Simkad Untuk GPS Tracker

Simkad paling sesuai untuk diletakkan dalam GPS Tracker memang simkad Onexox. Tapi ada 2 kategori GPS Tracker mengikut fungsi data dan GSM (Global System for Mobile). Dan kedua-dua ini perlu dipastikan sebelum memilih simkad untuk GPS Tracker.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

GPS Tracker yang hanya menggunakan GSM (2G)

Sekiranya GPS Tracker yang digunakan hanya menggunakan fungsi GSM untuk menghantar lokasi GPS, simkad Onexox Prepaid adalah yang paling sesuai. GSM tidak memerlukan data internet. Cukup guna SMS dan Panggilan sahaja.

Sebab Onexox Prepaid ada tempoh sah 2 tahun 4 bulan yang mana GPS Tracker jenis perlukan GSM ni tak perlu ditopup secara kerap. Pemantauan kredit dan tempoh sah boleh dilakukan di Aplikasi Black yang diinstall pada smartphone lain sebelum GPS dipasang di kenderaan.

Tapi syarat untuk dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan adalah perlu membeli welcome deal ONexox Prepaid. Ini merupakan syarat wajib untuk pastikan tempoh sah simkad Onexox Prepaid bertahan sehingga 2 tahun 4 bulan tanpa topup. Dan ianya perlu dibeli dalam tempoh 10 hari selepas sim diaktifkan.

GPS Tracker yang perlukan data Internet

Bagi GPS Tracker yang perlukan data internet untuk mengesan kedudukan GPS itu sendiri, maka simkad yang terbaik adalah simkad Onexox Black B10. B10 merupakan plan Onexox Black yang paling murah yang mendapat data 1gb dan 20 minit setiap bulan.

Semua data dan minit panggilan yang tidak digunakan akan dibawa ke hadapan (carry forward). Ini merupakan penjimatan kerana pengguna tidak perlu risau data yang tidak digunakan akan burn.

Sama seperti Onexox Prepaid, saya juga sarankan untuk pengguna Onexox B10 ini menginstall aplikasi Black untuk memantau baki data dan minit panggilan selain boleh digunakan untuk membayar bil Black.

Selain itu, aplikasi black ini boleh digunakan untuk memindahkan data atau minit panggilan yang tidak digunakan dari simkad yang diletakkan dalam GPS tracker yang memerlukan sedikit data ini. Data dan minit panggilan ini boleh dipindahkan ke pengguna Onexox Prepaid atau Onexox Black yang lain.

Kalau dah banyak sangat boleh la jual kepada pengguna Onexox yang lain. Duitnya boleh buat bayar bulanan RM10.60 simkad ONexox Black b10 ini.

Simkad paling Ideal untuk GPS Tracker Malaysia.

Terbukti ONexox menawarkan plan simkad yang terbaik untuk GPS Tracker buat masa ini. Ianya merangkumi kedua-kedua fungsi bagi pengguna berlainan GPS Tracker.

Bagi anda yang ingin mencari simkad yang sesuai untuk GPS Tracker anda, boleh gunakan panduan ini untuk memilih plan simkad yang sesuai. Boleh Whatsapp saya di O1113346188 sekiranya masih terdapat persoalan dan ingin membeli simkad Onexox.