Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah

Posted by

Kalau orang tanya aku apa yang menarik di Sabah? Banyak sebenarnya tempat menarik dan best kat Sabah ni.

Dan ramai maklum, pulau-pulau kat Sabah ni memang semuanya indah-indah.

Kalau nak aku senaraikan semua pulau-pulau yang ada kat Sabah, memang la aku tak berapa pakar.

Jom baca Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah.

Lokasi Lubuk Memancing Sabah

Tapi antara pulau yang biasa orang pegi adalah pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik sebab ianya mudah diakses dari Jesselton Point kat Bandar Kota Kinabalu.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Lokasi memancing di Sabah
Pandangan dari arah homestay Mainah’s Homestay

Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah

Kali ni aku bukan nak cerita pulau-pulau yang biasanya ramai pelancong buat Island Hoping tu.

Tapi aku nak kongsi tentang aktiviti yang korang boleh buat kat Sabah bila datang bercuti selain naik bukit dan naik gunung.

Aktiviti ni memang sangat sesuai untuk korang buat bila datang bercuti kat Sabah.

Yang duduk Sabah pun boleh jugak nak buat aktiviti ni.

Aktiviti yang aku maksudkan adalah memancing atau snorkeling di Pulau Mantanani.

Mungkin nama pulau Mantanani ni kurang glemer berbanding pulau-pulau peranginan lain kat Sabah, tapi kecantikan dia tak kurang hebatnya dan yang bestnya korang boleh memancing atau snorkeling kat Pulau yang cantik ni.

lokasi memancing lubuk di Sabah
Bot yang membawa ulang alik dari lokasi memancing dan snorkel ke penginapan di Pulau

Untuk aktiviti memancing di Pulau Mantanani ni, korang boleh ambik pakej yang sahabat aku sediakan khas untuk yang kaki pancing tu.

Pakej untuk aktiviti memancing kat Pulau Mantanani ni memang lengkap dari tempat tinggal sampailah makan dan minum.

Tapi pancing dengan umpan tak disediakan lah.

Ni aku sediakan itinerary untuk aktiviti memancing kat pulau.

Itinerary Aktiviti Memancing di Pulau Mantanani Sabah

8.00 – 8.40 pagi Bertolak dari Rampaian Laut ke Pulau Mantanani
8.40 – 11.30 pagi Aktiviti Memancing
11.30 pagi Bertolak ke Mainah’s Homestay
12.00 tenghari Makan tenghari dan berehat
2.00 – 9.00 malam Bertolak semua ke lubuk memancing semula
9.00 malam Bertolak semula ke homestay untuk makan malam dan berehat
7.30 pagi Sarapan pagi
8.30 pagi Bertolak dari Pulau Mantanani ke Rampaian Laut

Untuk pakej aktiviti memancing kat Pulau Mantanani ni, harganya RM250 seorang dan ianya limit kepada 6 orang dan tidak lebih dari 8 orang sahaja. Dengan harga ni semua tersedia termasuk homestay dan makan.

Dan untuk pengetahuan korang, aktiviti memancing kat Pulau ni bergantung kepada cuaca jugak. Kalau cuaca tak ok, rangers takkan bawak korang pegi memancing.

Perjalanan dari Rampayan Laut ke Pulau Mantanani ambil masa lebih kurang 30 minit.

Lubuk memancing di Sabah
Nak tengok tv ke nak pegi snorkel?
Tempat stay jika memancing atau snorkeling di Sabah
Mainah Homestay di Pulau Mantanani Sabah
Lokasi rahsia memancing di Sabah
Nak tidur ke nak memancing?

Seterusnya aku nak cerita pulak untuk aktiviti snorkel kat Pulau Mantanani ni. Kalau korang tak nak memancing, korang boleh jugak untuk snorkeling kat sini.

Itinerary Aktiviti Snorkel di Pulau Mantanani Sabah

8.00 – 8.40 pagi Bertolak dari Rampaian Laut ke Pulau Mantanani
8.40 – 9.40 pagi Sarapan pagi dan berehat
10.00 pagi Aktiviti Snorkeling  sampai
puas
12.00 tenghari Makan tenghari dan berehat
1.00 – 4.00 petang Aktiviti memancing
4.00 petang Kembali ke Mainah’s homestay dan berehat
5.30 petang Melihat matahari terbenam
7.30 malam Makan malam dan aktiviti sendiri, berehat
7.30 pagi Sarapan pagi
8.30 pagi Bertolak dari Pulau Mantanani ke Rampaian Laut

Harga untuk pakej snorkel ni RM300 untuk setiap orang.

Dan ini termasuk penginapan, makan dan bot ulang-alik dari homestay ke tempat snorkeling tu. Lengkap.

Sama jugak macam itinerary memancing, aktiviti snorkel jugak bergantung kepada keadaan cuaca.

Ranger memang mementing keselamatan semua peserta.

Kalau nak harga diskaun, boleh la hubungi nombor telefon Encik Zamri kat talian 0198639864 atau boleh Whatsapp ke nombor 01115021061.

Call atau Whatsapp, mana-mana pun okay. Dilayan bah kalo ko.

Semoga perkongsian kali ni bagi manfaat kepada mereka yang mencari kawasan yang menarik di Sabah beserta aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian kat sini.

Makan selepas penat aktiviti mamancing atau snorkeling
Makan tenghari disediakan. Makan sampai kenyang pastu sambung balik aktiviti snorkeling atau memancing di Pulau
snorkeling di Pulau Mantanani
Dah sedia semua?
Memancing di Pulau Mantanani
Dah ready nak memancing
Makan malam di Pulau Mantanani selepas memancing
Its dinner time!
Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah 1
Ikan yang dipancing
Lokasi Menarik Memancing atau Snorkeling kat Pulau Mantanani Sabah 2
Hasil tangkapan dalam satu bekas icebox
memancing di Pulau Mantanani Sabah
Dapat sekor!
Perkhidmatan Bot ke Pulau Mantanani
Bot ke Pulau Mantanani
memancing di Bot ke Puau Mantani
Utamakan keselamatan, pakai lifejacket.

Kalau nak bercuti ke Sabah menggunakan pakej percutian, boleh baca artikel yang lengkap saya tulis berkaitan dengan Pakej Bercuti Sabah sekarang. Boleh include sekali dengan harga tiket kapal terbang.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

8 comments

  1. Teringin nak buat aktiviti macam ni..Tapi sebab ada anak kecik terbatas la..tunggu la depa besaq 2 nanti boleh la snorkeling bagai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *