu Kejam pada satu tahap dan Perniagaan adalah tentang kemenangan”
Tony kecewa dengan perletakan jawatan Dee dan mengatakan Perniagaan perlu Kejam pada satu tahap dan Perniagaan adalah tentang kemenangan. Lebih kurang camtulah ayat Tony kalau tak silap aku. Tapi memang agak menjengkelkan sebab dalam rancangan The Apprentice Asia ni masing-masing akan tikam depan rakan seperjuangan demi survival ke episod seterusnya. Sebab tu aku respect pada Hendy (Peserta Indonesia yang tersingkir di Episod Pertama) sebab dia sedaya upaya menyalahkan diri sendiri dari menyalahkan ahli kumpulannya pada ketika itu. Salute Hendy!