Homestay Murah Pilihan Terbaik Di Sekitar Kota Kinabalu

Orang kata duduk hotel best kalau bercuti ke Kota Kinabalu Sabah. Ye memang best kalau datang berdua atau bertiga. Tapi kalau datang sekeluarga dengan jumlah ahli keluarga yang besar camna? Best ke duduk hotel? Apa kata cuba cari Homestay Murah Sekitar Kota Kinabalu.Dah nama pun bercuti kan? Mestilah nak menikmati aktiviti-aktiviti kat sekitar Sabah ni.

Homestay Murah Kota Kinabalu

Homestay Ustazah Jamilah di Putatam

Homestay Murah Sekitar Kota Kinabalu

Kebanyakkan mereka akan check out dari hotel untuk memulakan aktiviti percutian mereka sama ada nak ke Pulau (Manukan, Sapi, Mamutik) atau terus ke Kundasang.Kebiasaannya pelancong yang datang ke Sabah ni cuma ambil masa satu malam je bermalam kat hotel selepas landing kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA1/KKIA2).

Homestay Ustazah Jamilah Putatan

Bilik yang kemas dan bersih


Adalah tidak berbaloi kalau stay kat Hotel untuk jangkamasa yang agak pendek dengan harga hotel yang agak mahal. Lebih-lebih lagi kalau datang bersama family beramai-ramai.

Jadi untuk mendapatkan nilai yang berbaloi boleh la pengunjung mendapatkan alternatif lain untuk stay semalam dua di Kota Kinabalu ini.

Homestay adalah pilihan terbaik.

 

Homestay Murah Pilihan Terbaik Di Sekitar Kota Kinabalu

Semua masalah selesai apabila korang stay kat Homestay. Ianya lebih murah, lebih luas, ada dapur untuk memasak dan lebih terasa seperti berada di rumah.Homestay yang beralamat di Taman Pasir Putih Putatan, Kota Kinabalu ini adalah milik Ustazah Jamilah. Ianya mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, set sofa dan peralatan memasak.

Jangan tak tau homestay Ustazah Jamilah yang mempunyai penghawa dingin disewakan dengan kadar yang sangat murah iaitu RM230 untuk 1 malam.

Kalau nak diskaun (RM230) kena sebut nama aku la. Betul ni tak tipu.

Ruang tamu homestay

Ruang tamu yang besar dan luas. Ada penghawa dingin pulak tu.

Selain dari menyediakan homestay yang selesa ini, Ustazah Jamilah jugak ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa.Macam biasalah untuk booking homestay atau nak sewa kereta sekali boleh la hubungi Ustazah Jamilah di talian 0178177785.

Homestay murah di Kota Kinabalu

Dapur yang lengkap

Dah jumpa ke tempat untuk ditujui kat sekitar Sabah ni? Jom baca Panduan Cuti ke Sabah.

Summary
Article Name
Homestay Murah Sekitar Kota Kinabalu
Description
Cari tempat penginapan berbaloi semasa bercuti di Kota Kinabalu Sabah. Inilah salah satu pilihan untuk bermalam dengan harga yang berpatutan.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

3 Comments

Leave a Reply