Bagi saya adalah lumrah setiap talian telco tu menghadapi gangguan talian. Sama ada gangguan disebabkan maintenance (telah dijadualkan) atau gangguan yang tidak diplan (Ultraman tengah bergaduh dengan raksasa). Inilah yang saya sebagai dealer Onexox rasa bila line Onexox alami gangguan talian.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Saya sebagai dealer berharap setiap pengguna Onexox bersabar ketika talian mengalami gangguan. Risau betul kalau pengguna marah-marah sebab tak dapat guna Data Internet, atau tak boleh buat panggilan, atau kedua-duanya sekali.
Ye lah, zaman sekarang ni selain lapar, terputus talian internet beberapa minit pun boleh jadi penyebab marah. Lagi-lagi kalau tengah buat kerja penting.
Saya sendiri pun jadi stress bila situasi macamni berlaku. Tapi apa yang saya boleh buat? Benda tak boleh nak kawal sebab diluar kawalan kita sebagai pengguna. Pihak teknikal pun cuba buat yang terbaik untuk memastikan talian sentiasa dalam keadaan terbaik. Bila jadi perkara macam ni, saya sedar betapa saya perlu membuat detox digital (kurangkan main gadget).
Kena belajar kurangkan bergantung kepada dunia maya untuk satu-satu masa. Inilah masanya. Inilah peluang untuk mindfulness. Keadaan dimana kita kawal minda kita, kawal fokus kita, hadir dalam diri.
Sebagai dealer pulak, saya cuba maklumkan perkara ini melalui Whatsapp kepada semua pelanggan Onexox yang pernah menghubungi saya melalui Whatsapp. Setidak-tidaknya mereka tahu apa yang sedang berlaku. Jadi mereka tak tertunggu-tunggu dan marah-marah tanpa tahu punca sebenar. Saya sangat berharap diri saya dan semua pengguna Onexox kekal rasional dalam situasi camni.
Adalah normal untuk sesetengah orang akan rasa give up dengan telco Onexox bila berlakunya gangguan talian. Sebagai dealer saya akan cuba selesaikan masalah ini dengan meneliti puncanya.
Sekiranya punca pengguna nak bertukar ke telco lain adalah sebab telco Onexox selalu mengalami masalah, saya masih boleh fahamkan pengguna berkaitan isu ini. Sebenarnya, kalau nak diikutkan, telco lain pun selalu mengalami gangguan talian. Malah mungkin lebih kerap.
Ada juga pengguna yang rasa talian Onexox memang bermasalah setelah sekian lama. Untuk kes macam ni, saya perlu siasat puncanya betul-betul. Biasanya saya akan minta pengguna untuk semak semula;
- APN apa yang digunakan?
- Adakah line full bar atau tiada bar?
- Adakah baki data masih ada? Adakah ada data aktif?
- Adakah talian telefon masih aktif?
- Dan beberapa soalan mengikut situasi.
Ada 1 kes ni, katanya line internet dah lama tak ok. Selepas beliau set APN kepada APN XOX, speed internetnya berubah dari 0Mbps ke 64Mbps. Itu satu contoh. Alhamdulillah, dapat diselesaikan masalah camtu.
Ada juga yang memang tekad untuk port out dari Onexox ke telco lain walaupun penyelesaian cuba diberikan. Yang tu saya sendiri tak boleh halang. Sebagai pengguna, mereka berhak pilih telco mana yang dianggap ok bagi diri masing-masing.
Sebagai dealer, saya memang tetap menggunakan talian Onexox kerana bagi saya ini adalah satu telco yang menawarkan plan terbaik mengikut segmen pengguna yang pelbagai. Saya perlu menjadi branding kepada produk yang saya tawarkan kepada pengguna. Tak semua sesuai guna Onexox (Black atau Prepaid), tapi kebanyakkannya berpuas hati menggunakan telco Onexox.