Hari ni viral kat group whatsapp aku pasal kena gigit anjing. Tiba-tiba kawan-kawan kat group Whatsapp tanya camna nak buat kalau kena gigit anjing? So masing-masing pun bagi la jawapan, ada yang kelakar dan ada yang serius melayan. Inilah dia anjing yang dimaksudkan, sedang menggigit jari.
Jari digigit anjing. |
Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Digigit Anjing?
Bagi yang betul-betul kena gigit anjing tu, ada beberapa pendapat yang boleh digunapakai. Kalau tak luka boleh terus samak dan cuci sehingga bersih. Tapi kalau luka boleh ikut langkah-langkah berikut:
- Basuh tempat yang terluka gigitan anjing itu dengan air suam dan gosok dengan sabun selama lebih kurang 15 minit.
- Sekiranya luka terbuka, tekan sedikit untuk mengeluarkan darah dari kesan luka dan terus bersihkan kawasan luka.
- Gunakan ubat tahan sakit untuk mengelakkan radang dan rasa sakit.
- Namun sekiranya luka adalah parah, hendaklah terus bawa ke klinik atau hospital untuk tindakan selanjutnya.
- Bila semua dah selamat, barulah samak.
topup ferr