Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Posted by

Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada ‘makhluk’ lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan.

Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu.

kena curi orang lain
Menghalang orang guna wifi kita

 

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

1. Dapatkan Default Gateway

Perkara pertama sekali yang perlu kita buat adalah mendapatkan default gateway untuk memasuki paparan router kita. (Saya menggunakan router D-link dari TM). Cara mendapatkan default gateway ni sama bagi semua router.
Cara mendapatkan router gateway ialah dengan:
i. tekan butang Windows + R di keyboard anda.
 
ii. Selepas menekan Windows + R, paparan Run akan muncul, taip cmd pada ruangan open  dan tekan enter.

iii. Paparan command promt (CMD) seperti dibawah akan keluar. Taip ipconfig /all dan tekan Enter.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita. 1
iconfig /all

iv. Salin default gateway yang tertera di paparan Command anda itu. Lihat Contoh di bawah.

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita. 2
Default Gateway

2. Masuk ke Setting Router anda.
Dah dapat default gateway tadi?
i. Taip nombor default gateway tu tadi di address bar browser anda dan tekan enter.

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita. 3
Paste pada browser

ii. Paparan seperti di bawah akan keluar. Masukkan username dan password router anda. dan klik Login.

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita. 4
login

Default username dan password router adalah berbeza mengikut router masing-masing. Kebiasaannya adalah seperti berikut.

Username : admin

 

Password : admin

Kalau tak boleh jugak, cek pada Quick Installation Guide yang ada dalam kotak router, mesti ada. Boleh jugak google untuk default username dan password bagi setiap router ni. Di bawah ni, inilah paparan selepas anda login router anda.

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita. 5
3. Setting Wireless limitation / Menghadkan pengguna wireless.
i. Di tab Advanced,  klik pada Butang MAC Filtering.
ii. Tanda pada Enable Wireless MAC Filtering.
iii. Pilih Only ALLOW computers listed to access wireless network.
iv. Tekan butang ADD untuk menambah device yang dibenarkan untuk menggunakan wifi.
v. Masukkan MAC address dan tekan butang Apply.

Selepas anda tekan butang Apply tu, dijamin hanya device yang telah ditetapkan sahaja yang akan menikmati talian wireless internet ni.

Harap korang paham artikel berkenaan cara nak block pengguna wifi tanpa izin ni.

Oh ye, Untuk mendapatkan MAC address, anda boleh lihat pada tajuk Cara mendapatkan MAC address. Selamat mencuba semua

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

36 comments

  1. Maaf nk tnya.klu kita da set sekatan wifi utk no yg brkenanan shj..kita boleh tau detail lain x..cth brp data usage siap org yg connect? Detail device app yg org tgh guna?

  2. Maaf nk tnya.klu kita da set sekatan wifi utk no yg brkenanan shj..kita boleh tau detail lain x..cth brp data usage siap org yg connect? Detail device app yg org tgh guna?

  3. saya dah cuba utk set MAC filter tetapi malangnya Router TMunifi RG4332 yg saya tgh pakai ni default MAC filtering mode nya ialah black list bermaksud MAC add yg saya masukkan ke dalam list ialah MAC add yg saya blh kawal had penggunaannya, tetapi bukan MAC add yg saya nak masukkan as white list iaitu device yg saya nak yg blh guna Wifi. Bermakna kalau ada 10 org yg curi Wifi saya, says terpaksa masukkan kesepuluh-sepuluh MAC add pencuri line tu dlm MAC filter router saya ni. susahlah plak.

  4. Aku selalu carutkan tm dalam hati sebab line slowww. sekali aku khatamkan tajuk2 dalam blog hang ni, hamek kau! berderet rupanya orang berkongsi wifi secara haram dengan aku. Hahaha. So aku dah buat option yang MAC tu. Tapi ada satu laptop Asus still boleh connect. Kenapa ye?

    APa-apa pun thank you for sharing with us!!

  5. Cmne nak tukar id n pasword? Saya punya laptop xder port untuk cucuk wayer wifi… Wifi saya mmg ada org guna.. Laju jaa lampu berkelip2.. Sakitnya hati

  6. Sy punya.isu pulak rasa dah pernah tukar user name and password. Masalahnya username and password tu.dah saya dah lupa. Lama tak buka sebab rasa takde orang yg tahu. Alih2 bila check memang ada org guna wifi

  7. Assalam…bila kita buka modem kat pc username n password mmg automatik ada ke tuan… Kalau ya jika orang boleh hack wifi kita dan dia boleh buka modem kita tanpa perlu masukkan password..

  8. Saya dah cuba cara tuan. Tp bila saya click advance xde pula butang MAC Filtering. Sy punya tp-link wireless router archer c1200…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *