Plan Onexox Black B89DB dan Mekanisma Data Buffet

Dalam artikel sebelum ni saya ada terangkan berkaitan adakah berbaloi untuk anda guna plan Onexox Black B89DB? Tapi untuk post kalini saya nak kongsikan mekanisma data buffet bagi plan Onexox Black B89DB.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Data Diberi 20GB secara Buffet 100GB

Pengguna maklum berapa maksimum data yang diberikan setiap bulan dalam plan B89DB ni. Kalau belum tahu boleh Whatsapp saya O1113346188.

Cuma sekarang saya nak perjelaskan bagaimana untuk mencapai maksimum data tu dalam sebulan.

Sebanyak 20GB data akan diberikan setiap kali cycle baru bil anda. Dan apabila data yang 20GB tadi mencapai/berbaki 1GB, maka 20GB akan dikreditkan serta merta. Bermakna baki data terbaru adalah 21GB.

Begitulah seterusnya sehingga kuota maksimum data dicapai dalam cycle bulan itu.

Boleh baca artikel saya berkenaan plan Onexox B59DB dengan 44GB data secara buffet beserta gambarajah penerangan. Karakter B59DB adalah sama dengan plan B89DB.

Carry Forward Data

Plan Onexox B89DB ni unik berbanding Plan Onexox Black yang lain untuk terma data carry forwardnya.

Kalau plan Onexox Black yang lain, semua baki data yang tidak digunakan akan dibawak ke bulan depan 100%. Makna kata, kalau anda sebagai pengguna B39 dan ada baki data sebanyak 50GB sebelum masuk cycle baru (data carryforward terkumpul sebelum-sebelum ni), maka sistem akan bawak semua 50GB tu ke bulan hadapan untuk dikumpulkan dengan data yang baru. Maksimum 100GB sahaja.

Begitu jugak dengan plan B89DB ni. Tapi untuk B89DB beza sikit.

Ingat lagi tak saya terangkan kat atas tadi? Setiap kali data 20GB yang dikreditkan berbaki 1GB, barulah akan dikreditkan lagi 20GB yang baru. Menjadikan jumlah terbaru adalah 21GB.

Secara logik, maksimum yang boleh dicarry forward oleh b89DB adalah 21GB. Betul tak?

Jadi pada cycle baru bulan depannya nanti, data permulaan adalah 20GB + 21GB = 41GB. Adakah kuota bertambah jadi 121GB secara keseluruhan?

Tak. Tetap 100GB. Maka anda masih ada 59GB selepas anda menghabiskan 41GB tadi.

Plan Onexox B89DB Fleksibel

Yang bestnya plan Black B89DB ni (dan plan Black lainnya) tak terhad penggunaannya untuk mana-mana apps. Memang raw data je yang dibagi. Dengan data yang diberikan tu kita sebagai pengguna boleh guna untuk mana-mana aplikasi, browser, dan boleh guna bila-bila masa.

Tak perlu nak tunggu pukul berapa, atau hari minggu untuk dapat guna data dengan speed yang maksimum.

Dengan Onexox Black, semua data takde capped speed. Anda bebas guna sampai habis kuota.

Unlimited Call

Ok habis bab data. Saya sambung sikit bab panggilan. Untuk plan B89DB ni, panggilan adalah unlimited. Tiada had panggilan. Boleh buat panggilan ke mana-mana rangkaian sampai lebam.

Ingat ye, panggilan ke nombor 1 300 XX XXX dan 1 800 XX XXX tidak termasuk dalam syarat ni. Panggilan ke nombor-nombor camni di caj.

SMS

Walaupun sekarang ni tak ramai sangat guna SMS, tetap jugak dalam plan B89DB ni dapat 200 sms setiap bulan. Biasanya user memang akan kumpul sms ni sampai beribu-ribu. Kalau saya, memang saya guna sms ni untuk blast mesej marketing.

200 SMS yang diberi (tanpa ditarik balik) setiap bulan ni boleh dihantar ke mana-mana rangkaian.

Pro dan Con Plan Onexox B89DB

Pada pendapat saya ianya masih berbaloi kalau user memang heavy user. Tapi bagi pengguna yang lite (kat rumah ada wifi, kat opis pun ada wifi) lebih elok pilih plan Black yang lain, B39 contohnya.

Jadi kalau anda berminat nak guna plan B89DB ni boleh la save nombor saya dan Whatsapp saya kat O1113346188. Nak plan yang lain pun boleh. Saya boleh terangkan (consult) plan mana yang bersesuaian dengan anda.