Saya dah update tempat untuk dikunjungi dan menarik untuk korang yang nak bercuti ke Sabah. Ini adalah pengalaman terkini saya dan keluarga baru-baru ni semasa jalan-jalan bercuti di Sabah tempoh hari dan saya kongsikan untuk dijadikan panduan percutian ke Sabah secara ringkas dan padat.
Pastikan korang bersedia dan nampak sedikit gambaran sebelum pergi bercuti kat Sabah.
At least kena tahu persediaan untuk tempat yang nak dilawati dan yang paling penting, persediaan penginapan, kereta sewa (transport) dan tempat makan.
Panduan Bercuti di Sabah
Saya nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah.
Kalau nak senang, tak nak pening-pening kepala bercuti ke Sabah, boleh baca artikel saya bertajuk pakej percutian ke Sabah.
Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu, jom saya tunjukkan sedikit tips.
Layan dulu video ni untuk mereka yang suka tengok visual. Sambil-sambil ambil mood bercuti.
Tempat Menarik bercuti di Sabah
Perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum jejak kaki kt Kota Kinabalu Sabah adalah kereta sewa.
Cari kereta sewa yang harga berpatutan dan boleh bagi diskaun. Barulah puas hati kan?
Dan pastikan korang pandu sendiri kereta sewa tu sendiri dari aiport lagi. Banyak je company kereta sewa yang bersedia untuk sewakan kereta bagi pengunjung yang datang ke Sabah.
Kereta sewa akan hantar kereta sejurus korang touch down dan jejak kaki kat airport KK. Nak mintak mereka hantar kereta ke hotel tempat korang menginap pun boleh. Biasanya (memang saya biasa jalan-jalan kat Sabah) nak senang memang saya akan ambil kereta kat airport je. Pastu terus waze/google maps ke hotel.
Hari pertama sampai kat Airport KKIA (Kota Kinabalu International Airport), korang boleh terus pandu sendiri kereta sewa terus check in hotel kat area Bandar Kota Kinabalu (KK). Ada jugak homestay sekitar Putatan yang memang dekat sangat dengan airport. Homestay yang saya kongsikan kat link tu ada 2 bilik yang ada aircond dalam kesemua bilik.
Banyak hotel kat Bandar KK ni dari yang harga RM68 sehingga RM200 untuk range sederhana, Contohnya macam hotel Tang Dynasty (hotel ni agak ‘berusia’), Yaho Hotel, Hotel Oceana, dan lain-lain. Walaupun hotel banyak, tapi kena buat plan awal-awal nak duduk hotel mana. Biar tak kalut.
Macam saya, saya pentingkan hotel yang sediakan sarapan. Senang tak payah nak fikir nak sarapan kat mana pagi tu. Sebab biasanya saya pentingkan nak tuju ke destinasi cepat je. Kecuali kalau nak ke Kundasang dari Kota Kinabalu seawal jam 5 pagi lah.
Pilihan Hotel atau Hostel Yang Sesuai
Korang boleh pilih hotel yang bersih dan selesa. Saya rekemen Hotel Oceana kat area Sadong. Harganya murah, dan keadaan bilik yang bersih. Tersedia jugak sarapan pagi. Tapi sarapan biasa-biasa je. Kalau tak nak pakej sarapan, boleh jugak makan kat luar. Ada kedai kat tengah-tengah kawasan Sadong tu yang sedap, lupa pulak nama kedai makan tu.
Berbalik kat Hotel Oceana ni, ianya sesuai untuk korang yang bawak family dan budak kecik.
Nak dapat harga murah jangan walk in ye, kena cari kat booking.com atau agoda. Memang jauh beza harganya. Boleh dapat RM119 untuk 1 malam berbanding kalau walk-in RM165. Book sekarang, sebelum tiba kat Kota Kinabalu tu.
Kalau bujang, elok ambik hostel je. Lebih jimat. Kat area Sadong Jaya ni ada Skypod Hostel. 1 malam kalau dapat offer kat online boleh dapat RM27 je, termasuk sarapan pagi tau. Awesome!
Banyak lagi hotel range harga yang tak berapa murah, antaranya;
- Sky Hotel
- Hotel Grandis kat Suria shopping Mall
- Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu
- Le Meridien
- Promenade
- Marriot Hotel Kota Kinabalu
- Hilton Kota Kinabalu
Kalau ada bajet, boleh je.
Hotel yang range harga camni saya tak pernah masuk lagi, dan saya rasa kompom la mesti ada include sarapan pagi tul tak? Apa-apa pun pasal hotel ni takyah risau la sebab kat sekitar Bandar KK ni hotel memang berlambak. Pilih je yang mana berkenan.
Ada jugak hotel murah dalam RM60 satu malam dekat area kampung Air Kota Kinabalu tu, ataupun Promenade Apartment.
Banyak pilihan hotel sebenarnya kat kawasan-kawasan tumpuan tertentu kat Kota Kinabalu ni. Contohnya kat kawasan;
- Pasar Pilipin,
- Kampung Air,
- Bandaran,
- Imago Shopping Centre,
- Suria Sabah,
- Star City,
- Dan lain-lain.
Homestay
Selain hotel, boleh jugak ambik homestay. Ada 3 homestay yang saya pernah duduk di sekitar Kota Kinabalu;
- Homestay AFS Putatan
- Homestay Imago
- Homestay Time Square (Sebelah Imago)
Jalan-jalan Sekitar Kota Kinabalu
Fuh penat cerita pasal hotel je, ok sambung balik itinerary percutian Kota Kinabalu ni. hehe.
Rehat secukupnya pada hari korang sampai tu, bila dah cukup rehat (jangan lama-lama sangat rehat tu) korang boleh jalan-jalan sekitar Bandar KK ni untuk meninjau-ninjau budaya orang Sabah yang peramah dan cantik-cantik.
Saya cadangkan untuk hari pertama hanya untuk berjalan-jalan je sekitar Bandar KK (atau sekitar hotel kat mana korang duduk) sebelum menempuh hari esok.
Kat sekitar KK ni korang leh pergi Suria Sabah, Imago (Shopping Mall) ataupun ke Sinsuran cari manik murah. Jangan beli kat Pasar Pilipin, mahal. Diaorang pun ambik stok kat Sinsuran ni lah. Ini je lah tempat nak dapat manik dengan harga murah. Takde tempat lain.
Biasanya malam ramai pelancong akan ke Pasar Pilipin untuk makan seafood. Ataupun orang makan kat Todak. Sebelah je dengan pasar besar KK. Biasa yang popular kat sini gerai Haji Manja, tapi bila dah terlalu orang sebut, jadi overated pulak. Gerai lain pun tak kurang sedap dan harga pun berpatutan jugak. Cubalah.
Jelajah Pulau (Island Hoping)
Dah cukup rehat? Hari kedua korang bangun awal sikit (dalam pukul 0700hrs) dan boleh terus ke Jesselton Point kat Bandar KK ni (betul2 sebelah Suria Sabah) untuk pengalaman ke Pulau.
Sampai je kat Jesselton Point terus beli tiket untuk ke Pulau pilihan korang, sama ada Pulau Manukan, Sapi atau Mamutik. Atau ketiga-tiga pulau sekaligus. Ketiga-tiga pulau ni best, airnya jernih tapi Manukan menjadi pilihan saya la sebab ruang berlari-larinya yang luas.
Bajet harga seorang untuk pergi ke pulau adalah RM35-RM50.
Harga ni termasuk bot ulang alik dari jeti ke pulau, tiket masuk pulau, dan sewa peralatan snorkeling.
Jangan lupa untuk sewa peralatan snorkel masa kat Jesselton Point tu bagi yang nak bersnorkeling la (additional).
Tips: Peralatan snorkel boleh disewa kat Pulau. Senang sikit sebab tak payah susah-susah nak bawak snorkel dari Jetty ke Pulau dan Pulau ke Jetty balik. Leceh. Sewa je terus kat Pulau tu. Harga sama je.
Masa beli tiket, orang kaunter tu akan tanya pukul berapa korang nak balik, sebab bot nak datang pick up korang lepas korang selesai berkelah kat pulau tu.
Kalau diaorang tak tanya, korang kena lah bagitau.
Dah Penat balik dari Pulau, korang berehatlah kat Hotel/Hostel/homestay untuk recharge balik tenaga untuk perjalanan keesokan hari.
Baca juga : Aktiviti memancing dan snorkeling di Pulau Mantanani Sabah lebih best!
Kundasang
Hari ketiga saya cadangkan korang check out dari Hotel dan terus menuju ke Kundasang.
Perjalanan ke Kundasang ambik masa lebih kurang 2-3 jam naik kereta.
Jadi saya sarankan, check out la awal. Dalam pukul 5 pagi camtu. Terus drive ke Kundasang. Masa on the way nak ke Kundasang tu, singgah la kejap kat Nabalu Market. Tempat ni kira macam tempat wajib untuk berhenti lah sebelum sampai ke Kundasang.
Lebih kurang 10 ke 20 minit lagi baru sampai Kundasang kalau dari Nabalu Market ni. Relaks-relaks dulu kat sini. Sambil tengok pemandangan cantik. Boleh nampak gunung Kinabalu dari sini tau.
Ada satu spot rahsia untuk tengok Gunung Kinabalu dengan jelas. Layan video yang saya letak kat perenggan atas tadi untuk tahu. heheh. Kat sekitar Nabalu Market nih je tempatnya.
Kampung Luanti Tagal Sungai Moroli (Fish Spa)
Tempat pertama yang korang perlu singgah bila sampai ke sini adalah (cadangan saya) terus ke Kampung Luanti.
Kat situ korang akan ‘bermain’ ikan sambil ikan tu berenang-renang sambil ‘mengurut’ kaki korang.
Ada sebabnya kena pergi ke sini dulu. Sebab ini kira tempat paling hujung dalam kembara di Kundasang ni.
Ladang Teh Sabah
Habis je dari Kg Luanti ni, singgah kejap kat Ladang Teh Sabah, sebelah je pun.
Biasanya orang ke sini untuk makan tengahari sebab kalau nak ke Pekan Ranau agak jauh dan tak berbaloi nak ulang alik.
Tapi kalau boleh, singgah makan kat Pekan Ranau la. Banyak kedai yang harga murah.
Kat Sabah Tea ni harga makanan tak berapa nak murah 🙁
Poring Hot Spring
Lepas tu terus menuju ke Poring Hot Spring. Kat sini ada Canopy Walk dan Hot Spring.
Untuk apa ke sini?
Untuk mandi kolam air panas, atau rendam kaki. Lepas tu boleh hiking kat Canopy Walk.
Owh ya, air terjun pun ada, cantik tau. Air terjun Kipungit namanya.
Kalau korang masih larat lah, teruskan ke air terjun Kipungit yang jaraknya lebih kurang tak sampai 1 kilometer. Kena jalan kaki dari Canopy Walk tu.
Alang-alang bercuti di Sabah ni, biar berpeluh ketiak. Bukan selalu kan?
Desa Dairy Farm
Habis je aktiviti korang kat sini korang boleh terus menuju ke Desa Dairy Farm, kat sini korang akan tengok pemandangan yang cantik menghijau, ada lembu-lembu susu dan korang boleh gak beli susu segar kat sini.
Selain tu ada aiskrim (Gelato) perisa Yogurt dan coklat, boleh jugak mintak untuk campur vanilla dan coklat. Sekarang dah tak boleh nak campur coklat dengan yogurt. So decide lah nak coklat atau yogurt.
Saya rekemen Gelato Perisa Yogurt!
Harga tiket untuk masuk ke Dairy Farm ni RM5 untuk warganegara.
Kinabalu Park
Ingat, tiket masuk Dairy Farm ni boleh digunakan untuk masuk ke Taman Negara (Kinabalu Park) sekali tau.
Tapi untuk hari yang sama la. Kena pandai bajet masa sebab Kinabalu Park ni kena pusing balik menuju ke arah Kota Kinabalu, tapi masih kat area Kundasang la.
Kalau masih ada masa, boleh bergegas ke Kinabalu Park ni sebab sunset dia cantik sangat MasyaAllah.
Tengok sunset di dalam jam 6 – 7 petang.
Tengok sunset je dah jam 7 petang.
Ingat, kat Sabah ni semuanya awal sejam.
Pukul 7 macam dah pukul 8 malam tau.
Jadi saya stay je kat area Kundasang ni sebab kalau nak balik pun dah malam, dan banyak kabus so saya cadangkan korang stay kat Hotel atau Chalet sekitar Kundasang.
Chalet Murah di Kundasang, Kinabalu View Guest House Kundasang.
Apa lagi yang kita nak selain menikmati pemandangan indah kat Kundasang ni?
Bilik penginapan yang murah!
Jadi saya rekemen sangat Kinabalu View Guest House ni untuk korang.
Ini sebabnya;
- Harga murah
- Parking yang privasi dan selesa
- Bilik yang simple, kemas dan bersih,
- Ada water heater,
- Ada dapur untuk kegunaan ramai,
- Peti sejuk
Harga untuk 1 malam bawah RM100 geng. Tak dapat la nak cari harga camni dengan keadaan bilik yang selesa kat Kundasang ni.
Tempat ni tak ramai tahu.
Tempat ni agak ‘tersorok’ dan tricky sikit untuk dijumpai sebab takde signage kat lorong masuk tu. Korang boleh waze je “Kinabalu View Guest House”
Saya ada provide video cara nak ke masuk simpang ke Kinabalu View Guesthouse kat Channel Youtube saya. Adzril Bloggertalk. Subscribe ye.
Tips: Untuk penginapan kat Area Kundasang, dinasihatkan untuk book awal sebelum datang ke Sabah. Sebab nanti kalau dah sibuk kat sini tak sempat nak cari tempat penginapan.
Kereta Sewa di Kota Kinabalu
Ini yang paling penting dan paaaling awal kena ambil tindakan sebelum korang bercuti di Sabah ni.
Sewa kereta.
Bagi yang nak cari sewa kereta sekitar Kota Kinabalu ni, ada banyak pilihan kereta sewa saya boleh rekemen.
Ada Perodua Axia, Myvi, Alza, Alphard pun ada kalau nak. Servis diaorang ni memang terbaik yang boleh saya rekemen.
Kereta akan dihantar sampai ke airport, takpun hantar ke hotel tempat korang menginap masa awal-awal turun kat Kota Kinabalu.
Elok terus mintak hantar kereta tu kat Airport, kena bagitau la pukul berapa flight korang sampai kat Airport Kota Kinabalu (KKIA) tu.
Bayaran untuk sewa memang murah. Lagi kalau korang pandai tawar harga hehe.
Ada diskaun lagi untuk sewa kereta untuk 3 hari dan keatas.
Ok siapa yang nak sewa kereta, teruskan baca kat artikel saya yang bertajuk Sewa Kereta di Kota Kinabalu Sabah. Elok terus tempah kereta awal sebelum jejak kaki ke Sabah kan? Bagitau dapat dari blog Adzril.com.
Terima kasih sebab baca sejauh ni untuk artikel Panduan bercuti di Sabah, saya suka kalau korang tinggalkan komen dan bagi rating untuk artikel ini kat bawah. Thanks.
perkongsian yang menarik..
terima kasih encik mus.
Kinabalu park ke dreemland jauh ke
Balik ke semenanjung, flight dari kundasang atau kk?
Kundasang takder flight. Airport pun xde. Kena balik kk dan terbang dari airport kk ke kl.
Nak tanya
1. nak pergi family member dlm edkat 20 org. homestay sesuai di KK dan kundasang
2. harga sewa van
Thanks
salam tuan, boleh whatsapp saya seperti nombor diatas. 🙂
bly servey mile 36 lodge… situ ad yg utk fmily room… ad 4 bilik dlm tu… ssuai dlm 20 org
KK……..tunggu
Canopy walk dgn desa dairy dkt ke ?
A ah.. dekat je.
Perkongsian yang sangat menarik…
Saga BLM maish lagi rm120 sehari ke?
Wah…. best..
Salam, ada kereta yang murah2 tak untuk 5 April – 8 April 2017…? Kereta kecil je pun ok sebab hanya berdua..
Boleh baca di https://adzril.com/cara-senang-cari-kereta-sewa-di-kota/
Assalamualaikum w.b.t.. nak tanya, kalau saya bertoloak dari KK ke kundasang dalam pukul 4.00 @ 4.30 petang ok ke? adakah jalan utk ke sana berisiko @ bahaya?
Owh boleh je. Takde masalah. Cuma nanti sampai kundasang dah gelap la. Takde aktiviti leh buat sebab dah mlm. Tp pilihan yang tepat utk menikmati suasana kundasang di awal pagi esoknya.
Terima Kasih atas maklum balas tuan.
[…] Uncategorized 3 Comments Orang kata duduk hotel best kalau bercuti ke Kota Kinabalu Sabah. Ye memang best kalau datang berdua atau […]
Salam..tuan bole bgi no.fon.nk tanya pasal keta sewa saga ..tq
sudah di emailkan. terima kasih.
nice writing,kami akn ke sabah next week..bleh tggalkn no fon
nice writing. sy dan rakan2 akan ke sabah minggu depan. Dijangka tiba di KKIA pada pukul 10 malam. then akan direct terus ke Kundasang. Adakah jalan utk kesana berisiko@berbahaya kalau memandu waktu malam?
seeloknya waktu siang.
assalammualikum wbr..
sy perlukan pemandu yg bole membawa sy serta isteri jalan2 di kota kinabalu.
sy akan berada di sana pada tanggal 20/08/17.
bole sy tahu berapa bayarannya?
terimakasih
Boleh hubungi 0143717078 untuk pemandu peribadi.
Assalamualaikum..nk tnye..untuk hotel di kundasang blh ke saya trs j cari masa kt sana ataupun kena buat tempahan awal sebelum datang sana?
Kalau peak time mmg kena booking awal dari sini. Tp kalau waktu biasa ok je terus walk in.
Selain hotel byk chalet kat sana.
Salam tuan saya laily dari jakarta.
Saya butuh info untuk trekking gunung kinabalu, paln dalam bilan des 2017, cuaca bole naik ke tuan?
Teerima kasih
Hai Laily.. saya kurang pasti waktu sesuai untuk naik ke Gunung Kinabalu. Nanti sekiranya saya sudah mendapatkan jawaban saya akan update. Terima kasih.
Assalam. Nak tanya…kalau pergi sendiri dgn family tanpa tourist guide ok tak? Byk x kos berbanding ikut pakej? Family cuma 3 dewasa n 2 kanak2.
Pergi sendiri je. Kat sana nanti boleh tnya Sabahan klu nak pegi mana2 tempat menarik. Mereka peramah.
Petang tuan,
Sy mungkin bercadang ke KK dlm ms terdekat ni,boleh tuan berikan no telefon supaya mudah utk sy berurusan mengenai kereta sewa atau tunjuk jalan.
Hubungi siti 0138933348 untuk kereta sewa di kk.
Assalam…
En adzril..blh sy dptkn no hp…
0192061966
sy tolong jawab ya..memang berbahaya klu jalan sebelah malam…sebab kabus tebal…
Thanks. Ya. Mmg x digalakkan jalan malam
Macam mne kalau nak cari tour guide yg murah n berbaloi ehh..
Whatsapp saya, nanti saya bg contact tour guide berbaloi punya harga. 0192061966.
hotel Shangri-La Bandaran 1 NIGHT berapa?
Saya lupa pulak. 😅
klik link artikel tu kat situ ada nombor telefon jessica. Tanya harga kat dia.
Cerita dah bagus dah tapi tak lengkap. Mesti laki dah bayar semua sbb tu takde tulis tambang berapa… takat cerita jer baik google jer. Sila buat jurnal yg lengkap sblm tulis blog. Jgn malas!
Laki dah bayar? Kelakar la efendy ni. Aku laki la.
Pastu cakap takat citer baik google? Itu yang ko buat pun google utk tahu cerita kan?
Amboi marah betul brother ni. Hehehe. Cer google cer google… Ada tu blog lain cerita pasal tambang.
Kerja MAS kan? Rajin benor cari panduan bercuti ke Sabah.
Apapun thanks la tegur pasal tambang tu. Nanti aku buat artikel pasal tambang plak ye. Err berapa harga tiket dari Shah Alam ke Sabah naik MAS ye?
tak boleh delete je ke komen ni? kacau mood orang nak bercuti betul… kalau takda duit tu duduk rumah je la dik
Brp.RM.anggaran utk.seorang dewasa termasuk hotel dan pengakutan……kami 8.org
Anggaran utk apa tu ye? Kos tiket kapal terbang ke?
Salam nak tanya , kalau saya punya flight landing pukul 11.30 malam , sempat ke saya nak ke kundasang terus malam tu jugak tuan ?
Tak sempat. Sewa je kereta dan stay kt kk sampai kul 4-5pagi baru gerak ke kundasang.
Kalau nk ambik hotel mcm x berbaloi plak kan? Xpun ambik hotel, dan stay sampai jam 2 dan checkout terus ke kundasang.
assalsm Tuan,nak tanya.hotel mana di kk yg berdekatan dngan pasar philipino ataupun tmpat best yg lain??pndek cerita tmpat yg x bnyak memerlukan public transport.boleh jln kaki je.
assalsm Tuan,nak tanya.hotel mana di kk yg berdekatan dngan pasar philipino ataupun tmpat best yg lain??pndek cerita tmpat yg x bnyak memerlukan public transport.boleh jln kaki je.
Klaagan, promenade, hyatt kk, hotel yg kat suria Sabah (tak ingat namanya, dan banyak lagi.
Assakamualaikum encik…nk tnye klu nk masuk kt tmpt2 yg encik cdg kn 2 kne byrn yg mhl ke? Cth tmpt dairy farm
Wow good question. Masuk dairy farm Rm5 untuk satu kepala.
Salam .. Boleh sy tahu mana lagi berbaloi ambil pakej atau sewa kereta sendiri jalan2 sendiri? Pakej yg paling murah boleh dapat berapa rm yer ? Kalau dengan tuan tour guide private berapa rm?
Elok sendiri lagi best. Itu pun kalau ada gambaran lah. Artikel2 dlm blog ni memang bagi sedikit gambaran.
Kalau malas nak pikir, guna tour guide je. Xdelah mahal mana.
berapa hari percutian ke sabah yg sesuai?
Kalau ikut yang saya bagi ni, 3 hari 2 malam. Padat.
Hi Adzril, boleh share tour guide yg murah coz nak ke sana hujung bulan 7 ni selasa 6hari.
Whatsapp saya 0192061966
Kundasang dan KK, mu tunggu aku datang! hehe. insyaAllah soon…
Salam nak tanya..kalau bwk baby 5bln dgn stroller twinny sesuai x pegi kundasang smua tu la..tq
Wahh twin.
Rasanya tak kot sebab sejuk time pagi dan malam.
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 3 Stars
Visitor Rating: 2 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 3 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 1 Stars
in shaa Allah bln 12 ni tgu kedatangan i ye sabah..
tq en adzril atas perkongsian nii
Welcome.
Visitor Rating: 4 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 3 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 4 Stars
Visitor Rating: 4 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Visitor Rating: 5 Stars
Wow ! thanks for writing such a great post. sungguh information post ni dan agak panjang tapi berbaloi baca sebab ada tips untuk panduan perjalanan.
Visitor Rating: 5 Stars
Salam
Nk tny.. Boleh x p kundasang in day trip? As kli ni xsmpt stay a night in kundasang
If solo traveller patut sewa kereta or tour guide?
Appreciate ur advice.. Tq
1. Boleh.
2. Kalau ada bajet lebih, boleh guna tour guide. Kalau nak tour guide perempuan boleh whatzapp 0192061966
Berapa hari ye yang sesuai utk jalan2 di sabah termasuk hari penerbangan pergi dan balik
5 hari sesuai.
Biasa kalau percutian kat sabah ni berapa hari yg baik?n flight mcm mne kite nk arrange?btw post yg menarik
Minimum 3 hari.
Ideal 5-6 hari.
Flight tu bergantung kat berapa hari kita akan stay kat Sabah. Digalakkan sampai KK petang. Dan balik ke KL balik Petang jugak.
Hi,
nk tanya bila bulan yg tak dinasihatkan disebabkan cuaca utk pergi cth ada hujan lebat or thunderstorm kat pulau manukan and kundasang
Hujung tahun biasanya musim hujan. Tak digalakkan.
Terima kasih tuan semoga Allah memberkati tuan atas perkongsian yang bagus ini
Sama sama 😍
saya nak tya berapa kos ye klu nak ke sabag kudasan (all in)
Susah nak jawab tu.
Tapi lebih kurang;
Kos minyak dalm rm50 (kalau sewa kereta).
Penginapan 1 mlm 120.
Mkn minum 50.
Salam. Nak mintak pendapat, kalau untuk connecting flight @ ada flight ke destinasi seterusnya dari irport KK, berapa lama masa yg diperlukan start dari landing, ambik luggage, imigresen sampai ke departure gate seterusnya?
Max time untuk keselamatan, ambik la 1 jam atau lebih.
Thank you for the information shared.
I will be travelling to KK by end of Dec 2018
Selamat bercuti 😋
salam..nk tnye..saya n kawan2 klau jd akan ke sabah next year bln 4.. kami klau bleh nk cari sewa kenderaan brserta pemandu terus..tp kami xthu brapa range hrga klau skali pemandu utk 4hari 3mlm…. ke encik ada bt perkhdmatan trsebut?
Ada. Meh whatsapp saya O192O61966
Salam….
Nak tanya …kalau bercuti dekat krismas nie kat Sabah dan Kundasang…..apa yang best…kalau cuaca kat kundasang hujung bulan 12 mmg hujan yer
rasanya sekarang cuaca dah ok. lebih kurang je cuaca kat Sabah dengan semenanjung.
banyak tkasih ..jgn layan brother mas tu ….insyallah.. sy dn family ingin ke sana
hihi okay je.
salam..
bole bg iti utk 4d3n x? plan utk bln 4
tq 🙂
Nanti saya update kat latest post ye.
Salam.. nak tanya… kalau percutian 4hari 3 malam, bila sampai je kt airport kk, kami terus ke kundasang utk 2 malam, lepastu baru ke kk utk 1 malam okey tak? Lepastu macam mana nak dapatkan homestay dekat sana? TQ encik..
kundasang 2 malam? lama sangat tu, takut siangnya takde benda nak buat dah kat sana. cuba ambik 1 malam je la. the rest stay kk.
homestay yang best boleh baca sini :
http://www.dhiavivadea.com/2017/05/penginapan-selesa-besar-murah-kota-kinabalu.html
atau sini
https://adzril.com/homestay-selesa-putatan-kota-kinabalu/
Nice post dik… Kalo cuti 5 ke 6 hari nak g kundasang dulu then baru pergi ke KK ok ke dik
kalau 5-6 hari, nak pegi mana2 dulu pun ok.
Salam , kalau nak pergi kundasang tapi balik hari ok x ? Macam bertolak dari dari KK ke Kundasang dalam pukul 4-5 pagi , and balik ke KK semula pukul 4 petang ? sebab saya buat short trip , flight sampai KK pula lebih kurang pukul 6 lebih petang, kalau nak bertolak terus ke Kundasang ok ke ? or better sampai je KK , c.in hotel keesokkannya pula pergi ke Kundasang pagi and balik kk petang?
Seeloknya memang kena gerak dari kk jam 4-5 pagi.
Aslm. Nk tny. Dalam trip ni. Agk2 brp ribu hbis?
hotel lebih kurang rm120 sehari
makan dalam rm50 sehari (subjektif ni), kena makan seafood dah lain kira haha
flight sehala RM130
lebih kurang la.
salam..
macam mana nak contact..kalau nak join g sabar feb 2019 nanti
Dm ig saya : @adzrilmaizan
Salam.. Blh bg cdgn x.. Kami 1 fmly 6 dewasa akan ke sbh nx week.. Ke mn yg patut kami pergi dulu.. Dr KLIA 1hb Feb flight 5pm..blik 4hb flight 10pm..kami da booking hmsty di telipok..
stay je kk malam tu. Esok pagi terus ke Kundasang awal pagi seawal jam 5 pagi dah gerak. stay kat Kundasang 1 malam.
THANKS. TGH PLAN NAK BAWA FAMILY.. HOPEFULLY ADA LA TIKET AA YG MURAH BOLE GRAB IN 2019 NI..
Tkasih atas perkongsian yang bagus ini.. !
sama-sama… Thanks sudi bagi appreciation.
A good post adzril. Alhamdulillah ada jugak blog yg bagi penerangan yg jelas.
Barula saya tau Manukan dekat ngan KK rupanya.
Saya tengah study samada nak travel dia KK-kundasang atau nak terus ke tawau & semporna. Mungkin adzril bole bagi pandangan beza manukan & semporna?
Kalau setakat nak snorkeling and tengok air jernih, manukan je. Dekat dan mudah.
Kalau ke semporna ni jauh. Biasanya kalau nak scuba diving boleh la ke semporna. Perjalanan jauh dari kk 8-12jam naik kereta. 45 minit naik flight dr kk.
Tp kalau nak merasa jugak. Ok je.
Assalamualaikum Tuan, kalau ade info untuk ke sandakan Dan tawau bole share tak?
Lepas bulan 2 ni.
Panduan sangat berguna sebelum ke Sabah. Saya tercari cari juga panduan nak buat apa di sana, dgn blog tuan sdikit sbyak membantu,, tqvm
tq
Terima ksih atas info brguna ini
Sama2.
Terima kasih.. info ni amat berguna utk sy bergerak sendiri di kk.
masih valid ke semua ni bila bercuti tahun 2019..
Semestinya valid. Saya sentiasa update konten jadi terkini dan terbaru.
lokasi utk dapatkan seafood a.k.a lobster yg murah dan sedap dimana ya?sy nk buat 1 percutian bajet ber2 dgn suami..ok x itinenary sy ni?
plan flight dr kl – kk awal pagi dan trus ke kundasang..dlm perjalanan tu singgah rumah terbalik,fish spa,ladang teh & hot spring pastu check in kundasang..
Day 2 desa dairy farm,war memorial,kinabalu park lokan sudi mampir dan check in sekitar jesselton point.
Day 3 straight kaunter 10 utk pakej pulau ,bersihkn diri kt hotel dan ke tanjung aru utk sunset,berjalan filipin market & sinsuran..
Day 4 rest & check out fly kk-kl
lokasi utk dapatkan seafood a.k.a lobster yg murah dan sedap dimana ya?sy nk buat 1 percutian bajet ber2 dgn suami 15-18april 2019..ok x itinenary sy ni?
plan flight dr kl – kk awal pagi ambik kereta sewa dan trus ke kundasang..dlm perjalanan tu singgah rumah terbalik,fish spa,ladang teh & hot spring pastu check in kundasang..
Day 2 desa dairy farm,war memorial,kinabalu park lokan sudi mampir dan check in sekitar jesselton point.
Day 3 straight kaunter 10 utk pakej pulau ,bersihkn diri kt hotel dan ke tanjung aru utk sunset,berjalan filipin market & sinsuran..
Day 4 rest & check out return kereta..fly kk-kl
Ok sgt dah ni. Seafood lobster cuba cari kt gayang seafood.
saya akan ke KK pda 2/4 flight dri KLIA pkul 5;45 pg smpai dlm 8.20.. plan trus ke kundasang. plan untuk ke dairy farm, fish spa, ladang teh, kinabalu park.. esok 3/4 mgkin jln2 ke tmpat mne yg plan tp xsempat, then trus balik ke KK sbb meeting pkul 2petang. rsenye sye perlu brtolak pkul brape untuk smpai di KK awal skit dri jam 2 ptg? then 3/4 dan 4/4(smpai jam 2petang aje) full program di KK.. and masih tercari2 lagi nk jalan2 ke mne..hihihii then 5/4 flight 5;45 pgi KL-KK, agak2 pkul brape sye kne mulakan perjalan ke airport?
Perkongsian yg sgt berguna dan menarik.. Buat sy teruja nak ke kk
Yes Cik.. memang teruja punya la.. dah dtg sekali kt Kundasang tu, akan datang lg…
terbaik
nak tanya masa melawat pulau pd hari ke 2,dekat pulau tu ada gerai jualan utuk makan tgh x ?
slaunya ambk mas brapa lama untuk stay dekat pulau tu
Takde. Kedai runcit jual makanan ready to eat je yg ada.
terbaik, memudahkan plan percutian
Thanks. 👍
Bos, yg gmbar sunset tu mmg dari kinabalu park ke? sbb gmbar mcm dari laban rata
Yeap.. kinabalu park
Salam bos
Kalau kami bawak anak trip pi 5hari4malam
Flight dri klia 545am so smpai kami mmg trus ke kundasang so aktiviti ape yg ssuai untuk 1st day tu?
sarapan kat Puteri Nabalu,
terus ke dairy Farm
then ke Taman strawberry,
luanti Fish Spa,
Arnab Village
Boleh dapatkan wasap number adzril
0192061966
[…] Cuma percutian ke Sabah kalini tak singgah pulau memandangkan Aali masih kecik. Bonda dia takut nak naik bot bawak si kecik. Haha. […]
Assalamualaikum,
Nak tnya, jarak dari pintu masuk untuk melihat sunset di Kinabalu park jauh x klu berjalan kaki?
Terima kasih
jauh kak… jgn dibuat naye.. kne drive.
Artikel tuan amat membantu dan berguna 👍
Alhamdulillah.. Kongsi2 la artikel ni kt fb ke twitter ke, whatsapp ke. Thanks.
artikel yang sangat berguna. plan nak ke sbah bln 10 ..
post yg sangat membantu. plan nak ke sbah bln 10
terima kasih. selamat bercuti.
Terima kasih ya… saya sedang berada di sabah ni.. berjalan2 menggunakan panduan yang you berikan. Sangat2 berguna.. datang dengan keadaan x plan nak ke mana.. Perkongsian you sangat membantu.. Jasa you pada para pembaca hanya Allah yang dapat membalasnya.. Semoga you sekeluarga dirahmatiNya.. Amin..
Alhamdulillah.. terima kasih,
Tq atas perkongsian. Kundasang dlm list percutian bersama suami nie… nak g jln2 sendiri x mau ambil pakej coz x mau terkejar kejar masa ikut jadual. Nanti klu en Adzril g jln2 lg share ye 😊
baik. Saya ada share cerita pasal percutian ke Kundasang kat blog https://dhiavivadea.com
[…] lama tak berjalan-jalan ke salah satu tempat kunjungan wajib kalau datang bercuti kat Kota Kinabalu Sabah ni, termasuklah yang menetap dan bekerja kat […]
[…] anda dah baca perkongsian saya berkenaan pemilihan kereta sewa yang sesuai untuk kegunaan percutian di Sabah, sekarang saya nak kongsi pasal kereta yang paling banyak disewa di sekitar Kota Kinabalu, […]
[…] Tapi sebenarnya saya dah bagi tips tu kat artikel sebelum ni untuk tips jalan-jalan Sabah. […]
[…] Nak sewa kereta apa pun kena pastikan tak salah pilih. Jangan pilih sebab nak murah. Tapi pilih kereta yang praktikal untuk disewa semasa korang bercuti di Sabah. […]
[…] pernah terfikir pulak datang bercuti kat Sabah boleh jalan-jalan naik motor. Itu pun baru terfikir bila nampak ada orang komen kat artikel sewa […]
[…] Bercuti di Kundasang […]
Terbaik tuan, tips yg cukup lengkap dan sy sendiri sabahan turut rekomen dan bg tips yg sama mcm tuan tulis ni pd rakan2 yg dari semenanjung nk kemari..sebenarnya banyak lg tempat yg menarik tp bergantung pada bajet dan masa masing2..selalunya pelancong hanya bertumpu di kundasang tp kurang di daerah2 lain..sy juga freelance sbg driver dan tour guide sikit2 pada yg memerlukan, selalunya harga pakej sekali driver amatlah mahal kerana under company. rancanglah percutian anda dengan bijak. sy sarankan datang ke sabah semasa musim buah buahan. Terima kasih atas perkongsian dan tips dari anda. selamat bercuti dan selamat datang ke sabah
Alhamdulillah. Thanks tuan.
Kalau bergerak dlm 5.30pm dari airport ke Kundasang. Sesuai tak waktunya?
sesuai.
Terima kasih atas perkongsian pengalaman percutian di Sabah. Bolehlah kami buat panduan. Insya Allah pada 10 – 12 Februari 2020 kami akan pergi bercuti di sabah tapi mengikut pakej agen sebab pertama kali.
Terbaik..
Thanks untuk info tuan. Planning nak ke Sabah end of August 4d3n.
Alhamdulillah. Selamat bercuti ke Sabah.
Tersangat menarik… alhamdullilah..
Alhamdulillah. memang sangat best sabah ni.
Nk tya kalau menginap kt kinabalu view guest house tu breakfast dekat mana ya? Atau breakfast disediakan skali..
Sarapan sendiri kat restoran puteri nabalu atau kedai sayap ayam kt bawah tu.
Terima kasih atas perkongsian…
Insyaallah,,june 2020 ni nk jln2 di sabah..
Sama2 tuan. Selamat bercuti ke Sabah.
Bos.. klu 1st day berjalan di KK,
2nd day island hopping for ½day, then lps lunch boleh buat aktiviti ape? Boleh cdgkn?
3rd day sblom blk, pergi dlu ke kundasang berbaloi x dr KK flight depature pkol 7.30mlm
boleh pegi kundasang. tapi pastikan hari ketiga tu jam 12 tghari dah mula gerak ke KK.
Apa nama kedai shellout sebelah hotel kata kak Dhia tu? nampak sedap sangat la. halahhh comel Iskandar Ali, gigih sy tengok video sampai habis
Oh!Som cafe. Kat area Sadong.
Perkongsiaan yang bagus. Terima kasih atas pengalaman tuan. Sangat membantu terutama untuk yang pertama kali ke Sabah.
sama2.
[…] Bercuti di Kundasang […]
Salam bang. Klw nk snorkeling dkt pulau manukan tu ad guide dia ke atau sndiri2 je snorkeling tu? Dkt kaunter tu boleh add on parasailing tak selain snorkeling?
wslm. takde guide.. berenang je sesuka hati kat situ.. tapi ada la guard pantai yang pantau kat situ. parasailing tu ambik je kat pulau… kat kaunter pun memang ada servis add on… harga mungkin berbeza.
Kalau pergi disember 2921
Balik kena kuarantin ke
Mulai 1 disember 2021, tak perlu kuarantin dan tak perlu swap test.
Perkongsian yg menarik.. brp ya kire2 jumlah kos yg habis utk percutian macam ni??
Boleh hubungi nombor yang saya berikan dalam artikel untuk tanya2 dulu.
Berapa ya total habis bang? Nak gak tau bajet
Boleh hubungi nombor yang saya berikan dalamn artikel untuk tanya2 dulu.
Saya bercadang cuti kat kk 5 hari 4 mlm. Contoh saya stay kat kk dulu. Sewa Hotel tu nk sewa 3 mlm terus ke.sb pg esknye saya nk g kundasang stay 1 mlm kat sana.
selamat bercuti ke Sabah
Nice sharing. Pernah beberapa kali ke sabah. Really rindu suasana kundasang, hot poring dan semporna.Harap suatu hari dapat sampai ke sabah lagi
saya pun rindu jugak nak ke sana…
Jalan ke kundasang tu macamna keadaannya?berbukit atau landai?sempit ke luas atau berliku2?hajat nk drive tapi first visit risau jgk kalau tak dpt gambaran yg jelas.tq
Jalan ke kundasang tu macamna keadaannya?berbukit atau landai?sempit ke luas atau berliku2?hajat nk drive tapi first visit risau jgk kalau tak dpt gambaran yg jelas.tq
lebih kurang naik genting..
Untuk yang berkerusi roda, ada tak kemudahan yang disediakan, terutama laluan
terbaiklah mmg dlm whislist ni,jrg ada yg cerita bab terperinci camni,yg budget2 biasher2 ni,terima kasih tuan adzril
jika dah sampai airport dlm tgh hari, blh ke tros ke kundasang dan bermalam di sana?
boleh. sedang elok la tu.
salam
ada contact number kinabalu guest house tak. terima kasih
tq share
Terima kasih atas info
Alhamdulilah xpening kple sy..tq
alhamdulillah. selamat bercuti ke Sabah.
Terimakasih tulisannya kak, sangat membantu buat saye nak berlibur ke Kundasang
sama-sama.
Salam Tuan, nak tanya, kalau nak pergi bercuti dalam 10pax mcmtu, sesuai tak sewa van dengan keadaan jalan di sana untuk ke mana2 dgn manaiki van?
Cadang nak ke KK dan Kundasang 4h 3m.
ya.. sesuai.
Salam tuan, sy cadang nak ke KK 5h4mlm. Klu stay di Kundasang 2 mlm ok ke? Ke ckp 1 mlm je ?
kundasang 1 malam dah cukup.
1. tempat paling best nak makan seafood banyak2 kat mana, tuan?
2. digalakkan tak kalau nak menginap di pulau? pulau mana? bajet berapa?