Keluar Duit Tabung Haji Secara Online guna M2U Baru

Mungkin ramai tak perasan sebenarnya korang boleh withdraw duit simpanan Tabung Haji secara online terus masuk ke akaun Maybank. Macam yang aku dah terangkan sebelum ini, sebelum kita boleh mengakses fungsi ini perlulah kita daftarkan dulu akaun Tabung Haji di dalam sistem Maybank2u.

Jika korang sudah mendaftar akaun tabung haji dalam sistem Maybank2u, segala transaksi dua hala boleh dilakukan.

Samada memindahkan duit dari Maybank2u ke Akaun Tabung Haji secara online atau sebaliknya iaitu transfer duit dari Tabung Haji ke Maybank2u.

Baca juga : Cara cek baki tabung haji secara online 

Cara nak keluarkan duit dari Tabung Haji secara online sangat mudah.

Iaitu dengan cara transfer duit dalam tabung haji ke akaun Maybank2u dan kemudian keluarkan di ATM Machine. Caj RM1.00 dikenakan bagi setiap transaksi online ini.

Cara Keluar Duit Tabung Haji Secara Online Guna Maybank2u Baru

withdraw tabung haji online
1. Lepas masuk akaun M2U, terus klik pada PAY & TRANSFER
2. Seterusnya klik pada tab TABUNG HAJI di sebelah atas kanan
3. Pada ruangan Transfer From, tukar kepada Tabung Haji Account. Pada ruangan Transfer to tukar kepada Own Accounts. Dan tick pada Savings Account.
4. Masukkan jumlah yang nak dikeluarkan dan Reference.

5. Selepas request dan masukkan TAC, duit akan terus masuk ke dalam akaun Maybank anda serta merta.

Bagi aku cara ni betul-betul menjimatkan masa dan duit korang.

Tak perlu nak keluar beratur panjang dan proses ni boleh dibuat pada hari cuti yang mana biasanya hari cuti ni mana nak dapat Tabung Haji yang bukak kan?

Baca juga : Cara semak dan bayar saman polis di ATM Maybank