Selain dari jam tangan, apa lagi aksesori yang biasanya lelaki pakai? Macam takde sangat kan?
Biasanya lelaki memang suka benda yang simple termasuklah dalam isu pemakaian. Asal selesa sudah.
Isi Kandungan
Lelaki dan Aksesori
Tapi kalau bab aksesori kereta, serahkan pada lelaki. Berhabis beribu-ribu pun masih tak puas lagi. Selagi duit kat bank belum susut, selagi kuota pinjaman belum cecah ke dinding, selagi diri belum ‘terpanggil’ ke AKPK, selagi itulah kepuasan belum tercapai.
Eh,
Macam cakap diri sendiri pulak kan?
Itu dulu, zaman mula-mula pegang duit. Banyak duit tersalur ke tempat yang tak sepatutnya.
Bercerita pasal aksesori, ada sesetengah lelaki memang tak kisah pasal aksesori untuk diri mereka. Yang penting kereta nampak awesome. Sepatutnya hiasan diri tu lebih penting. Bila penampilan bagus, barulah orang suka pandang.
Itu pendapat peribadi saya lah.
Lelaki Perlu Berani Bergaya
Macam yang Dato Zainal Abidin (Penyanyi) cakap haritu, ramai lelaki tak berani untuk bergaya. Nanti takut dipanggil metroseksual. Lelaki ni biasa pakai baju warna putih, hitam, biru gelap. Warna lain tak berani.
Betul jugak kan?
Ini yang Dato Zainal Abidin ‘tegur’ masa majlis Blogger’s Day Shinju Pearl di Paradigm Mall 26 Ogos haritu. Lelaki kena berani pilih pakaian yang selain warna putih, hitam, biru. Cuba pilih warna hijau ke, merah ke. Barulah menyerlah dan nampak berani.
Point utama Dato’ Zainal Abidin tu sebenarnya nak galakkan lelaki untuk berani bergaya. Selain pemilihan pakaian, aksesori pun perlu untuk menampakkan sang lelaki tu bergaya.
Blogger’s Day Shinju Pearl Paradigm Mall
Jadi sempena dengan Blogger’s Day oleh Shinju Pearl ni, kami beberapa orang blogger (lifestyle) dijemput untuk melihat beberapa koleksi yang dijual kat outlet mereka di Paradigm Mall ni.
Semua koleksi dari Shinju Pearl yang guna mutiara memang diperbuat dari mutiara air laut. Jadi kualiti dan harganya memang premium kalau nak dibandingkan dengan mutiara air sungai.
Kalau tak percaya, boleh pergi Sabah (Sabah kan terkenal dengan mutiara hehe) dan bezakan harga jualan mutiara kat sana. Harga mutiara air laut jauh lebih mahal dari harga mutiara air sungai.
Bagi anda yang berminat nak cari aksesori sama ada untuk lelaki atau wanita, boleh lah datang ke Shinju Pearl cawangan Paradigm Mall dekat Aras G – 28. Landmark dia sebelah kedai Pandora.
Bagi penggemar aksesori mutiara ini lah masanya untuk dapatkan bahan kelengkapan asli dan bermutu dari Shinju Pearl.
heehhe betul.