Servis Tempah No Plat Terkini Putrajaya dan MALAYSIA

Nak tempah nombor Plate Putrajaya ni tak boleh guna akaun MySikap. Biasanya orang akan guna akaun MySikap atau eBidding JPJ untuk tengok nombor plate terkini negeri-negeri yang ada kat Malaysia. Nombor plate Putrajaya F, FA, FB, FC, dan FD termasuk dalam kategori tidak boleh ditempah di aplikasi MySikap. Sebab tu saya buat servis tempah no plat terkini Putrajaya ni. Sebab saya memang kebanyakan masa berada di Putrajaya.

Anda boleh rujuk Senarai Nombor Plat Putrajaya terkini dalam artikel terbaru saya.

Kalau saya sibuk, kawan saya pun akan bantu uruskan tempahan plate Putrajaya. Dia lagi cekap dan berpengalaman.

Untuk pengetahuan, saya hanya bantu uruskan tempahan nombor Plate Putrajaya seperti F, FA, FB, FC, FD dan MALAYSIA sahaja. Untuk tempahan plate lain seperti XX, YY, UUU, VIP, TIM diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

Motor cafe racer dengan plate Putrajaya
Salah satu motor kawan saya dapat plate FC 3 digit.

Harga Nombor Plate Putrajaya

Harga termasuk upah untuk nombor plate Putrajaya tak sama macam plate lain. Harga berbeza mengikut abjad F, FA, FB, FC dan FD. Whatsapp saya untuk mengetahui harga terkini.

Namun sekiranya melibatkan nombor popular atau istimewa harga plate akan berubah bermula RM1200 dan boleh mencecah RM10,000 – RM35,000 bergantung kepada specialnya nombor berkenaan.

Tapi untuk nombor-nombor biasa yang belum dibida, atau disebut nombor popular semua harga bermula RM600.

Nombor Plate Putrajaya Terkini

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, nombor plate Putrajaya siri FC telah dilancarkan pada 2019. Dan Plate nombor siri FD sepatutnya dikeluarkan pada April 2020. Namun disebabkan dunia dilanda wabak, plate Putrajaya siri FD dilancarkan pada Mei 2021.

Jadi dapat kita ketahui,

  • Nombor plate siri F telah dilancarkan pada tahun 2016
  • Nombor plate siri FA telah dilancarkan pada tahun 2017
  • Nombor plate siri FB telah dilancarkan pada tahun 2018

Nombor Plate siri MALAYSIA

Mungkin ada juga yang mencari-cari plate siri MALAYSIA. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan plate siri MALAYSIA ini boleh berhubung terus ke Whatsapp saya O1O6OO9966 selain plate Putrajaya tadi.

Untuk siri MALAYSIA ini juga, nombor 2 dan 3 digit telah habis dijual dan didaftarkan. Anda masih boleh pilih mana-mana nombor lain asalkan ianya belum didaftarkan. Namun sekiranya nombor yang anda inginkan telah tiada, saya akan memilih mana-mana nombor lain untuk didaftarkan untuk anda.

Boleh rujuk blog saya berkaitan tempahan plate Putrajaya di artikel Prosedur tempah plate Putrajaya.