Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada ‘makhluk’ lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan.

Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu.

kena curi orang lain
Menghalang orang guna wifi kita

 

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

1. Dapatkan Default Gateway

Perkara pertama sekali yang perlu kita buat adalah mendapatkan default gateway untuk memasuki paparan router kita. (Saya menggunakan router D-link dari TM). Cara mendapatkan default gateway ni sama bagi semua router.
Cara mendapatkan router gateway ialah dengan:
i. tekan butang Windows + R di keyboard anda.
 
ii. Selepas menekan Windows + R, paparan Run akan muncul, taip cmd pada ruangan open  dan tekan enter.

iii. Paparan command promt (CMD) seperti dibawah akan keluar. Taip ipconfig /all dan tekan Enter.

iconfig /all

iv. Salin default gateway yang tertera di paparan Command anda itu. Lihat Contoh di bawah.

Default Gateway

2. Masuk ke Setting Router anda.
Dah dapat default gateway tadi?
i. Taip nombor default gateway tu tadi di address bar browser anda dan tekan enter.

Paste pada browser

ii. Paparan seperti di bawah akan keluar. Masukkan username dan password router anda. dan klik Login.

login

Default username dan password router adalah berbeza mengikut router masing-masing. Kebiasaannya adalah seperti berikut.

Username : admin

 

Password : admin

Kalau tak boleh jugak, cek pada Quick Installation Guide yang ada dalam kotak router, mesti ada. Boleh jugak google untuk default username dan password bagi setiap router ni. Di bawah ni, inilah paparan selepas anda login router anda.


3. Setting Wireless limitation / Menghadkan pengguna wireless.
i. Di tab Advanced,  klik pada Butang MAC Filtering.
ii. Tanda pada Enable Wireless MAC Filtering.
iii. Pilih Only ALLOW computers listed to access wireless network.
iv. Tekan butang ADD untuk menambah device yang dibenarkan untuk menggunakan wifi.
v. Masukkan MAC address dan tekan butang Apply.

Selepas anda tekan butang Apply tu, dijamin hanya device yang telah ditetapkan sahaja yang akan menikmati talian wireless internet ni.

Harap korang paham artikel berkenaan cara nak block pengguna wifi tanpa izin ni.

Oh ye, Untuk mendapatkan MAC address, anda boleh lihat pada tajuk Cara mendapatkan MAC address. Selamat mencuba semua