7 Syarat Tukar Line Telefon (Wajib Tahu)

Proses untuk tukar line telefon dari sesuatu telco ke telco yang lain adalah satu proses yang mudah tetapi ada beberapa syarat tukar line telefon yang anda perlu ambil tahu.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Memang tanggungjawab memastikan proses tukar line telefon ini berjaya adalah tugas dealer telco baru anda, tetapi sekiranya anda sebagai pengguna cakna tentang proses dan memenuhi syarat-syaratnya maka proses ini akan berjalan lancar.

Sebelum tu saya akan terangkan proses tukar line telefon secara ringkas;

  1. Dapatkan sim telco yang anda nak bertukar tu. Sekiranya anda nak tukar dari maxis ke Onexox, maka anda perlu dapatkan sim Onexox (boleh Whatsapp saya O1113346188).
  2. Dealer akan membuatkan pendaftaran permohonan pertukaran line telefon (MNP).
  3. Anda akan terima SMS dari telco asal untuk pengesahan.
  4. Anda perlu reply SMS pengesahan.
  5. Tunggu line telco lama tidak aktif.
  6. Masukkan sim baru (telco baru).

Begitulah secara ringkas proses tukar line telefon berlaku. Proses ni sama untuk semua telco. Baik sekarang saya akan kongsikan syarat tukar line telefon yang anda perlu tahu untuk memastikan proses tukar line telefon berjalan lancar.

7 Syarat Tukar Line Telefon

  1. Pastikan simkad asal masih aktif. Maksud aktif disini adalah boleh menerima panggilan dan sms, dan boleh menghantar sms dan membuat panggilan.
  2. Mempunyai kredit sekurang-kurangnya RM1 untuk tujuan membalas SMS pengesahan untuk keluar telco. Sekiranya postpaid, pastikan anda telah membayar bil terkini (current bill) dan lebihkan RM1 dari jumlah pembayaran bil berkenaan.
  3. Simkad tidak mempunyai tunggakan semasa proses tukar line telefon. Sekiranya prepaid, pastikan simkad tidak mempunyai hutang kredit.
  4. Anda perlu pastikan pendaftaran tukar line telefon ini menggunakan kad pengenalan yang betul. Sekiranya nombor simkad anda didaftarkan atas penama orang lain, pastikan orang itu ada semasa proses pertukaran dilakukan.
  5. Simkad atau nombor anda seharusnya tidak mempunyai kontrak. Sekiranya mempunyai kontrak, anda perlu batalkan dulu kontrak sebelum proses boleh tukar line telefon boleh dilakukan.
  6. Anda perlu pastikan simkad anda bukan subline atau mainline kepada sesuatu akaun. Sekiranya simkad anda subline atau mainline, anda perlu tukar line kedua-dua sim (nombor) sekaligus.
  7. Pastikan dealer mahir mengendalikan dan faham proses tukar line untuk memudahkan urusan anda semasa proses pertukaran line telefon nanti.

Jadi begitulah serba sedikit syarat-syarat yang perlu anda patuhi sebelum nak tukar line telefon. Selain dealer, anda juga sebagai pengguna perlu faham apa yang perlu dan fahamkan proses yang akan berlaku.

Tukar Line Telefon tu mudah, tak tak berapa senang

Terus terang saya cakap, proses untuk tukar talian telefon bukanlah satu perkara yang mudah. Pengalaman tukar line telefon sejak saya jadi dealer Onexox pada tahun 2013 cukup untuk saya katakan ianya bukan perkara yang mudah.

Kalau dulu memang semudah ABC, tapi sekarang ni ada je usaha-usaha dari telco asal menggagalkan proses Port Out (tukar line) dengan alasan-alasan (error code) yang tak munasabah. Walau apa pun ini hanya pengalaman peribadi saya. Tidak semestinya ianya tepat.

Dari pengalaman saya, saya kongsikan pengalaman tukar Maxis ke Onexox, dan tukar Celcom ke Onexox. Saya kongsikan sebab untuk rujukan saya dikemudian hari dan dealer-dealer lain boleh rujuk sekiranya menghadapi masalah yang sama.

Akan datang saya akan kongsikan pengalaman tukar line Digi ke Onexox. Bagi saya sekarang proses nak tukar line Digi adalah yang paling mempunyai banyak halangan walaupun telah cukup semua syarat yang saya sebutkan di atas. Dealer lain saya tak pasti, ini adalah pengalaman saya.

Setiap telco akan sedaya upaya mempertahankan pengguna untuk kekal di talian mereka. Biasalah tu…

Apa-apapun sekiranya anda ingin bertukar dari line Maxis, Digi, Celcom, Umobile, Tunetalk, Tonewow, RedONE dan lain lain ke Onexox, boleh Whatsapp saya O1113346188.