Langkah Pertama Daftar Syarikat PLT Online

Akhirnya jelas dan nyata cara nak daftar syarikat PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad) dengan cara dan penerangan yang lengkap. Selama ni tertanya-tanya jugak camna lah cara daftar syarikat PLT ni.

Cara nak daftar syarikat PLT ni tak sama macam nak daftar syarikat Enterprise atau Sendirian Berhad (Sdn Bhd).

Jadi aku cuba la call SSM untuk keterangan lanjut step by step langkah demi langkah camna cara nak daftar syarikat PLT.

Alhamdulillah, inilah yang diterangkan kepada aku satu persatu oleh pegawai SSM tu.

Semua soalan tahap newbie gile punya dan soalan paling basic aku tanya kat pegawai SSM tu.

proses daftar syarikat PLT
Daftar syarikat PLT online

Kalau daftar syarikat Enterprise ni lebih mudah nak daftar sebab aku ada pengalaman daftar enterprise untuk bisnes printing dulu.

Hanya perlu pergi ke kaunter SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan daftarkan syarikat enterprise tu macam biasa di kaunter.

Kalau daftar Sendirian Berhad pulak, aku belum ada pengalaman. Dengar ceritanya ada rumit dan kos tinggi. Jadi pilihan aku adalah PLT.

Langkah Pertama Daftar Syarikat PLT Online

Tentukan Pegawai Pematuhan

Apa yang perlu dilakukan untuk mendaftar syarikat PLT? Pertama sekali korang perlu tentukan siapa yang akan menjadi Pegawai Pematuhan (Compliance Officer) untuk syarikat yang korang akan daftar ni.

Pilih antara rakan kongsi korang jugak. Sesiapa pun boleh dipilih dari kalangan bakal rakan kongsi korang tu untuk jadi Pegawai Pematuhan.

Sebelum ni terfikir, siapalah pegawai kat SSM tu yang nak aku lantik untuk jadi Pegawai Pematuhan untuk syarikat PLT yang aku nak setup ni? hehehe! Rupanya sangkaan aku salah selama ni.

Daftar Akaun MyLLP

Bila dah tentukan siapa Pegawai Pematuhan, katalah Ali dipilih sebagai Pegawai Pematuhan, maka Ali perlu mewakili rakan kongsi/bakal rakan kongsi yang lain untuk mendaftar satu akaun di MyLLP secara online.

Daftar akaun kat MyLLP tu macam biasa je. Daftar akaun verified tau. Jangan pulak pilih general akaun atau lain-lain akaun.

Ingat! Daftar verified account sahaja.

Masukkan maklumat peribadi macam biasa.

Selesai je daftar (tidak wajib upload dokumen) tunggu email dari MyLLP.

Dapatkan ID di SSM

MyLLP akan menghantar email buat kali yang pertama untuk pengesahan email.

Klik link yang diberikan dalam email untuk pengesahan. Selepas klik link tu, tunggu untuk email yang kedua.

Email kedua ni, pihak MyLLP akan mintak Ali untuk pergi ke SSM berhampiran dengan membawa kad pengenalan dan salinan email itu tadi untuk mendapatkan id.

Untuk kawasan Lembah Klang, katanya cuma boleh ambil di SSM Alam Sentral atau SSM KL Sentral. Sejurus dapat id, akaun MyLLP Ali sudah boleh diaktifkan.

Daftar PLT guna akaun MyLLP

Selepas akaun verified Ali aktif, Ali sudah boleh menggunakan akaun verified (akaun di MyLLP) itu untuk mendaftarkan syarikat PLT.

Ali hanya boleh mendaftarkan syarikat PLT yang namanya juga terlibat dalam syarikat tu.

Sebagai contoh, Ali tak boleh daftar syarikat ABC PLT bagi pihak Abu, Daud dan Kasim sebagai rakan kongsi.

Ali hanya boleh daftar syarikat yang namanya sendiri adalah termasuk dalam rakan kongsi syarikat tersebut. Err paham tak?

Bayaran untuk Daftar Syarikat PLT

Setiap pendaftaran syarikat PLT perlu membuat bayaran sebanyak RM500.

Sekiranya Ali nak booking dulu nama syarikat tanpa mendaftarkannya Ali perlu bayar RM30 untuk booking atau reserved nama syarikat tu.

Bayaran RM30 hanya valid untuk 30 hari reservation sahaja, nak tambah hari kena lah booking another 30 hari.

Adalah lebih elok terus daftar nama tanpa perlu booking. Lebih jimat.

Sijil Pendaftaran PLT

Selesai je urusan daftar syarikat, langkah seterusnya mestilah dapatkan sijil untuk syarikat yang kita daftar tadi tu kan?

Cara nak dapat sijil ni pun guna online jugak.

Untuk muat turun ni kalau tak silap kena bayar RM60 untuk dapatkan softcopy sijil syarikat PLT kita tu.

Lepas download, print lah. Sekian.

Itulah dia serba sedikit langkah-langkah daftar syarikat PLT ni.

Tutup Syarikat PLT

Ini adalah perenggan yang telah dikemaskini (updated) selepas beberapa tahun. Saya telah menutup salah satu syarikat PLT yang saya daftarkan atas sebab yang saya terangkan dalam artikel terbaru saya.