Kelebihan Leagoo Lead 2 dan Lead 2s

Minggu lepas aku dapat smartphone idaman aku, Lenovo P70. Sebenarnya aku tak nak pun handphone ni sebab aku dah mula selesa dengan Leagoo Lead 2s aku ni tapi disebabkan wife aku nak belanja aku handphone Lenovo P70 ni, maka aku pun bersetuju untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.

Thanks sayang.

Dengan ini aku akan menceritakan pengalaman guna henset leagoo.

Leagoo Lead2s price malaysia
Leagoo Lead 2s

Walaupun aku akui kehebatan dan kelebihan Lenovo P70 pada artikel aku sebelum ni, namun setelah aku menggunakan Lenovo P70 ni aku terasa ada beberapa kekurangan pada handphone ini berbanding Leagoo Lead 2s.

Bukanlah kekurangan yang besar dan bukanlah bermaksud kelebihan yang aku war-warkan artikel aku sebelum ni berkenaan P70 tu tak betul, tapi setelah menggunakan Leagoo Lead 2s dalam 1 bulan, aku merasakan Leagoo Lead2s adalah smartphone yang berbaloi untuk dimiliki.

Kelebihan Leagoo Lead 2 dan Lead 2s

 

Wake Up Gesture

Fungsi ini Wake Up Gesture ni sebenarnya popular bagi jenama OPPO, VIVO dan yang serangkai dengannya. Dengan ada fungsi ini korang tak perlu cari butang power on/off untuk unlock skrin handphone. Korang hanya perlu tap/touch 2 kali pada skrin dan boleh unlock sistem.

Selain tu, korang boleh swipe / lukis huruf C, M, S, dan beberapa huruf lagi pada skrin phone dan terus akses aplikasi atau menu yang telah di set. Menarik kan? Ciri ni memudahkan aku untuk akses phone lebih cepat dan dapat jaga butang on/off dari cepat haus.

Air Gesture

Dengan fungsi Air Gesture ni korang boleh impress member-member korang. Tanpa menyentuh skrin, korang boleh next kan preview gambar dan pilihan menu pada launcher. Dah teruja?

Ciri-ciri Leagoo Lead2s
Air Gesture pada Leagoo Lead2s

 

Desktop Music Player

Ada music player yang khas di paparan Home pada Leagoo Lead 2s ni, sekali touch dia terus play. Sangat senang untuk akses lagu. Music Player ni guna effect animasi macam pemain piring hitam tu. Kualiti speaker pun not bad. Nice.

Leagoo Lead2s Spec
Music Player Leagoo Lead2s

Kamera Yang Cantik

Setting secara defaultnya, hasil dari kamera Leagoo Lead 2s ni memang pucat. Tetapi bila korang adjust bahagian Image Properties kamera Leagoo Lead2s yang menggunakan sensor Kamera Sony 13MegaPixel ini betul-betul menghasilkan gambar yang cantik.

contoh gambar kamera leagoo Lead2s
Contoh gambar hasil dari Kamera Leagoo Lead2s

Harga Yang Murah

Boleh dikategorikan dalam handphone yang murah bagi spesifikasi yang menakjubkan. Kalau sebelum ni aku dapat yang skrin tertanggal la, logo tercabut la, tapi bila aku komplen kat Office Leagoo diaorang terus ganti set baru tanpa banyak soal. Harga RM499.

Design Yang Cantik

Ada beberapa orang yang memuji rekabentuk Leagoo Lead 2s ni. Nipis. Diaorang sangka handphone mahal. Tapi bila aku sebut Leagoo je masing-masing blur. Mungkin jenama Leagoo ni belum setanding OPPO, tapi bagi aku jenama Leagoo ni lebih popular dari Tronton hahahaha!

Leagoo Lead2s screen
Rekabentuk Menawan

 

Paparan Skrin Yang Cerah

Paparan skrin pada model Leagoo Lead2s ni lebih cerah berbanding model sebelumnya iaitu Leagoo Lead2. Dengan resolusi 1280 x 720 dan 267PPI yang pasti memang sangat cantik paparan skrin Leagoo Lead2s ni.

Leagoo Lead 2s resolution
Leagoo Lead2s Screen

Keupayaan 3G bagi kedua-dua Slot Sim Kad

Kedua-dua slot simcard untuk Leagoo Lead2s ini berupaya untuk 3G.

Tidak seperti kebanyakan handphone / smartphone yang mempunyai dual sim card slot, biasanya hanya 1 slot sahaja yang boleh digunakan untuk data 3G.

Tetapi Leagoo Lead2 dan Lead2s boleh menggunakan data 3G bagi kedua-dua slot simcard. Jadi korang tak perlu nak ubah kedudukan simcard kalau nak jadikan simcard lagi satu sebagai penala data.
Lazada Malaysia

Rumusan

Berbalik pada ciri kelebihan yang aku ceritakan bagi Lenovo P70 dan Leagoo Lead2s ni, masing-masing memang ada kelebihannya.

Lenovo P70 lebih pada bateri 4000mAh, tapi Leagoo Lead 2s cuma 2200mAh sahaja.

Lenovo adalah jenama yang terkenal berbanding Leagoo, jadi untuk mendapatkan aksesori seperti silicon cover dan tempered glass amatlah mudah.

Pihak Leagoo masih belum menitiberatkan tentang aksesori untuk semua model variannya.

Kalau Leagoo Lead2s ni ada silicon cover dengan tempered glass skrin protector, kompom aku halang wife aku untuk beli Lenovo P70 untuk aku.

Baca juga : Lenovo P780 vs Leagoo Lead2